Perguruan Buah Pukul Yunan Kwangtung

Perguruan Buah Pukul Yunan Kwangtung

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perguruan Buah Pukul Yunan Kwangtung, Martial Arts School, Kampung Batu 1, Peramu, Pekan.

" molek buah kerana lian nya "
" berbisa buah keranalah pukulan nya "
" pukulan diatur rahsia lah diutamakan "
" gerak rahsia berjurus mengena tidak ingin kena "
" kekal rahsia menjadi rahsia "

Photos from Perguruan Buah Pukul Yunan Kwangtung's post 13/08/2026

Sambungan

Photos from Perguruan Buah Pukul Yunan Kwangtung's post 13/08/2026

Sekitar majlis

13/08/2026

Terima kasih YDH Orang Kaya Indera Shahbandar, Dato' Nizar Najib NN11 yang diwakili oleh Tok 4 Kamal untuk merasmikan Majlis Penutupan Gelanggang Buah Pukul Yunan Kwangtung bagi tahun 2026 .

12/08/2026

Tahniah sebab berjalan melangkah hingga ke akhir gelanggang dan berpegang kuatlah atas amanah yang dipikul,
semoga terus kekal merendah diri
walau setinggi mana kedudukan dan sejauh mana perjalanan.

Yang rahsia biarlah kekal rahsia, yang amanah biarlah dibawa hingga ke mati.

Perguruan Buah Pukul Yunan Kwangtung siri 2026.

~~ banyok gambo yg nok kene pilih wehhh . Esok² laa admin pilih dan upload yer . Ngantok mate . šŸ˜‚šŸ˜‚šŸ¤£

11/08/2026

Persiapan sebelum majlis penutup.

Moga dipermudahkan.

10/08/2026

Ulang siar kepada anak² seperguruan.

Pada yg berkelapangan, boleh la sama² hadir untuk mengeratkan lagi hubungan sesama kita .

JEMPUTAN KEPADA BEKAS² PELAJAR UNTUK KE MAJLIS TERSEBUT .

Sama-sama kita mengeratkan hubungan silaturahim yang telah dibina .

Salam Satu Perguruan.

31/07/2026

Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Kami di Perguruan Buah Pukul Yunan Kwangtung dengan penuh takzim merafakkan sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat menyambut Hari Keputeraan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan serta Kebawah Duli Paduka Baginda Sultanah Pahang dengan limpah rahmat, kesihatan yang berpanjangan, kebijaksanaan dalam memayungi negeri serta kesejahteraan yang berterusan.

Semoga Negeri Pahang Darul Makmur sentiasa berada di bawah naungan pemerintahan yang adil, aman, makmur dan diberkati Allah SWT.

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

29/07/2026

JEMPUTAN KEPADA BEKAS² PELAJAR UNTUK KE MAJLIS TERSEBUT .

Sama-sama kita mengeratkan hubungan silaturahim yang telah dibina .

Salam Satu Perguruan.

28/07/2026

Guru Tua,
Ayah Din,

Perguruan Buah Pukul Yunan Kwangtung, Pekan Pahang.

Seorang Guru dan Seorang Ayoh buat kami semua di perguruan. Moga Allah permudahkan segala urusan mu wahai Ayahanda.

23/07/2026

Post tanda Masih Aktif !

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pejam celik, gelanggang kita bakal melabuhkan tirainya pada bulan Ogos ini. Sebelum kita berpisah untuk seketika, marilah sama-sama manfaatkan baki latihan yang ada dengan bersungguh-sungguh.

Perkemaskan kembali permainan Lian, perhalusi setiap buah, setiap langkah, setiap berdiri, setiap tarik gelek, setiap tekanan dan setiap tumbukan. Lakukan dengan penuh semangat seolah-olah di hadapan kita benar-benar berdiri dihadapan seorang musuh. Kerana di gelanggang inilah ketepatan dibina, keyakinan dipupuk dan jiwa pendekar ditempa.

Jangan sekadar menghafal gerak, tetapi fahamilah maksud di sebalik setiap gerakan. Ilmu yang dipelajari hari ini akan menjadi bekalan yang menjaga diri pada masa hadapan.

Insya-Allah, apabila tirai gelanggang dilabuhkan nanti, biarlah kita berpisah bukan kerana berakhirnya perjuangan, tetapi sekadar memberi ruang untuk kita kembali dengan semangat yang lebih membara.

Semoga kita dipanjangkan umur, diberikan kesihatan dan diizinkan Allah untuk kembali bertemu, bersalaman, bergelanggang dan menyambung warisan ilmu pada waktu yang telah ditentukan.

"Berpisah bukan bererti melupakan, jauh bukan bererti memutuskan. Selagi adab dijunjung dan ilmu dihormati, kita tetap bersaudara di bawah satu perguruan."

Jumpa lagi di gelanggang… Insya-Allah.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Pekan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Kampung Batu 1, Peramu
Pekan