21/10/2025
Pada 19 Oktober 2025, GHCC dengan jalinan kerjasama JKPZ Zon Scientex 1, KRT Zon Amanpuri, Rakan Taman Amanpuri, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) & Y.B. Hassan Karim (Parlimen Pasir Gudang) telah berjaya menganjurkan Kejohanan Karom Beregu Tertutup Johor & Jemputan 2025 - Siri 2.0.
Kejohanan ini telah berjaya menarik sebanyak 137 regu yang bertanding merebut piala & wang tunai yang ditawarkan dengan hadiah utama merupakan wang tunai RM1,500.00, medal, piala iringan beserta set karom MYBoard.
Terima kasih diucapkan kepada barisan penaja yang telah bersama-sama menjayakan kejohanan ini. Tahniah kepada semua pemenang & kepada semua yang bertanding!!!
07/09/2025
Koleksi Jentikan "Syirik" Liga Individu GHCC
Episod 2
Visit TikTok to discover videos!
Watch, follow, and discover more trending content.
07/09/2025
Koleksi Jentikan "Syirik Liga Individu GHCC
Visit TikTok to discover videos!
Watch, follow, and discover more trending content.
18/08/2025
GHCC telah menyertai Kejohanan Karom Terbuka Piala Datuk Bandar Pasir Gudang 2025 pada 16 & 17 Ogos 2025 dan 1 pasangan regu telah berjaya menempatkan diri di dalam Top 16.
Tahniah diucapkan dan semoga GHCC terus meraih kejayaan pada masa akan datang!!!
18/08/2025
Tahniah kepada semua yang memenangi dan menyertai kejohanan ini👍🏻
09/07/2025
Majlis Bandaraya Pasir Gudang melalui Jabatan Kesejahteraan Komuniti dan Pelancongan akan Menganjurkan Kejohanan Karom Terbuka Piala Datuk Bandar Pasir Gudang 2025
Yuran Penyertaan :
1) Kategori Perseorangan : RM50.00
2) Kategori Beregu : RM100.00
Hadiah Keseluruhan : RM26,900.00
Tarikh/ Masa dan Tempat Pertandingan
Tarikh Pendaftaran : 09 Julai 2025 - 14 Ogos 2025
Tarikh Pertandingan : 16 Ogos 2025 - 17 Ogos 2025
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan TMIYC, Pasir Gudang
Majlis Bandaraya Pasir Gudang, amat mengalu-alukan Pasukan yang berminat untuk menyertai Kejohanan ini, Sebarang pertanyaan sila hubungi urusetia melalui talian :
1. En. Roslan Yunus : 019-3449167
2. En. Farhan Fitri : 019-7077803
3. En. Mohd Nadzri Umar : 012-7614021
06/07/2025
Kejohanan Karom Tertutup Johor Anjuran Kelab Karom Dengkis/MBJB
Tahniah kepada ahli-ahli GHCC yang mendapat top 16!!!