02/11/2026
Anda mungkin tak setuju kalau saya cakap begini.
1. Nak tambah 1,000 ringgit sebulan tak payah buat part time kerja dengan sesiapa, jadi seller e-comm dah cukup.
2. Nak rasa ada jenama bisnes sendiri dengan produk sendiri tak perlu susah payah buka kedai, mulakan di e-comm sampai jadi empire pun boleh.
3. Nak jadi orang pertama capai jualan 1 juta dalam keluarga anda tak payah pergi jauh, jadi seller e-comm pun boleh capai.
4. Nak bina beribu reseller seperti sistem ejen tak perlu pening kepala set up dengan kos yg mahal, di e-comm dah ada semuanya dan percuma saja.
5. Nak jadi usahawan berjaya, tak perlukan orang lain untuk tiupkan semangat ke dalam diri dan tak perlu membazir duit dengan seminar, cukup dengan guna sistem jualan automasi yg ada di e-comm sahaja.
Kan?😅
Tapi nak dapat semua yg di atas ni, anda kena mulakan langkah pertama secepat mungkin.
Sepatutnya semalam, tapi dah terlepas p**a.
Orang bijak pernah berkata, "Better late than never".
Tak lama lagi kita dah nak masuk Ramadhan dan lepas tu raya puasa p**a. Takkan nak tunggu lepas raya kot?
Lambat lagi tu, sebab nak mahir buat e-comm bukan ambil masa 1-2 bulan ye.
Kalau total order 8k orders x average order 45 ringgit dah berapa?
Nampak tak yg sebenarnya peluang ada di depan kita cuma kita takut apabila di gembar gemburkab cerita fees mahal dan sebagainya.
Anda ingat kos nak mendapatkan seorang pelanggan sekarang free ke?
Dan yg kata fees mahal itu ini tahu kira tak CAC & LTV?
Buat sendiri dan kira betul² berapa yg anda dah labur untuk mendapat 1,000 pelanggan pertama.
Dapat idea tak hari ni, cer cerita.😁