02/09/2026
30/8/26Nostalgia Bawah Langit Stadium Muar
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Beca Dan Basikal Tua Warisan Muar Johor, Sport & recreation, No. 264-B, Parit Sakai Jalan Temenggong Ahmad, Muar.
02/09/2026
30/8/26Nostalgia Bawah Langit Stadium Muar
01/09/2026
Simpan Disini Kenangan Merdeka ke 69
30 BASIKAL TUA DAN BECA MERIAHKAN PERARAKAN HARI KEMERDEKAAN DI TANJUNG EMAS
MUAR, 31 Ogos 2026 β Persatuan Beca dan Basikal Tua Warisan Muar Johor turut memeriahkan Perarakan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Johor yang berlangsung di Dataran Tanjung Emas, Muar.
Rombongan persatuan yang diketuai oleh Encik Mohd Ramlee bin Alias tampil bersama 30 buah basikal tua dan beca, sekali gus mengetengahkan keunikan warisan klasik Muar.
Rombongan turut melakukan lintas hormat di hadapan YAB Datoβ Onn Hafiz Ghazi sebagai tanda penghormatan dan semangat patriotik sempena sambutan Hari Kebangsaan.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen persatuan dalam memelihara dan mengangkat warisan beca serta basikal tua untuk terus dikenali oleh masyarakat dan generasi akan datang.
Warisan Dijulang, Semangat Merdeka Terus Berkobar! π²πΎ
25/08/2026
Persatuan Beca Turut Serta Perarakan Maulidur Rasul Muar
MUAR β Persatuan Beca Dan Basikal Tua Warisan Muar Johor turut serta dalam Perarakan Maulidur Rasul Daerah Muar, bersama penyertaan daripada pelbagai pejabat kerajaan, agensi dan pihak swasta.
Penyertaan ini menjadi satu penghormatan kepada persatuan untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Maulidur Rasul, selain memperkenalkan warisan beca dan basikal tua sebagai khazanah budaya masyarakat Muar.
Semoga penyertaan ini terus menyemarakkan semangat perpaduan, kecintaan terhadap Rasulullah SAW serta kelestarian warisan budaya tempatan.
23/08/2026
π²πΎ Tahniah Che Saad 77 β Kayuhan Merdeka 69 Jelajah Malaysia
MUAR, JOHOR β Tahniah diucapkan kepada Che Saad 77 atas kayuhan Merdeka 69 Jelajah Malaysia yang penuh bertenaga dan semangat patriotik.
Dalam perjalanan tersebut, Che Saad 77 turut singgah dan bermalam di Muar, di tempat kami. Kehadiran beliau menjadi satu penghormatan serta menceriakan lagi komuniti peminat basikal klasik dan aktiviti kayuhan di Muar.
Semoga perjalanan Jelajah Malaysia diteruskan dengan lancar, selamat dan penuh semangat.
Selamat meneruskan kayuhan, Che Saad 77! π²πΎπ΄ββοΈ
Salam Merdeka dari Muar!
15/08/2026
π²β¨ Inilah basikal model Road Puppy Bike yang digunakan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, ketika beliau memegang watak sebagai Ketua Penyamun. π¬β€οΈ
Satu lagi tinggalan kecil yang mempunyai nilai nostalgia besar dalam sejarah filem Melayu klasik. π²πΎποΈ
10/08/2026
Kayuhan Basikal Klasik
06/08/2026
. Salam Kemerdekaan
13/07/2026
In progress
Kelab Peminat Beca Militery Malaysia
Di bawah naungan:
Persatuan Beca dan Basikal Tua Warisan Muar Johor
13/07/2026
TAHNIAH
YBhg. Dato' Ashari Sarip
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas kemenangan di DUN Maharani.
Semoga amanah yang diberikan oleh rakyat dapat dipikul dengan penuh dedikasi, integriti dan kebijaksanaan demi membawa kemajuan serta kesejahteraan kepada masyarakat, khususnya di DUN Maharani.
Semoga terus diberikan kekuatan dan kejayaan dalam menjalankan tanggungjawab demi agama, bangsa dan negara.
Ikhlas daripada:
Persatuan Beca Dan Basikal Tua Warisan Muar Johor