Gelanggang NAGA MERAH

Directions Contact the business

Gelanggang NAGA MERAH Gelanggang naga merah adalah sebuah gelanggang silat ditubuhkan pada tahun 2024.

🔥 PENGAMBILAN AHLI BARU SILAT – BULAN OKTOBER INI! 🔥Adakah anda atau anak-anak anda bersedia untuk membina jati diri, di...
01/10/2026

🔥 PENGAMBILAN AHLI BARU SILAT – BULAN OKTOBER INI! 🔥

Adakah anda atau anak-anak anda bersedia untuk membina jati diri, disiplin, dan mempelajari ilmu seni pertahanan diri warisan bangsa?

GELANGGANG NAGA MERAH
(Pertubuhan Seni Silat Panglima Gayong Malaysia - PSSPGM)
kini membuka pendaftaran ahli baru bagi sesi bulan Oktober!

🎯 CIRI-CIRI YANG DICARI:
✅ Berumur 9 hingga 40 tahun (Terbuka untuk LELAKI & WANITA)
✅ Hati kental & berdisiplin tinggi
✅ Sentiasa menghormati guru, keluarga & rakan seperjuangan
✅ Sihat fizikal & mental serta dahagakan ilmu warisan

🏆 KELEBIHAN MENYERTAI KAMI:
🥋 Mempelajari ilmu seni pertahanan diri yang tulen
⚔️ Peluang mewakili sekolah, daerah, atau negeri dalam pertandingan silat
📜 Sijil penyertaan & pencapaian yang sah
📌 Sertai kami sekarang! Bina diri, pelihara warisan, dan lahirkan juara!

💬 Pertanyaan & Pendaftaran (WhatsApp/Hubungi):
📲 017-941 6779

Silat Warisan, Jiwa Kesatriaan.
BERJUANG BERSAMA, MENANG BERSAMA! 💪💥

Berlajarlah dengan kaedah dgn betul...INGAT!Jangan Kalut....Doa,Usaha,Tawakal...
05/09/2026

Berlajarlah dengan kaedah dgn betul...INGAT!
Jangan Kalut....Doa,Usaha,Tawakal...

05/09/2026

Alhamdulillah...ada peningkatan anak² gelanggang naga merah ❤️

04/09/2026

Hari ni kita main lompat² ya anak2 semua....

🇲🇾🔥 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🔥🇲🇾31 OGOS 2026Dengan penuh rasa bangga dan kecintaan terhadap tanah air, Ge...
31/08/2026

🇲🇾🔥 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🔥🇲🇾

31 OGOS 2026

Dengan penuh rasa bangga dan kecintaan terhadap tanah air, Gelanggang Naga Merah (PSSP5GM Cawangan Pasir Puteh) mengucapkan:

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi satu amanah untuk kita terus menjaga maruah, perpaduan, budaya, agama dan warisan bangsa.

Sebagai generasi pewaris seni silat Melayu, marilah kita terus memelihara warisan ini agar tidak hilang ditelan zaman. Didik diri dengan disiplin, hormat-menghormati, keberanian dan semangat persaudaraan.

Satu bangsa, satu semangat, satu tujuan.

🔥 BANGSA BERSATU, NEGARA MAJU! 🔥

🇲🇾 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾

Ikhlas daripada,
GELANGGANG NAGA MERAH
PSSP5GM (CAWANGAN PASIR PUTEH)

28/08/2026

"Pelajar Bongsu"

Sebenarnya pelajar cik bob sorang ni mmg boleh dikatakan "King Of Drama" 😂. Kalau cerita² Korea tu semua xboleh lawan lgi dgn drama dia...

Sebenarnya dia menangis sebab suruh buat lompatan anak kambing 1 orang.. Dia kata dia xboleh buat....suruh dia buat mmg lompatan ke lautaa...hahahahaha...

Tapi sebagai seorang "cikgu",
Kasih sayang xpernah berkurang...sentiasa lebih kepada pelajar2 dan sentiasa nak yg terbaik utk kalian....sebab cik bob tahu kamu mampu atau "MALAS".. Nak atau tidak...tetap dan wajib kena buat.

Selepas video ni di ambil,
Dia mampu buat lompatan dengan jayanya...cuma kena sedikit bg pujian dan "MAIN ANGIN" sikit ja....

Nama dia Qaiser.
Nama Glamor "Jer"

21/08/2026

Selepas apa yg di ajar....

Hari ni cik bob nak test keberanian pelajar2 cilik cik bob bertemu dengan yg dah biasa masuk olahraga....iaitu yaya..

Selain dari mengajar silibus...cik bob mmg s**a tgk dan nak TEST pelajar² utk menguji keberanian. Adakah mereka menggunakan buah² yg diajar atau jd Cowboy...🤣🤣🤣

Gambar ini mengajar kita satu realiti tentang kehidupan dan adab berfikir:​1. Keindahan Berdiam Diri Bagi Orang BerilmuO...
17/08/2026

Gambar ini mengajar kita satu realiti tentang
kehidupan dan adab berfikir:

​1. Keindahan Berdiam Diri Bagi Orang Berilmu
Orang yang sarat dengan ilmu lazimnya lebih banyak berdiam. Diam mereka bukan kerana takut atau jahil, tetapi kerana memikirkan kesan setiap perkataan. Mereka bercakap bila perlu, memberi nasihat secara berhikmah, dan sentiasa menjaga perasaan orang lain.

​2. Perangkap Rasa Nak Tunjuk Pandai
Bila dada kosong daripada ilmu dan adab, timbul dorongan untuk menunjuk-nunjuk. Semua topik nak diulas, semua isu nak dijawab seolah-olah diri itu serba tahu. Akhirnya, bukannya rasa hormat yang didapati, tetapi terserlah kepincangan ilmu dan kebodohan sendiri.

​3. Jaga Hati Daripada Sifat Ujub
Penyakit berasa diri paling pandai inilah yang mematikan keikhlasan. Bila kita rasa kita saja yang betul dan pandai, kita makin s**ar menerima teguran, makin cepat menghukum, dan hilang adab terhadap orang lain.

​Semoga Allah memelihara lisan dan hati kita daripada sifat sombong, serta merezekikan kita ilmu yang bermanfaat dan adab yang tinggi. 🤲

​

Jadi bila dihina, kita tenang sahaja.Allah nak naikkan darjat kita Tersenyumlah...☺️
17/08/2026

Jadi bila dihina, kita tenang sahaja.

Allah nak naikkan darjat kita
Tersenyumlah...☺️

Address

Kampung Saring
Pasir Puteh

Opening Hours

Monday 21:00 - 23:30
Sunday 21:00 - 23:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gelanggang NAGA MERAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Gelanggang NAGA MERAH:

Shortcuts

Share