27/09/2026
Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) OKU – Sukan Stacking
📅 Tarikh: 24 September 2026
📍 Tempat: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang atas penganjuran Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) OKU – Sukan Stacking. ❤️
Kami amat menghargai peluang dan sokongan yang diberikan untuk memperkenalkan Sukan Stacking kepada komuniti OKU.
Sangat menggembirakan melihat para peserta begitu seronok, bersemangat dan teruja mencuba Sukan Stacking. 🥰🏆
Terima kasih kerana bersama-sama menjadikan sukan lebih inklusif dan memberi peluang kepada semua untuk menikmati keseronokan bersukan. 💙
WSSA Malaysia