Akademi Saladin Takraw Club-USM

Akademi Saladin Takraw Club-USM

Share

Support Penang Sepaktakraw
Feeder Program Pembangunan Sepaktakraw

30/04/2026

Selamat Hari Lahir Coach Saladin A. Rahim - 1 Mei

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan, serta dilimpahkan rezeki yang berkat dalam kehidupan coach.

Terima kasih atas segala tunjuk ajar, disiplin dan semangat yang coach curahkan kepada kami. Setiap nasihat dan pengorbanan coach menjadi inspirasi untuk kami terus melangkah lebih jauh dan menjadi lebih baik, bukan sahaja dalam sukan, malah dalam kehidupan.

13/04/2026

Selamat Maju Jaya buat Nazirul Zahid.
Doa Usaha Impian Tawakall

08/04/2026

Insyaallah kita teruskan demi semangat dan warisan anak bangsa!

08/04/2026

Alhamdulillah kami kembali!
Semangat syawal!
Doakan kami terus success!

27/02/2026

https://www.facebook.com/share/1RBxESdzMd/

💚 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗛𝗦𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗞𝗔𝗦 𝗔𝗧𝗟𝗘𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚

“𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐧𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐦𝐚𝐫𝐮𝐚𝐡 𝐧𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚. 𝐊𝐢𝐧𝐢, 𝐠𝐢𝐥𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚.”

Sumbangan Kebajikan Ihsan Bekas Atlet Negeri Pulau Pinang diwujudkan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan bekas-bekas atlet yang suatu ketika dahulu telah mengharumkan nama negeri Pulau Pinang dan Malaysia di pentas sukan. Mereka pernah mengangkat semangat rakyat, mengorbankan masa muda, dan bertarung demi kejayaan bersama.

Namun, masa berlalu dan sebahagian daripada mereka kini diuji dengan masalah kesihatan yang serius, serta cabaran kehidupan harian yang semakin mencabar. Ramai yang memerlukan rawatan berterusan, sokongan moral, dan bantuan kewangan untuk meneruskan kehidupan dengan bermaruah.

Sebagai anak negeri yang prihatin, kita mempunyai peluang untuk menyumbang kembali kepada insan-insan yang pernah menjadi kebanggaan kita. Sumbangan anda bukan sekadar bantuan kewangan — ia adalah lambang kasih sayang, penghargaan, dan solidariti masyarakat terhadap pejuang sukan yang kini memerlukan sokongan.

𝐓𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧
• Membantu pembiayaan kos rawatan harian dan keperluan asas.
• Meringankan beban keluarga yang menjaga bekas atlet.
• Menyemai semangat kebersamaan dan ihsan dalam kalangan masyarakat.

✨ Setiap sumbangan ikhlas anda adalah sinar harapan buat mereka dan keluarga tersayang.

Penyaluran bantuan boleh dibuat terus kepada waris-waris bekas atlet (𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘱𝘦𝘮𝘣𝘢𝘣𝘪𝘵𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘪𝘩𝘢𝘬 𝘬𝘦𝘵𝘪𝘨𝘢) seperti yang tersenarai dengan mengimbas 𝗞𝗢𝗗 𝗤𝗥 yang disediakan.

Semoga usaha ini menjadi amal jariah yang berpanjangan dan membuka pintu keberkatan buat semua.

“𝗧𝗵𝗲𝘆 𝗼𝗻𝗰𝗲 𝗳𝗼𝘂𝗴𝗵𝘁 𝗳𝗼𝗿 𝘁𝗵𝗲 𝗽𝗿𝗶𝗱𝗲 𝗼𝗳 𝗼𝘂𝗿 𝘀𝘁𝗮𝘁𝗲 𝗮𝗻𝗱 𝗻𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻. 𝗡𝗼𝘄, 𝗶𝘁’𝘀 𝗼𝘂𝗿 𝘁𝘂𝗿𝗻 𝘁𝗼 𝘀𝘁𝗮𝗻𝗱 𝗯𝘆 𝘁𝗵𝗲𝗺.”

18/02/2026

Salam Ramadhan 1447H

Semoga Ramadhan ini membawa keberkatan dan ketenangan buat kita semua.
Ikhlas daripada Akademi Saladin Takraw Club-USM

13/02/2026

Enjoy the 'tubi'!
Tetap semangat!!

12/02/2026

Mendung di langit, Hujan mencurah, Semangat tetap membara!

05/02/2026

Mimpi Besar Tak Salah, Tak Cuba Itu Yang Rugi..!

05/02/2026

Langkah Kita Satu, Impian Kita Sama
Sepaktakraw sukan kita

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Penang Island?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Sungai Gelugor
Penang Island
11700

Opening Hours

09:00 - 11:15