26/05/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
โจSELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H โจ
Daripada seluruh warga Pertubuhan Seni Silat Gayong Panji Alam Malaysia (PSSGPAM) Cawangan Negeri Sembilan, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat, khususnya kepada Guru Utama, barisan kepimpinan, para gurulatih, ahli-ahli, anak-anak murid serta seluruh sahabat seperguruan walau di mana jua berada.
Aidiladha bukan sekadar sambutan ibadah korban, tetapi merupakan simbol pengorbanan, keikhlasan, ketaatan dan kekuatan jiwa dalam menempuh setiap ujian kehidupan. Semangat inilah yang sentiasa diterapkan dalam dunia persilatan โ mendidik jiwa agar sentiasa rendah hati, beradab, berdisiplin dan teguh mempertahankan agama, bangsa serta warisan budaya Melayu.
Di hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita sama-sama mengambil peluang untuk memperbaiki diri, mengeratkan ukhuwah silaturahim serta saling bermaafan sesama insan. Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT serta dikurniakan keberkatan yang berpanjangan buat kita semua.
Tidak lupa juga, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh guru-guru, gurulatih, ahli jawatankuasa, team rewang serta semua warga PSSGPAM Negeri Sembilan yang sentiasa memberikan komitmen, tenaga dan sokongan dalam memartabatkan seni warisan bangsa ini.
Semoga Aidiladha kali ini membawa sinar kebahagiaan, ketenangan hati, kesihatan yang baik serta rezeki yang melimpah ruah buat semua.
๐๏ธ Salam Aidiladha
๐ Maaf Zahir & Batin
โ๏ธ โAdat Bersendi Syarak, Syarak Bersendi Kitabullahโ
Ikhlas daripada,
PERTUBUHAN SENI SILAT GAYONG PANJI ALAM MALAYSIA
(PSSGPAM) Cawangan Negeri Sembilan
21/05/2026
"ุจูุณูููููููููููููููููููู
ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู
ููู ุงูุฑููุญูููู
ู"
KELAS SILAT DEWASA
โWarisan tidak akan hidup jika tiada generasi yang bangkit mempertahankannya.โ
๐ Balairaya Kg Kubang Nilai
๐๏ธ Setiap Isnin & Rabu
๐ค 9.30 malam โ 11.30 malam
Dibuka khas kepada warga dewasa yang ingin memupuk minat dalam seni beladiri warisan Melayu, membina disiplin diri, kekuatan mental serta semangat persaudaraan.
Silat bukan sekadar pertahanan diri, tetapi medan mendidik jiwa agar lebih berani, beradab dan berakhlak. Tidak kira umur atau latar belakang, selagi ada kemahuan, di situ ada langkah permulaan.
Firman Allah SWT:
> โDan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu mampuโฆโ
โ Surah Al-Anfal : 60
Dan firman-Nya lagi:
> โSesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berjuang di jalan-Nya dalam barisan yang tersusun kukuh.โ
โ Surah As-Saff : 4
Ayuh bersama menghidupkan kembali seni warisan bangsa.
Bukan untuk mencari musuh, tetapi membina diri menjadi insan yang kuat jasmani, rohani dan berpendirian. ๐ค๐ฅ
15/05/2026
S E L A M A T H A R I G U R U
Selamat Hari Guru buat Guru Utama PSSGPAM yang amat kami hormati, Prof Dr Ustaz Abdul Razak bin Hassan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan atas segala ilmu, didikan, amanat serta tunjuk ajar yang telah dicurahkan dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang kepada seluruh anak murid. Sesungguhnya setiap nasihat, teguran dan pengajaran yang diberikan menjadi panduan serta bekalan yang sangat bermakna dalam membentuk diri kami bukan sahaja dalam dunia persilatan, malah dalam kehidupan seharian.
