M8 Penang

M8 Penang

Share

M8 PENANG PUSHBIKE CLUB

07/08/2026

CASH PRIZES FOR TOP 3 POINT WINNERS LION ROCKET SPEED SERIES 2.0

1st Place: RM70
2nd Place: RM50
3rd Place: RM30

Cash prizes will be awarded to the Top 3 Winners listed below.

For those attending Lion Rocket Speed Series 3.0, the cash prizes will be presented during the event. For those who are unable to attend, payment will be made via online transfer.

Thank you so much for your support!
________

Hadiah wang tunai akan diberikan kepada Top 3 Winners seperti dalam senarai nama di bawah.

Bagi penerima yang hadir ke Lion Rocket Speed Series 3.0, hadiah wang tunai akan disampaikan semasa acara. Bagi yang tidak dapat hadir, pembayaran akan dibuat melalui online transfer.

Terima kasih untuk sokongan anda!

Photos from M8 Penang's post 07/08/2026

SEMOGA BERJAYA TEAM M8 PENANG! 🏁πŸ”₯

Selamat berjuang kepada semua rider M8 Penang yang akan beraksi di:

πŸ† Lion Rocket Speed Series 3
πŸ† Rakan Litar Pushbike

Berlumba dengan semangat, yakin dengan kemampuan diri, dan berikan yang terbaik di atas trek. Menang atau kalah bukan penentu, pengalaman, usaha dan keberanian adalah kemenangan sebenar.

Semoga dipermudahkan segala urusan, diberi keselamatan sepanjang perlumbaan, dan pulang membawa kejayaan. Kami sentiasa menyokong anda semua!

Good luck, riders! πŸ’ͺ🚴

05/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ PEREMPUAN TERPILIH MENCABAR DUNIA LELAKI πŸ‡²πŸ‡Ύ

Di sebalik senyuman seorang kanak-kanak perempuan, tersimpan impian besar untuk membawa Jalur Gemilang ke pentas dunia.

Wan Adra Mikayla mencipta sejarah apabila menjadi satu-satunya pelumba perempuan Malaysia yang terpilih mewakili negara ke Ohvale Guangzhou Supercup 2026 di Guangzhou, China.

Kejohanan bertaraf dunia ini bakal menghimpunkan 120 pelumba terbaik dari 30 negara, dengan setiap pelumba dipilih berdasarkan merit untuk mewakili negara masing-masing.

Pemilihan Mikayla bukan datang secara kebetulan. Sepanjang SIC Ohvale Championship 2026, beliau membuktikan kemampuan dengan prestasi yang konsisten dan sentiasa berada di podium, sekali gus melayakkan diri dipilih berdasarkan merit untuk membawa cabaran Malaysia ke China.

Perjalanan ini tidak mudah. Sebelum ini, antara cabaran terbesar yang dihadapi Mikayla ialah mendapatkan tempat latihan yang sesuai serta kos yang tinggi untuk berlatih di litar utama. Namun, dengan kepercayaan dan sokongan daripada pelbagai pihak, impian itu kini semakin hampir menjadi kenyataan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada APDCREW Circuit yang menjadi penaja tempat latihan Mikayla. Sokongan ini memberi peluang kepada Mikayla menjalani latihan yang lebih konsisten sebagai persediaan menghadapi saingan di pentas dunia.

Terima kasih juga kepada Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) atas bantuan kewangan yang diberikan bagi membantu persiapan Mikayla.

Penghargaan turut diberikan kepada Terengganu Comey dan Kerajaan Negeri Terengganu yang sentiasa menyokong Team 4 Racing dalam menyertai pelbagai pertandingan di Malaysia.

Terima kasih kepada ZK Racing & Zulfahmi yang sentiasa mencari peluang kepada pelumba-pelumba berbakat untuk membuktikan kebolehan.

