02/09/2026
Bukan berlari membelah samudera
Bukan juga larian tepian pantai
Jom sertai saudari saudara
Pasir Puteh Run 2026 bersantai-santai
π *PASIR PUTEH RUN 2026* π
sempena sambutan *HARI SUKAN NEGARA 2026*
ποΈ 10 Oktober 2026 (Sabtu)
π Sek Men Keb Cherang Ruku
Kategori:
* Junior Lelaki dan Perempuan (12 tahun kebawah)
* Terbuka Lelaki dan Perempuan
*YURAN RM30*
π½ T-Shirt
π
Medal Penamat
π Hadiah menarik
Klik untuk pendaftaran
https://forms.gle/j1NysMa1FoQEcKZR8
31/08/2026
Bukan berlari membelah samudera
Bukan juga larian tepian pantai
Jom sertai saudari saudara
Pasir Puteh Run 2026 bersantai-santai
π *PASIR PUTEH RUN 2026* π
sempena sambutan *HARI SUKAN NEGARA 2026*
ποΈ 10 Oktober 2026 (Sabtu)
π Sek Men Keb Cherang Ruku
Kategori:
* Junior Lelaki dan Perempuan (12 tahun kebawah)
* Terbuka Lelaki dan Perempuan
*YURAN RM30*
π½ T-Shirt
π
Medal Penamat
π Hadiah menarik
Klik untuk daftar
Bukan berlari membelah samudera
Bukan juga larian tepian pantai
Jom sertai saudari saudara
Pasir Puteh Run 2026 bersantai-santai
π *PASIR PUTEH RUN 2026* π
sempena sambutan *HARI SUKAN NEGARA 2026*
ποΈ 10 Oktober 2026 (Sabtu)
π Sek Men Keb Cherang Ruku
Kategori:
* Junior Lelaki dan Perempuan (12 tahun kebawah)
* Terbuka Lelaki dan Perempuan
*YURAN RM30*
π½ T-Shirt
π
Medal Penamat
π Hadiah menarik
Klik untuk pendaftaran
https://forms.gle/j1NysMa1FoQEcKZR8
28/08/2026
*πSKILLS FOR LIFE: HERO BARBER WORKSHOP 2026* πππ»
ADA BAKAT POTONG RAMBUT? JOM ASAH SKILL DAN TINGKATKAN POTENSI ANDA!
Khas buat *LELAKI BERUMUR 15 β 30 TAHUN* yang berminat untuk belajar dan mengenali dunia barbering.
π
26 SEPTEMBER 2026 (SABTU)
β° 8.00 PAGI β 4.00 PETANG
π MASJID IBRAHIMI, PASIR PUTEH
APA YANG MENARIK?
βοΈ Belajar kemahiran asas barber
πͺ Tingkatkan keyakinan diri
π― Asah bakat & kemahiran baharu
π€ Tambah pengalaman dan kenalan
*YURAN PENYERTAAN: PERCUMA*
Makan, minum & sijil penyertaan disediakan.
*TERHAD KEPADA 30 ORANG TERAWAL SAHAJA!*
Tarikh tutup pendaftaran: 15 SEPTEMBER 2026
DAFTAR SEKARANG
π Link pendaftaran: https://forms.gle/Ytxc17kTEWq9euWe9
Sebarang pertanyaan:
013-3130666 β Urusetia
Satu kemahiran hari ini, mungkin menjadi peluang besar untuk masa depan.
03/08/2026
*π’ PERHATIAN KEPADA SEMUA PERTUBUHAN BADAN SUKAN DI NEGERI KELANTAN! π’*
Seminar ini dibawakan khas untuk memperkasakan tadbir urus dan semangat kenegaraan dalam kalangan komuniti sukan kita.
Keutamaan Khas diberikan kepada:
- Pertubuhan Sukan yang masih menggunakan Perlembagaan Lama (sangat digalakkan hadir untuk panduan kemas kini); dan
- Pertubuhan Sukan yang Baru Berdaftar (jom fahami asas pengurusan dan pematuhan PJS!).
π
Butiran seperti berikut:
Tarikh: 6 Ogos 2026 (Khamis)
Masa: 8.00 Pagi β 5.00 Petang
Tempat: Dewan KOMBES, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
π Cara Mendaftar:
Sila sahkan kehadiran wakil pertubuhan anda melalui pautan ini https://forms.gle/4vE1u2vhpGjfEEAH8 atau hubungi urusetia di talian: 0389997956/7973/7954 untuk sebarang pertanyaan.
Tempat adalah terhad! Daftar segera dan pastikan persatuan anda sentiasa di hadapan dalam pengurusan sukan yang cemerlang. Majulah sukan untuk negara.
