Kelab Sukan Dan Rekreasi Kawan-Kawan

Directions

Kelab Sukan Dan Rekreasi Kawan-Kawan NGO focus mainly and Sports and Social Works

30/09/2026

Laporan/foto: S. Shalene/U. Prakash (Timur Laut)

29/09/2026

🏆 UCAPAN TERIMA KASIH & TAHNIAH

KEJOHANAN SEPAKAN PENALTI – PIALA PRESIDENT KSR KAWAN-KAWAN 2026

Alhamdulillah, selesai sudah Kejohanan Sepakan Penalti Piala President KSR Kawan-Kawan 2026 yang telah berlangsung pada 27 September 2026 di Padang Brown, Dato Keramat.

Setinggi-tinggi TAHNIAH diucapkan kepada semua pemenang:

🥇 JUARA – LIVERPOOL
Hafiz • Ruben • Fozy • Azri • Daniel

🥈 NAIB JUARA – TOTTENHAM HOTSPURS
Ismail • Hilmi Hassan • Salman Farsi • Fariz Izzat • Syafiq Yassim

🥉 KETIGA – BRIGHTON
Wan Pogba • Irfan • Mohan • Fahim Imran •

🏅 KEEMPAT – SUNDERLAND
Badrudin • Kachi • Zainudin • Mamu Syafiq • Fariz

👏 Tahniah dan syabas kepada semua pasukan serta pemain yang telah memberikan komitmen, semangat kesukanan dan persaingan yang cukup menarik sepanjang kejohanan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan TERIMA KASIH kepada semua yang telah hadir, membantu dan menjayakan program ini, khususnya kepada para peserta, urusetia, AJK serta semua penyokong KSR Kawan-Kawan.

🍽️ Terima kasih juga kepada ISKANDAR CATERING (President KSR Kawan-Kawan) atas tajaan makanan tengah hari untuk para peserta dan urusetia.

💧 Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada penaja air mineral (Tuan Hamizan dari AMZ Global Venture) atas sumbangan dan sokongan yang diberikan kepada program ini.

Tanpa sokongan dan kerjasama semua pihak, kejohanan ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan jayanya. Akhir kata terima kasih diucapkan kepada Biro Sukan Tuan Razi & Tuan Syafiq atas penganjuran yang terbaik.

10 Tahun KSR Kawan-Kawan – Bersama Membina Ukhuwah, Bersama Menyemarakkan Sukan. 💚⚽🏆

KSR KAWAN-KAWAN
Kelab Sukan Dan Rekreasi Kawan-Kawan
2016 – 2026 | 10th Anniversary






إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَKelab Sukan dan Rekreasi Kawan-Kawan merakamkan ucapan Salam Takziah buat sel...
28/09/2026

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Kelab Sukan dan Rekreasi Kawan-Kawan merakamkan ucapan Salam Takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat Allah SWT, diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama golongan yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah. 🤲🏻

 #ꜰʀɪᴇɴᴅʟʏᴍᴀᴛᴄʜ  #ꜰᴏᴏᴛʙᴀʟʟᴜɴɪᴛʏ  #ᴘʟᴀʏꜰᴏʀʙᴀᴅɢᴇ  #ᴋꜱʀᴋᴋ  #ᴋꜱʀᴋᴀᴡᴀɴᴋᴀᴡᴀɴ  #ᴋᴇʟᴀʙꜱᴜᴋᴀɴᴅᴀɴʀᴇᴋʀᴇᴀꜱɪᴋᴀᴡᴀɴᴋᴀᴡᴀɴ
23/09/2026

#ꜰʀɪᴇɴᴅʟʏᴍᴀᴛᴄʜ #ꜰᴏᴏᴛʙᴀʟʟᴜɴɪᴛʏ #ᴘʟᴀʏꜰᴏʀʙᴀᴅɢᴇ #ᴋꜱʀᴋᴋ #ᴋꜱʀᴋᴀᴡᴀɴᴋᴀᴡᴀɴ #ᴋᴇʟᴀʙꜱᴜᴋᴀɴᴅᴀɴʀᴇᴋʀᴇᴀꜱɪᴋᴀᴡᴀɴᴋᴀᴡᴀɴ

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهSETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & TERIMA KASIHAlhamdulil...
21/09/2026

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & TERIMA KASIH

Alhamdulillah, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Persatuan Panaikulam Malaysia, khususnya YBhg. Presiden, barisan EXCO serta Tuan Syed Ibrahim bin Abdul Rahman, Honorary Secretary, atas jemputan dan penghormatan yang begitu bermakna sempena Program Maulidur Rasul Persatuan Panaikulam Malaysia 2026.

