04/09/2026
[UCAPAN SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA ATLET SUPER-K USM]🏆
Assalamualaikum dan Salam PERMATA USM Memimpin 💜
Selamat maju jaya kepada wakil Perkumpulan Mahasiswa/i Anak Terengganu Universiti Sains Malaysia (PERMATA USM) yang akan menyertai SUPER-K 3.0 2026
📍Tempat: Kompleks Sukan Negeri Terengganu
🗓️Tarikh: 5-6 September 2026
Semoga segala urusan sepanjang program ini dipermudahkan dan dipenuhi dengan pengalaman yang bermakna. Teruslah mengasah bakat, memperkukuh kepimpinan serta mengharumkan nama Universiti Sains Malaysia dan negeri Terengganu dengan penuh integriti dan kecemerlangan.
“PERMATA USM MEMIMPIN, MAHASISWA BERKALIBER”
31/08/2026
[SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69]🇲🇾
Assalamualaikum dan Salam PERMATA USM Memimpin 💜
Kami dari Perkumpulan Mahasiswa/i Anak Terengganu Universiti Sains Malaysia (PERMATA USM) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Semoga semangat perpaduan terus kukuh dalam diri kita, selari dengan aspirasi untuk mewujudkan Malaysia yang lebih harmoni dan sejahtera.
“PERMATA USM MEMIMPIN, MAHASISWA BERKALIBER”
25/08/2026
[SALAM MAULIDUR RASUL 1448H] 🌙
Assalamualaikum dan Salam PERMATA USM Memimpin 💜
Kami dari Perkumpulan Mahasiswa/i Anak Terengganu Universiti Sains Malaysia (PERMATA USM) ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul.
Marilah kita bersama-sama menghayati dan memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat, menelusuri sirah serta mencontohi akhlak mulia dan perjuangan Baginda dalam kehidupan seharian.
“PERMATA USM MEMIMPIN, MAHASISWA BERKALIBER”
15/08/2026
[TAHNIAH & SELAMAT DATANG MAHASISWA/I BAHARU TERENGGANU SA 2026/2027] 🎓
Assalamualaikum dan Salam PERMATA USM Memimpin 💜
Kami dari Perkumpulan Mahasiswa/i Anak Terengganu Universiti Sains Malaysia (PERMATA USM) mengucapkan tahniah dan selamat menerima keputusan UPU kepada semua bakal mahasiswa dan mahasiswi! 🎓✨
Tahniah dan syabas kepada yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Sains Malaysia (USM)! 🎉 Selamat datang kami ucapkan kepada semua mahasiswa/i baharu, khususnya anak-anak Terengganu yang bakal menjejakkan kaki ke USM. 💜
Sertai group WhatsApp khas untuk anak Terengganu USM bagi mendapatkan informasi, perkongsian dan bimbingan sepanjang berada di USM.
🔗 Link Group:
https://chat.whatsapp.com/Fga8anJOcUiL8i9vVnOM8u?mode=gi_t
Atau scan QR Code pada poster!
Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
📱Yusuff : 016-4346300
📱Najihah : 011-26457570
“PERMATA USM MEMIMPIN, MAHASISWA BERKALIBER”
07/08/2026
[PENCARIAN ATLET KEJOHANAN SUPER-K PERMATA USM] 🏆🔥
Assalamualaikum dan Salam PERMATA USM Memimpin 💜
Adakah anda mempunyai bakat dalam bidang sukan? Inilah masanya untuk anda menunjukkan kehebatan dan membawa nama PERMATA USM dalam Kejohanan SUPER-K!
