23/08/2026
2 EMAS UNTUK PULAU PINANG!
Syabas dan tahniah kepada Pasukan Sepaktakraw SUKMA Pulau Pinang atas kejayaan membawa pulang 2 pingat emas dari SUKMA Selangor 2026! ๐๐ฅ
Satu pencapaian yang membanggakan dan membuktikan semangat juang, disiplin serta kesungguhan seluruh pasukan dalam mengharumkan nama Pulau Pinang di pentas SUKMA.
Tahniah buat semua atlet, jurulatih, pengurus pasukan, pegawai dan seluruh warga yang berada di belakang kejayaan ini. ๐๐
2 EMAS โ SATU KEBANGGAAN!
Teruskan melakar kejayaan dan mengangkat martabat Sepaktakraw Pulau Pinang ke tahap yang lebih tinggi! ๐ช๐
Syabas & Tahniah daripada
๐๐ KELAB LAGENDA SEPAKTAKRAW PULAU PINANG
01/04/2026
๐๐ป๐ป๐ฎ ๐๐ถ๐น๐น๐ฎ๐ต๐ถ ๐๐ฎ ๐ถ๐ป๐ป๐ฎ ๐ถ๐น๐ฎ๐๐ต๐ถ ๐ฟ๐ฎ๐ท๐ถ'๐๐ป
Dengan penuh rasa dukacita, merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Muhammad Fauzan Ikhwan bin Mohd Hussain, Bekas Pemain Sepak Takraw Negeri Pulau Pinang.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan ketabahan dan kekuatan menghadapi saat yang sukar ini.
Al-Fatihah.
๐๐ข๐ณ๐ช๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข:
Best Moments Sepaktakraw Penang
17/03/2026
Mohd Taufik Bin Md Saad telah kembali kerahmatullah pada 17 Mac 2026 disebabkan kemalangan di Lebuhraya Hutan Kampung-Kedah.
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan dan terimalah segala amal kebaikannya. Kami juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa dan pengorbanannya sebagai apit kanan, sahabat serta adik yang baik.
Sesungguhnya Allah telah meminjamkan kepada kita seorang insan yang hebat, tabah dan sentiasa bersemangat dalam setiap perjuangan.
Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat handai.
Semoga Allah SWT merahmatinya, mengampuni segala dosanya serta memberkati segala amalannya di dunia dan di akhirat.
27/02/2026
https://www.facebook.com/share/1RBxESdzMd/
๐ ๐ฆ๐จ๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐ก ๐๐๐๐๐ฆ ๐๐ง๐๐๐ง ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐จ๐๐๐จ ๐ฃ๐๐ก๐๐ก๐
โ๐๐๐ซ๐๐ค๐ ๐ฉ๐๐ซ๐ง๐๐ก ๐๐๐ซ๐ฃ๐ฎ๐๐ง๐ ๐๐๐ฆ๐ข ๐ฆ๐๐ซ๐ฎ๐๐ก ๐ง๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ง ๐ง๐๐ ๐๐ซ๐. ๐๐ข๐ง๐ข, ๐ ๐ข๐ฅ๐ข๐ซ๐๐ง ๐ค๐ข๐ญ๐ ๐ฆ๐๐ง๐ฒ๐จ๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฆ๐๐ซ๐๐ค๐.โ
Sumbangan Kebajikan Ihsan Bekas Atlet Negeri Pulau Pinang diwujudkan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan bekas-bekas atlet yang suatu ketika dahulu telah mengharumkan nama negeri Pulau Pinang dan Malaysia di pentas sukan. Mereka pernah mengangkat semangat rakyat, mengorbankan masa muda, dan bertarung demi kejayaan bersama.
Namun, masa berlalu dan sebahagian daripada mereka kini diuji dengan masalah kesihatan yang serius, serta cabaran kehidupan harian yang semakin mencabar. Ramai yang memerlukan rawatan berterusan, sokongan moral, dan bantuan kewangan untuk meneruskan kehidupan dengan bermaruah.
Sebagai anak negeri yang prihatin, kita mempunyai peluang untuk menyumbang kembali kepada insan-insan yang pernah menjadi kebanggaan kita. Sumbangan anda bukan sekadar bantuan kewangan โ ia adalah lambang kasih sayang, penghargaan, dan solidariti masyarakat terhadap pejuang sukan yang kini memerlukan sokongan.
๐๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐๐ง ๐๐ฎ๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐๐ง
โข Membantu pembiayaan kos rawatan harian dan keperluan asas.
โข Meringankan beban keluarga yang menjaga bekas atlet.
โข Menyemai semangat kebersamaan dan ihsan dalam kalangan masyarakat.
โจ Setiap sumbangan ikhlas anda adalah sinar harapan buat mereka dan keluarga tersayang.
Penyaluran bantuan boleh dibuat terus kepada waris-waris bekas atlet (๐ต๐ข๐ฏ๐ฑ๐ข ๐ฑ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ข๐ฃ๐ช๐ต๐ข๐ฏ ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ข๐ณ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฑ๐ช๐ฉ๐ข๐ฌ ๐ฌ๐ฆ๐ต๐ช๐จ๐ข) seperti yang tersenarai dengan mengimbas ๐๐ข๐ ๐ค๐ฅ yang disediakan.
Semoga usaha ini menjadi amal jariah yang berpanjangan dan membuka pintu keberkatan buat semua.
โ๐ง๐ต๐ฒ๐ ๐ผ๐ป๐ฐ๐ฒ ๐ณ๐ผ๐๐ด๐ต๐ ๐ณ๐ผ๐ฟ ๐๐ต๐ฒ ๐ฝ๐ฟ๐ถ๐ฑ๐ฒ ๐ผ๐ณ ๐ผ๐๐ฟ ๐๐๐ฎ๐๐ฒ ๐ฎ๐ป๐ฑ ๐ป๐ฎ๐๐ถ๐ผ๐ป. ๐ก๐ผ๐, ๐ถ๐โ๐ ๐ผ๐๐ฟ ๐๐๐ฟ๐ป ๐๐ผ ๐๐๐ฎ๐ป๐ฑ ๐ฏ๐ ๐๐ต๐ฒ๐บ.โ
26/01/2026
Membina Generasi Sepaktakraw - legasi sukan tradisi
11/03/2025
ุฅูุง ููู ูุงูุง ุงููู ุฑุงุฌุนูู
11 Mac 2025
Mendapat perkhabaran menyedihkan pagi ini, pemergian Mohd Zaini Selamat Selamat Kulim di Hospital Kulim pagi ini. Jenazah dijangka akan dikebumikan selepas Solat Asar di Tanah Perkuburan Islam (baru), Masjid Kulim.
Allahyarham merupakan bekas pemain sepak takraw di posisi apit kanan. Pernah mewakili pasukan sepak takraw Belia Pulau Pinang antaranya dalam Kejohanan Sepak Takraw GP Kebangsaan Perilly's dan Belia Kebangsaan (2000-2002)
Salam takziah buat keluarga Allahyarham dr Best Moments Sepaktakraw Penang
Semoga Allahyarham ditempatkan bersama para solihin.
ุงููุงุชุญุฉ..