Kami amat menghargai kesudian pihak Persatuan Panaikulam Malaysia memberikan ruang untuk meraikan dan mengiktiraf penerimaan Pingat Jasa Masyarakat (P.J.M.) daripada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang diterima oleh Timbalan Presiden Kelab Sukan Dan Rekreasi Kawan-Kawan Tuan Mohamed Irfan Bin Sickandar Shah.

Sesungguhnya, pengiktirafan ini bukan sekadar satu penghormatan peribadi, tetapi merupakan satu amanah dan tanggungjawab untuk kami terus memperkukuhkan usaha khidmat bakti kepada masyarakat serta menyumbang kepada pembangunan komuniti melalui semangat kebersamaan, kebajikan dan kemasyarakatan.

Kamk juga ingin merakamkan penghargaan atas sokongan, kepercayaan, persahabatan dan ukhuwah yang telah diberikan oleh Persatuan Panaikulam Malaysia selama ini. Semoga hubungan yang terjalin akan terus diperkukuhkan dan segala usaha murni yang dilaksanakan oleh Persatuan sentiasa mendapat keberkatan serta dipermudahkan oleh Allah SWT.

Terima kasih atas jemputan, penghargaan dan ingatan yang begitu istimewa. Kami amat berbesar hati dapat bersama-sama dalam majlis yang penuh dengan nilai keagamaan, ukhuwah dan semangat kemasyarakatan ini.

Semoga sambutan Maulidur Rasul SAW ini menjadi wadah untuk kita terus meneladani akhlak dan perjuangan Rasulullah SAW dalam membina masyarakat yang bersatu, penyayang dan saling membantu.

Jazakumullahu Khairan Kathira.

Semoga Allah SWT memberkati segala usaha kita, mengeratkan ukhuwah dan mengurniakan kekuatan untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dan negara.






⚽🏆 JEMPUTAN MENYERTAI KEJOHANAN BOLA SEPAK 9-SEBELAH 🏆⚽PIALA ❤️ PENANG EDISI 4.0Kelab Sukan Dan Rekreasi Kawan-Kawan den...
17/09/2026

⚽🏆 JEMPUTAN MENYERTAI KEJOHANAN BOLA SEPAK 9-SEBELAH 🏆⚽
PIALA ❤️ PENANG EDISI 4.0

Kelab Sukan Dan Rekreasi Kawan-Kawan dengan sukacitanya menjemput pasukan- pasukan bolasepak untuk menyertai kejohanan yang bakal berlangsung:

📅 25 Oktober 2026 (Ahad)
📍 Padang Polo, Jalan Sepoy Lines, Pulau Pinang
⏰ 8.00 pagi
💰 Yuran Pendaftaran: RM250.00
👥 Terhad kepada 32 pasukan sahaja!

🏆 JUARA: RM2,500 + Medal + Piala Iringan + Piala Pusingan
🥈 NAIB JUARA: RM1,500 + Medal
🥉 KE-3 & KE-4: RM500 + Medal

📞 Hubungi:
Razi: 012-413 0376
Zainol: 012-401 5650

🔥 Jangan lepaskan peluang untuk beraksi dan rebut Piala ❤️ Penang Edisi 4.0!
Jumpa di padang, kita meriahkan bola sepak Pulau Pinang! ⚽💙

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾Kelab Sukan Dan Rekreasi Kawan-Kawan mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh ra...
16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

Kelab Sukan Dan Rekreasi Kawan-Kawan mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan terus mekar dalam membina Malaysia yang sejahtera.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati
🤝 Bersatu, Harmoni, Sejahtera.

🇲🇾 Salam Malaysia Day 2026!
16 September 2026














Address

Penang Island

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sukan Dan Rekreasi Kawan-Kawan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share