15/08/2026
Alhamdulillah, dengan usaha dan sokongan daripada pelbagai pihak, Kelab Memanah Nafaz telah berjaya mengumpulkan dana bagi membantu seorang atlet para memanah mendapatkan kerusi roda baharu.
Semoga bantuan ini dapat memberikan keselesaan, keselamatan dan semangat baharu kepada atlet dalam meneruskan latihan serta menghadapi pertandingan.
Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dan membantu. Setiap sumbangan, walau sekecil mana, amat bermakna buat kami. Semoga segala kebaikan tuan/puan dibalas dengan rezeki yang luas dan keberkatan daripada Allah SWT. 🤲❤️
Bersama kita membantu, bersama kita menguatkan atlet para
13/08/2026
SELAMAT BERJUANG, WIRA JOHOR! 🏹🔥
Kelab Memanah Nafaz merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan doa buat Amirul Daniel dan Nur Aisyah, dua atlet anak didik Nafaz yang akan membawa nama Johor di pentas SUKMA XXII Selangor 2026.
Teruskan fokus, percaya pada latihan dan berikan persembahan terbaik. Semoga dipermudahkan setiap langkah dan dikurniakan kejayaan.
Buat Team Compound Johor, kekalkan semangat, kekuatan dan kesatuan sebagai satu pasukan.
Kami bangga dengan kalian.
Bawa nama Johor dengan penuh maruah!
🔥 AYUH JOHOR!
🏹 SELAMAT BERJUANG!
💙 JOHOR BOLEH!
07/07/2026
Sekalung tahniah diucapkan kepada Pengurus Pasukan Para Memanah Johor atas pelantikan sebagai pengurus pasukan bagi menghadapi temasya Para SUKMA.
Semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen dalam memimpin pasukan ke arah kejayaan. Selamat menjalankan tugas dan semoga Pasukan Para Memanah Johor terus cemerlang serta mengharumkan nama negeri di pentas Para SUKMA.
Tahniah dan selamat maju jaya!
26/06/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor atas penyaluran Bantuan Khas Kerajaan Johor (BKJ) kepada atlet-atlet Paralimpik Johor. Semoga bantuan ini menjadi pembakar semangat untuk kami terus berusaha, mengharumkan nama Johor dan Malaysia di persada sukan. Terima kasih atas keprihatinan serta sokongan yang amat bermakna kepada kami.