Keikhlasan guru mendidik tanpa mengenal penat lelah menjadi inspirasi dan contoh terbaik buat kami semua. Bimbingan yang diberikan penuh dengan adab, disiplin, ilmu dan nilai murni yang sentiasa terpahat di hati setiap anak murid. Jasa dan pengorbanan guru dalam memartabatkan ilmu serta membentuk generasi pesilat yang berakhlak mulia amat besar nilainya dan tidak mampu dibalas dengan kata-kata.
Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan guru kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dalam keberkatan, dilimpahkan rezeki yang luas serta sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan-Nya. Semoga setiap ilmu yang diajarkan menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya hingga ke akhirat.
Terima kasih guru atas segala pengorbanan, kesabaran dan keikhlasan dalam mendidik kami semua. Selamat Hari Guru buat insan yang sangat berjasa dan sentiasa dihormati oleh seluruh warga PSSGPAM.
12/05/2026
KURSUS PERINGKAT TINGGI SIRI 1 ,2 DAN 3 PSSGPAM PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
BISMILLAHI MASYAA ALLAH
TABAROKA ALLAH
BAROKALLAHU FIIKUM
Alhamdulillah syukur. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada Prof Dr Ustaz Abdul Razak bin Hassan atas segala ilmu, amanat, pelajaran serta pengajaran yang telah dicurahkan sepanjang berlangsungnya Kursus Bengkung Peringkat Tinggi PSSGPAM Negeri Sembilan. Segala tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan amat bernilai dalam membentuk jati diri, disiplin serta semangat perjuangan dalam seni silat.
Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada YDP PSSGPAM Negeri Sembilan Tok Bari, Guru Syahir Akmal, Guru Datu serta seluruh barisan gurulatih PSSGPAM Negeri Sembilan yang telah bertungkus-lumus menjayakan kursus ini dengan penuh dedikasi, kesabaran dan semangat persaudaraan demi memastikan perjalanan kursus berjalan lancar dan penuh manfaat.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada seluruh team rewang yang sentiasa memberi sokongan penuh, sama ada dari segi tenaga, masa, persiapan mahupun kebajikan sepanjang kursus berlangsung. Tanpa bantuan dan kerjasama yang padu daripada team rewang, sudah pasti perjalanan program ini tidak akan berjalan dengan sebaiknya. Jasa dan pengorbanan kalian amat dihargai dan dikenang.
Semoga segala usaha, pengorbanan dan ilmu yang disampaikan mendapat keberkatan serta menjadi asbab lahirnya pesilat yang beradab, berilmu, cekal dan terus menjunjung warisan seni bangsa. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan.
25/04/2026
25 APRIL 2026 (Sabtu)
โ ๏ทฝ ุจูุณูู
ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู
ูฐูู ุงูุฑููุญูููู
ู ๏ทฝ โ
ุงูุณูููุงูู
ู ุนูููููููู
ู ููุฑูุญูู
ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู โชโซ๐ด๐ก
Alhamdulillah, Latihan Mingguan Gelanggang Tok Jalal Batu 8 Labu Negeri Sembilan berjalan dengan baik dan penuh semangat seperti biasa.
Mempelajari silat bukan sekadar menguatkan jasad dan memperindahkan gerak, tetapi merupakan satu perjalanan membentuk disiplin diri, ketajaman akal, ketenangan jiwa serta adab dalam setiap langkah dan tindakan.
Agar ilmu yang dipelajari tidak disalah guna, sebaliknya menjadi perisai diri serta memberi manfaat kepada orang lain, selari dengan firman Allah SWT:
โDan orang-orang yang bersungguh-sungguh berjihad (berjuang) pada jalan Kami, pasti Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.โ
(Surah Al-โAnkabut: 69)
Ayat ini mengingatkan bahawa kekuatan bukan sekadar pada fizikal, tetapi juga pada persiapan diri, ketahanan jiwa dan kesungguhan dalam menuntut ilmu.
Semoga anak-anak gelanggang terus istiqamah dalam mempelajari ilmu persilatan serta membina jati diri yang kukuh dan berakhlak. Insya-Allah.