Terima kasih juga kepada Coach Azlan (Lan Jawa), ayah kepada Qabil Irfan, yang telah banyak mencurahkan ilmu, pengalaman dan tunjuk ajar kepada Mikayla. Bimbingan beliau menjadi antara faktor penting dalam perkembangan prestasi Mikayla sehingga berjaya melayakkan diri ke kejohanan dunia.

Perjalanan ini masih panjang. Kami masih memerlukan sokongan daripada syarikat, organisasi dan individu yang ingin bersama-sama membantu seorang anak Malaysia mengejar impian di pentas antarabangsa.

Jika anda berminat untuk menjadi penaja dan bersama-sama mengharumkan nama Malaysia, bolehlah menghubungi M8 Racing Team. +6012-5015221 ( Nik )

Setiap sokongan anda bukan sekadar membantu seorang pelumba, tetapi menjadi sebahagian daripada perjuangan membawa Malaysia ke pentas dunia. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ

APDCrew Circuit CSR MBI Selangor M8 Racing Team MotoMini Malaysia Terengganuku COMEY ZK Racing Zulfahmi Khairuddin Menteri Besar Selangor Incorporation AUTO PLATE DIVISION Astro Arena MHI TV3 Selamat Pagi Malaysia (Nadi Seri Pagi)

03/08/2026

siapaakah yang beruntung ni 😍

Lebih daripada sekadar perlumbaan!

Lucky Draw Eksklusif HABIB:

🎁 1 hadiah untuk sesi t/hari
🎁 1 hadiah untuk sesi petang

Mungkin rezeki anda menanti di Lion Rocket Speed Series 3.0 πŸ’ͺ🏻

___________

More than just a race.

Exclusive HABIB Lucky Draw:

🎁 1 prize for the afternoon Session
🎁 1 prize for the evening Session

Your lucky moment might be waiting for you at Lion Rocket Speed Series 3.0. πŸ’ͺ🏻

Photos from LION Rocket PRO Team's post 01/08/2026
25/07/2026

πŸ”₯ LITTLE CHAMPION PRO PUSHBIKE FUN RACE 2026 πŸ”₯

Team M8 Penang bersedia untuk satu lagi cabaran! πŸ’™πŸ’›

Buat Zayaan, Zara S, Yusuf & Aleesa Z, berikan yang terbaik di atas trek. Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi keberanian untuk mencuba, semangat untuk terus belajar dan keseronokan ketika berlumba adalah kemenangan sebenar.

Terus tolak, jangan mudah mengalah! πŸ’ͺ
Setiap latihan, setiap perlumbaan dan setiap garisan penamat adalah satu langkah ke arah menjadi lebih baik daripada semalam.

Terima kasih kepada semua ibu bapa, jurulatih dan penyokong yang sentiasa berada di belakang anak-anak ini. Sokongan anda adalah sumber kekuatan mereka.

Semoga semua rider diberikan keselamatan, keyakinan dan berjaya melakukan yang terbaik di trek.

Jumpa di AEON Mall Rawang!
πŸ“… 26 Julai 2026 (Ahad)
πŸ“ AEON Mall Rawang Rooftop

M8 Penang – Satu Pasukan, Satu Semangat, Satu Keluarga! πŸ’™πŸ’›

19/07/2026
17/07/2026

πŸ”₯🏁 MISI SETERUSNYA: Perlumbaan Pushbike Peringkat Wilayah Persekutuan di AEON Mall Metro Prima, Kepong! 🏁πŸ”₯

Team M8 Penang akan turun berjuang sekali lagi dengan semangat, disiplin dan keberanian. Setiap kayuhan adalah bukti usaha, setiap garisan penamat adalah pengalaman yang mematangkan anak-anak kita.

Kepada semua rider M8 Penang, jangan pernah takut untuk mencuba. Berikan 100% di atas trek, nikmati setiap perlumbaan, dan buktikan bahawa usaha tidak pernah mengkhianati hasil! πŸš΄πŸ’¨

M8 Penang... SATU PASUKAN, SATU HATI, SATU MATLAMAT! πŸ’™πŸ’›

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Penang Island?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Penang Island