BORANG PENDAFTARAN SEMINAR KENEGARAAN MALAYSIA MADANI: KOMUNITI PERTUBUHAN SUKAN NEGERI KELANTAN SIRI 4/2026
Tarikh : 6 Ogos 2026 (Khamis) Tempat : Dewan Kompleks Belia & Sukan Negeri Kelantan Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
03/08/2026
PROGRAM GAYA HIDUP KELAB RAKAN MUDA @ PARLIMEN PASIR PUTEH CABARAN X-TRAIL DI JELAWANG PIPE
PASIR PUTEH, 3 OGOS 2026 βProgram Gaya Hidup Kelab Rakan Muda @ Parlimen Pasir Puteh telah berlangsung selama dua hari, iaitu pada 31 Julai hingga 1 Ogos 2026 di Jelawang Pipe Resort, Dabong, Kuala Krai.
Program anjuran bersama Kelab Rakan Muda Bandar Pasir Putih ini bertujuan memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan belia melalui aktiviti yang dapat memberi manfaat dari aspek fizikal, mental, sosial dan pembangunan diri.
Sepanjang program berlangsung, peserta telah didedahkan kepada dua elemen utama Gaya Hidup Rakan Muda, iaitu Rakan Ekspresi menerusi modul βYouth Alert, CPR Readyβ , serta Rakan Aktif melalui aktiviti Explore ATV. Modul Youth Alert, CPR Ready memberi pendedahan kepada peserta mengenai kesedaran keselamatan, tindakan kecemasan serta kepentingan kemahiran bantuan pernafasan (CPR), manakala aktiviti Explore ATV p**a mencabar ketahanan fizikal di samping memupuk semangat kerjasama dan keberanian.
Di samping menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan, peserta turut berpeluang menghayati keindahan alam semula jadi sekitar Dabong yang terkenal dengan panorama hutan, sungai dan persekitaran yang mendamaikan. Suasana tersebut menjadikan program lebih bermakna serta membantu meningkatkan kesejahteraan mental dan emosi peserta.
Rata-rata peserta menyatakan program ini bukan sahaja menyeronokkan, malah memberi pengalaman baharu, meningkatkan keyakinan diri serta mengeratkan hubungan silaturahim antara belia.
Majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh. Dalam ucapannya, beliau berharap program seumpama ini dapat diteruskan sebagai platform membentuk generasi belia yang aktif, berilmu, berkemahiran dan mengamalkan gaya hidup sihat selaras dengan aspirasi pembangunan belia negara.
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
02/08/2026
πΈπΈπΈπΈπΈ
Program Gaya Hidup Kelab Rakan Muda @ Parlimen Pasir Puteh 2026
Tarikh : 31 Julai dan 1 Ogos 2026
Tempat. : Jelawang Pipe Resort, Dabong , Kuala Krai, Kelantan
27/07/2026
PASIR PUTEH A MUNCUL JUARA KEJOHANAN BOLA TAMPAR LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026
PASIR PUTEH, 27 JULAI 2026 β Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh telah menghantar dua pasukan bagi menyertai Kejohanan Bola Tampar Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan 2026 pada 25 Julai 2026 yang lalu, yang berlangsung di Dewan Terbuka, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Kejohanan yang menghimpunkan sebanyak 20 pasukan mewakili setiap daerah di seluruh negeri Kelantan ini telah berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta serta penyokong.
Pasukan Pasir Puteh A berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir dan bertemu Pasir Mas B. Perlawanan berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang bertenaga dan bersemangat tinggi. Namun begitu, Pasir Puteh A berjaya menewaskan Pasir Mas B dengan keputusan 31-27, sekali gus melayakkan diri untuk muncul sebagai juara kejohanan.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Di atas kejayaan tersebut, Pasir Puteh A membawa p**ang wang tunai RM2,000, cek cura, sijil penyertaan dan pingat.
Kejayaan ini membuktikan komitmen Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh dalam memperkasakan pembangunan sukan komuniti serta mencungkil bakat atlet bola tampar.
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
26/07/2026
**SAMBUTAN HARI OKU PERINGKAT JABATAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN DAN JELAJAH LARIAN OBOR HARAPAN PKD PASIR PUTEH*
π₯πβΏοΈ
Ayuh bersama-sama meriahkan!
π
Tarikh: 3 September 2026 (Khamis)
π Tempat : Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh
π Masa: 7.00 pagi β 1.00 petang
π Tema : Hijau
πΏ Yuran Pendaftaran : RM 10 ( Anda akan menerima medal dan e sijil )
π Pendaftaran:
https://docs.google.com/forms/d/1xrzyAuLD4eqsFKjqrjjoL6ad3SwuKqPL7trVIye5snA/edit?pli=1
β¨ *Terbuka kepada semua!*
Mari kita berlari bersama sebagai tanda sokongan kepada komuniti OKU dan membina masyarakat yang lebih inklusif.
πβHentikan Stigma, Kesihatan Mental Milik Semuaβ