25/04/2026
24 APRIL 2026 (Jumaat)
โ ๏ทฝ ุจูุณูู
ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู
ูฐูู ุงูุฑููุญูููู
ู ๏ทฝ โ
ุงูุณูููุงูู
ู ุนูููููููู
ู ููุฑูุญูู
ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู โชโซ๐ด๐ก
Alhamdulillah, langkah masih di gelanggang,
namun hakikatnya perjuangan sebenar di dalam diri.
Silat bukan sekadar gerak yang terlihat,
tetapi perang sunyi melawan nafsu yang tersembunyi.
Jasad boleh dilatih,
tetapi jiwa jika liar, membawa binasa.
โDan siapkanlah untuk menghadapi mereka apa jua kekuatan yang kamu mampuโฆโ
(Surah Al-Anfal: 60)
Kekuatan itu bukan hanya pada tangan yang menggenggam,
tetapi pada hati yang mampu mengawal.
Ramai yang tahu bertarung,
Tetapi sedikit yang benar-benar menang.
Istiqamah itu sunyi,
namun di situlah lahirnya seorang pendekar.
19/04/2026
Assalam wbt
Bissmillaahi Masyallaah
Alhamdulillah selesai latihan bengkung hijau, merah dan kuning Siri 1 PSSGPAM peringkat Negeri Sembilan.
Terima kasih di atas kehadiran Panglima Hitam Guru Syahir Akmal mewakili PSSGPAM pusat perturun pelajaran.
Siri 2 p**a akan berlangsung pada 2 Mei 2026.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada barisan AJK Negeri Sembilan atas komitmen dan usaha dalam menjayakan program ini. Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada Pengerusi Masjid di atas kebenaran, sokongan serta kemudahan yang telah diberikan sepanjang latihan berlangsung.
Semoga segala ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Teruskan semangat, disiplin dan kesungguhan dalam menuntut ilmu persilatan. Semoga semua peserta diberikan kekuatan, keselamatan dan kejayaan dalam setiap latihan yang akan datang.
Latihan yang dijalankan bukan sahaja menguji ketahanan fizikal, malah membentuk jati diri, semangat setiakawan dan rasa hormat antara sesama ahli. Teruskan usaha tanpa mengenal erti penat dan putus asa demi mencapai tahap yang lebih tinggi.
Semoga PSSGPAM terus maju, melahirkan pesilat yang berilmu, beradab dan berwibawa. InsyaAllah, setiap usaha yang ikhlas pasti membuahkan hasil.
Jumpa lagi di Siri 2 dengan semangat yang lebih tinggi! ๐ช
18/04/2026
Assalam wbt ,
Bissmillaahi Masyallaah
Alhamdulillah, satu lagi langkah penuh makna berjaya kami capai ๐ช๐ฅ
Kami dari Gayong Panji Alam Negeri Sembilan dengan penuh bangga telah berjaya mengambil satu panggung wayang sebagai tanda sokongan padu terhadap filem Gayong 2 ๐ฌ
Ini bukan sekadar menonton, tetapi lambang semangat, perpaduan dan cinta kami terhadap warisan silat Gayong yang terus kami junjung tinggi.
Detik ini menjadi bukti bahawa kekuatan sesebuah perjuangan bukan hanya di gelanggang, tetapi juga melalui sokongan terhadap karya yang mengangkat identiti dan jati diri kita. Setiap kehadiran, setiap sorakan, dan setiap senyuman malam ini membawa makna yang cukup besar buat kami semua.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada AJK Negeri Sembilan yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini dengan penuh dedikasi dan komitmen ๐
Semoga usaha kecil ini menjadi inspirasi kepada generasi akan datang untuk terus menghargai, memartabatkan dan mempertahankan seni warisan bangsa agar tidak ditelan zaman.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi sokongan tanpa henti ๐
Semangat kita satu, perjuangan kita berterusan!