Shining FC

Directions Website Contact the business

Shining FC EVALUATE. DEVELOP. EXPOSE

Based in Pasir Gudang , Johor
Lets Join Our Grassroot Football Academy

Alhamdulillah, satu berita yang sangat membanggakan buat seluruh keluarga besar Shining Academy…Adden Sierullah bin Moha...
24/09/2026

Alhamdulillah, satu berita yang sangat membanggakan buat seluruh keluarga besar Shining Academy…

Adden Sierullah bin Mohammad Nazrul Hazriq, yang lebih dikenali oleh rakan-rakan di Shining Academy dengan gelaran “Ali”, kini telah melangkah ke fasa baharu selepas menandatangani bersama Akademi JDT.

Ali mula bersama Shining Academy sejak berumur 7 tahun. Dari kecil, kami melihat sendiri perkembangan, usaha dan kesungguhan beliau dalam mengejar impian sebagai pemain bola sepak.

Hari ini, setelah bertahun-tahun melalui latihan, pertandingan dan pengalaman bersama Shining Academy, tibalah masanya untuk Ali membuka lembaran baharu dalam perjalanan bola sepaknya. ❤️

Kami sangat bangga pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan Ali sejak usia 7 tahun. Semoga terus berjaya, terus bekerja keras, sentiasa rendah diri dan manfaatkan peluang yang diberikan.

Tahniah Ali! Selamat maju jaya bersama Akademi JDT. 💙❤️⚽
Tahniah Juga kepada Ibubapa yg selalu menyokong.

Dari Shining Academy, terus melangkah dan terus bersinar. ⭐

KATEGORI BAWAH 7 TAHUN – SHINING ACADEMY (PASIR GUDANG)Terima kasih buat semua ibu bapa yang sentiasa support dan beri s...
13/09/2026

KATEGORI BAWAH 7 TAHUN – SHINING ACADEMY (PASIR GUDANG)

Terima kasih buat semua ibu bapa yang sentiasa support dan beri semangat kepada anak-anak ❤️

Kalah menang itu belakang cerita. Yang paling penting, anak-anak kita dah berani masuk padang, berani bermain dan mula faham passing kepada kawan. 👏⚽

Bagi coach, itu pun dah cukup bagus untuk perjalanan mereka.
Hari ini mungkin masih belajar, esok lusa insya-Allah akan lebih baik. 💪

Teruskan belajar, teruskan bermain dan paling penting… jangan takut buat silap.

Good luck buat semua player Shining Academy yang turun beraksi hari ni Main enjoy, berani pegang bola, cuba yang terbaik...
12/09/2026

Good luck buat semua player Shining Academy yang turun beraksi hari ni

Main enjoy, berani pegang bola, cuba yang terbaik dan paling penting jangan mudah give up. 💪

Menang kalah belakang cerita, yang penting anak-anak dapat pengalaman, belajar dan terus improve dari satu game ke satu game.

Enjoy the game boys! 😎⚽
Main dengan hati, fight sampai habis! 🔥

30/08/2026

Di Shining Academy, kami sememangnya mempunyai Coach Khas Penjaga Gol (Goalkeeper Coach) yang fokus kepada pembangunan kemahiran dan teknik penjaga gol yg betul..

Seluruh warga Shining Academy mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ kepada semua pemain, ibu bapa, jurulatih da...
25/08/2026

Seluruh warga Shining Academy mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ kepada semua pemain, ibu bapa, jurulatih dan seluruh keluarga Shining.

Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat, menghayati perjuangan serta mencontohi akhlak mulia Rasulullah ﷺ dalam kehidupan seharian.

Semoga kita terus menjadi insan yang berdisiplin, berakhlak, saling menghormati dan sentiasa berpegang kepada ajaran Islam.

🤍 Salam Maulidur Rasul ﷺ daripada seluruh warga Shining Academy.
Allahumma salli ‘ala Muhammad

⚽ AHAD PENUH AKSI BERSAMA SHINING ACADEMY! 🔥Ahad bukan masa untuk berehat semata-mata — inilah masa untuk berjuang, bela...
24/08/2026

⚽ AHAD PENUH AKSI BERSAMA SHINING ACADEMY! 🔥

Ahad bukan masa untuk berehat semata-mata — inilah masa untuk berjuang, belajar, mencabar diri dan terus berkembang menjadi pemain yang lebih hebat! 💪⚽

🏆 JJC: U9 & U11
🏆 MYL: U8, U10 & U14
🏆 PAWANG: U12 KEJOHANAN BOLA MERDEKA
⚽ TRAINING: U8 – U12

Dari perlawanan sengit hingga sesi latihan penuh disiplin, setiap langkah membawa satu misi besar — membentuk pemain yang lebih kuat, lebih bijak dan lebih yakin daripada semalam! 🔥

Terima kasih kepada semua coach, players & parents atas komitmen, semangat dan sokongan yang tidak pernah putus. Bersama-sama, kita terus melangkah lebih jauh! ❤️

SHINING ACADEMY — TRAIN HARD, PLAY SMART, STAY HUMBLE. ⭐⚽

Tahniah buat pemain U9 & U11 Shining Academy yang berjaya mendapat peluang beraksi Divisyen ELIT 2026.Ini adalah satu pe...
21/08/2026

Tahniah buat pemain U9 & U11 Shining Academy yang berjaya mendapat peluang beraksi Divisyen ELIT 2026.

Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan dan bukti hasil kerja keras, disiplin serta komitmen sepanjang latihan.

Teruskan berjuang, jangan cepat puas hati. Gunakan peluang ini untuk belajar, tingkatkan kemampuan dan buktikan diri di setiap perlawanan.

⚽ SHINING ACADEMYLatihan kami dijalankan mengikut kategori umur bagi memastikan setiap pemain mendapat latihan yang sesu...
09/08/2026

⚽ SHINING ACADEMY

Latihan kami dijalankan mengikut kategori umur bagi memastikan setiap pemain mendapat latihan yang sesuai dengan tahap perkembangan mereka.

Setiap kategori dikendalikan oleh 4 orang coach, termasuk 1 coach khas Goalkeeper (GK).

🎯 Fokus kami adalah membentuk pemain dari segi teknikal, taktikal, fizikal, mentaliti dan disiplin.

Shining Academy — Develop. Inspire. Shine. ✨⚽

Address

Pasir Gudang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Shining FC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Shining FC:

Shortcuts

Share

Category