02/09/2026
KONVOI MERDEKA SEMPENA BULAN KEBANGSAAN KE-69 TAHUN 2026
Majlis Perbandaran Muar (MPM) telah menganjurkan Program Konvoi Merdeka Sempena Bulan Kebangsaan Ke-69 Tahun 2026 pada 13 Ogos 2026, melibatkan kunjungan ke beberapa buah sekolah di sekitar daerah Muar.
Konvoi ini diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar, Haji Norrizam bin Muhamad, bersama Setiausaha Majlis Perbandaran Muar, Haji Mohd Faiz bin Mohd Salleh, serta Ketua Whip Ahli Majlis MPM, Datoβ Azman bin Ismail.
Turut bersama menjayakan program ialah Jurutera Daerah Muar, Ir. Hj. Samri bin Embong, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Daerah Muar, Pejabat Pendidikan Daerah Muar, Pejabat Pendidikan Islam Daerah serta Jabatan Penerangan.
Program ini bukan sekadar menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada tanah air, malah menjadi platform untuk MPM mendekati dan menyantuni warga sekolah melalui penyerahan sumbangan dan cenderahati, edaran Jalur Gemilang, serta aktiviti kelestarian seperti penanaman pokok, program Mudball dan edaran baja kompos serta pokok hiasan.
Kunjungan ke sekolah-sekolah ini turut menjadi simbol kebersamaan, kerjasama dan semangat muafakat antara agensi kerajaan, komuniti dan institusi pendidikan dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan.
Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni, Semangat Merdeka Disemai.
02/09/2026
26 Ogos 2026 telah berlangsung Pertandingan Pingpong MPM untuk ke Sukan MALA 2026 bertempat di Muovenger Table Tennis Centre, Pusat Perniagaan Parit Bakar, Muar.
Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Muar (KSKMPM) sebagai salah satu persediaan bagi memilih pemain terbaik yang bakal membawa nama Majlis Perbandaran Muar (MPM) ke Sukan MALA 2026.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga MPM yang telah mengambil bahagian dengan penuh dedikasi, fokus dan semangat kesukanan. πͺπ»π
Terima kasih atas komitmen dan sokongan semua yang menjayakan pertandingan ini. Semoga pemain yang terpilih nanti dapat memberikan aksi terbaik serta mengharumkan nama MPM di pentas Sukan MALA 2026.
02/09/2026
22 Ogos 2026 β Majlis Perbandaran Muar (MPM) telah menyertai Pertandingan Merdeka CUP 7 Sebelah yang dianjurkan oleh MBD Muar & Setia Muo.
Alhamdulillah, dengan semangat juang, kerjasama dan komitmen yang tinggi, pasukan MPM telah berjaya muncul sebagai JUARA dalam pertandingan tersebut!
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh anggota pasukan MPM atas kejayaan yang membanggakan ini. Kejayaan ini membuktikan bahawa semangat kerja berpasukan, disiplin dan kesungguhan mampu membuahkan hasil yang cemerlang.
Terima kasih juga kepada pihak penganjur MBD Muar & Setia Muo atas penganjuran pertandingan yang meriah dan penuh semangat kesukanan.
02/09/2026
Sepanjang bulan Ogos 2026, Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Muar (KSKMPM) telah melaksanakan beberapa kunjungan Ziarah Kasih sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada warga kerja Majlis Perbandaran Muar (MPM) yang sedang menghadapi dugaan. Antara warga MPM yang telah diziarahi ialah:
En. Zulhelmi β Jabatan Kejuruteraan, yang sedang menerima rawatan di hospital.
Cik Suzana β Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, yang mengalami kemalangan motosikal.
Tn. Hj. Mad Zan β tenaga pengajar kitab serta pentafsir Al-Quran rasmi Majlis Perbandaran Muar.
Pn. Afizah β Jabatan Penguatkuasaan, yang sedang menerima rawatan di hospital.
Ziarah Kasih KSKMPM ini bukan sekadar sebuah kunjungan, malah menjadi wadah untuk menyampaikan sokongan, semangat dan doa kepada warga MPM dalam menghadapi setiap ujian yang dilalui. Semoga semua yang diziarahi diberikan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kesihatan yang baik.
Kunjungan ini juga mencerminkan komitmen KSKMPM untuk sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap kebajikan seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Muar.
12/08/2026
Kelab Sukan dan Kebajikan MPM (KSKMPM) telah mengadakan Program Ziarah Kasih bagi menyantuni dua orang anggota MPM yang sedang diuji dengan masalah kesihatan, iaitu Pn. Mastura dari Jabatan Penguatkuasaan dan Pn. Atikah dari Unit Pusat Setempat (OSC).