PERMATA USM kini membuka pendaftaran bagi pencarian atlet untuk mewakili PERMATA! 🏃♂️💨
🏆 Sukan yang Dipertandingkan:
⚽ Bola Sepak (Lelaki)
🏐 Bola Jaring (Wanita)
🏸 Badminton (Lelaki & Wanita)
🎯 Sukan Rakyat (Lelaki & Wanita)
🎮 Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) (Terbuka)
🎯 Syarat Penyertaan:
- Terbuka kepada semua mahasiswa/i anak kelahiran negeri Terengganu di USM
🔗 Pautan Pendaftaran Atlet: https://forms.gle/DtshRzwQy8g624v78
📞Sebarang Pertanyaan / Maklumat Lanjut:
📱Farris – 019-9324139
Ayuh serlahkan bakat anda dan bersama-sama kita mewakili PERMATA USM! 💪💜✨
“PERMATA MEMIMPIN, MAHASISWA BERKALIBER”
05/08/2026
[PENCARIAN EXCO PERKUMPULAN MAHASISWA/I ANAK TERENGGANU (PERMATA) USM SA 2026/2027] 🔊
Assalamualaikum dan Salam PERMATA USM Memimpin 💜
Kami dari Perkumpulan Mahasiswa/i Anak Terengganu Universiti Sains Malaysia (PERMATA USM) berbesar hati dan mengalu-alukan anda untuk menjadi sebahagian daripada keluarga kami sebagai EXCO PERMATA SA 26/27 🤩
Sesi Temu Duga akan diadakan secara dalam talian (ONLINE). Masa temu duga akan diberitahu kemudian.
🗓️ Tarikh Akhir Pendaftaran: 15 Ogos 2026
🎤Tarikh Temu Duga: 17-20 Ogos 2026
Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
📱Yusuff : 016-4346300
📱Najihah : 011-26457570
“PERMATA USM MEMIMPIN, MAHASISWA BERKALIBER”
01/08/2026
[FEB UNPAD: SUMMER PROGRAM 2026] ☀️
Assalamualaikum dan Salam PERMATA USM Memimpin 💜
Tahniah dan selamat maju jaya kepada wakil Perkumpulan Mahasiswa/i Anak Terengganu Universiti Sains Malaysia (PERMATA USM) yang akan menyertai program FEB UNPAD: Summer Program 2026.
📍Tempat: Universitas Padjadjaran, Bandung, Indonesia
🗓️Tarikh: 2 - 8 Ogos 2026
Semoga segala urusan sepanjang program ini dipermudahkan dan dipenuhi dengan pengalaman yang bermakna. Teruslah mengasah bakat, memperkukuh kepimpinan serta mengharumkan nama Universiti Sains Malaysia dan negeri Terengganu dengan penuh integriti dan kecemerlangan.
“PERMATA USM MEMIMPIN, MAHASISWA BERKALIBER”
27/07/2026
[SELAMAT MENJALANI CUTI PERTENGAHAN SEMESTER]✨🚌
Assalamualaikum dan Salam PERMATA USM Memimpin💜
Perkumpulan Mahasiswa/i Anak Terengganu Universiti Sains Malaysia (PERMATA USM) ingin mengucapkan Selamat Menjalani Cuti Semester bagi Sidang Akademik 2025/2026 kepada semua mahasiswa.
Gunakanlah peluang cuti ini untuk berehat secukupnya, menghargai masa bersama insan tersayang, dan kembali ke kampus dengan azam serta motivasi yang baharu.
“PERMATA USM MEMIMPIN, MAHASISWA BERKALIBER”
11/07/2026
[SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN YANG KE-85]
Assalamualaikum dan Salam PERMATA USM Memimpin 💜
Perkumpulan Mahasiswa/i Anak Terengganu Universiti Sains Malaysia (PERMATA USM) ingin mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang ke-85 kepada TYT Tun Dato’ Seri Utama Ramli Ngah Talib, Yang di- Pertua Negeri Pulau Pinang
Semoga negeri Pulau Pinang sentiasa diberkahi Allah SWT dan terus bergerak maju kehadapan di bawah naungan TYT
Tun Dato’ Seri Utama Ramli Ngah Talib.
“PERMATA USM MEMIMPIN, MAHASISWA BERKALIBER”
07/07/2026
[RECAP! MAJLIS APRESIASI: UNITY IN DIVERSITY]🌏✨
Perkumpulan Mahasiswa/i Anak Terengganu Universiti Sains Malaysia (PERMATA USM) ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai serta menjayakan Majlis Apresiasi: Unity in Diversity pada 26 Jun 2026, bertempat di Eastin Hotel baru-baru ini.
Komitmen, kerjasama dan semangat yang ditunjukkan sepanjang program ini amat dihargai. Diharapkan agar program ini dapat memberi peluang kepada peserta untuk mengeratkan ukhuwah serta mencipta kenangan yang bermakna bersama-sama.
“PERMATA USM MEMIMPIN, MAHASISWA BERKALIBER”