Ziarah ini merupakan tanda keprihatinan dan sokongan warga MPM terhadap ahli yang sedang melalui ujian, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga kerja.
Semoga Pn. Mastura dan Pn. Atikah diberikan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang dilalui.
KSKMPM β Prihatin, Menyantuni dan Sentiasa Bersama.
12/08/2026
Majlis Perbandaran Muar telah menghantar kontinjen bagi menyertai Kejohanan MALA Tenpin Bowling 2026 yang berlangsung pada 6 hingga 9 Ogos 2026 bertempat di Pulau Pinang.
Penyertaan ini merupakan platform buat warga kerja MPM untuk mengembangkan bakat dalam bidang sukan tenpin bowling, di samping mengeratkan hubungan dan semangat kesukanan antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Malaysia.
Semoga kontinjen MPM dapat memberikan aksi terbaik, membawa semangat juang yang tinggi serta mengharumkan nama Majlis Perbandaran Muar di pentas kejohanan MALA
31/07/2026
30 JULAI 2026 : Kejohanan Bola Jaring Antara Jabatan Majlis Perbandaran Muar 2026 anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Muar (KSKMPM) telah berlangsung dengan jayanya semalam dalam suasana penuh semangat kesukanan, kemeriahan dan ukhuwah.
Kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan persaingan yang sihat, malah berperanan sebagai platform untuk memperkukuhkan semangat berpasukan, mengeratkan silaturahim serta memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja MPM.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tn. Haji Mohd Faiz bin Mohd Salleh, Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Muar (KSKMPM).
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah mengambil bahagian atas komitmen, disiplin dan semangat kesukanan yang ditunjukkan sepanjang kejohanan berlangsung. Menang atau kalah bukanlah ukuran utama, sebaliknya semangat kebersamaan, saling menghormati dan kerjasama yang terjalin menjadi kemenangan sebenar buat seluruh warga MPM.
Semoga penganjuran kejohanan seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai platform memperkukuh hubungan sesama warga kerja serta melahirkan warga MPM yang cergas, sihat dan bersatu padu.
Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada seluruh warga kerja MPM yang sentiasa aktif menyokong serta menyertai aktiviti-aktiviti sukan anjuran KSKMPM.
31/07/2026
30 JUAI 2026 : Sesi Pemilihan Pemain bagi menghadapi Kejohanan Bola Sepak Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) 2026 telah berlangsung dengan lancar di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Muar.
Sesi pemilihan ini bertujuan mengenal pasti pemain-pemain terbaik yang bakal membawa cabaran dan mewakili Majlis Perbandaran Muar (MPM) dalam kejohanan MALA 2026.
Tahniah kepada semua yang hadir menunjukkan komitmen dan semangat juang sepanjang sesi pemilihan. Semoga pasukan yang bakal dibentuk nanti mampu memberikan aksi terbaik serta mengharumkan nama MPM di pentas kejohanan.
Selamat maju jaya kepada semua pemain! πͺβ½
27/07/2026
MESYUARAT JAWATANKUASA KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN MUAR (KSKMPM)
24 JULAI 2026 : Berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Majlis Perbandaran Muar (KSKMPM) yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Faiz bin Mohd Salleh, Pengerusi KSKMPM.
Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada sesi penilaian dan semakan semula pelaksanaan program-program yang telah dilaksanakan, termasuk Program YDP Run, Ride & Reels, bagi mengenal pasti pencapaian, kekuatan serta ruang penambahbaikan.
Selain itu, perbincangan turut memfokuskan kepada hala tuju KSKMPM, termasuk perancangan aktiviti dan inisiatif baharu yang akan dilaksanakan demi memperkukuh peranan kelab dalam menjaga kebajikan warga MPM serta menggalakkan penyertaan dalam aktiviti sukan, sosial dan kemasyarakatan.
Semoga segala perancangan yang dirangka dapat dilaksanakan dengan jayanya demi manfaat seluruh warga Majlis Perbandaran Muar.
27/07/2026
TAHNIAH PASUKAN FUTSAL!
26 JULAI 2026 : Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada *Pasukan Futsal Majlis Perbandaran Muar* atas kejayaan meraih Naib Johan (Tempat Kedua) dalam Kejohanan Liga Sukan Komuniti Johor 2026
Kejayaan ini merupakan hasil daripada semangat berpasukan, disiplin, komitmen serta usaha gigih yang ditunjukkan oleh setiap pemain dan pegawai pasukan sepanjang kejohanan berlangsung.
Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Syabas dan tahniah kepada seluruh pasukan! πͺβ½ξπ₯
See less