15/12/2025
PENGANJURAN DAN PENYERTAAN KEJOHANAN HOKI 9 SEBELAH KALI KE-8 TERTUTUP UTeM 2025
| 12 & 13 DISEMBER 2025 | KOMPLEKS SUKAN UTeM
Kejohanan Hoki Kali ke-8 ini yang dianjurkan dengan kerjasama dan sokongan yang baik Pusat Sukan UTeM & Centre of Alumni, Career & Employability, UTeM , HEPA, Alumni-Alumi Hoki UTeM (2005-2025) dan Kelab Hoki Staf UTeM
Penyertaan kali ini melibatkan 70 orang alumni, 100 orang pelajar dan 13 orang staf. Sebanyak 12 pasukan menyertai iaitu 5 pasukan Alumni, 1 pasukan staf, 6 pasukan pelajar bagi kategori Lelaki & wanita.
Turut Hadir dan ucapan terima kasih kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UTeM bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah & Ramah Mesra bersama Alumni Hoki UTeM di Perkarangan Stadium UTeM.
Terima kasih juga kepada Alumni-Alumni Hoki UTeM yang sentiasa menyokong pembangunan sukan hoki di UTeM, semoga kejohanan ini dapat memperteguhkan hubungan alumni dengan universiti.
Keputusan Rasmi Kejohanan
KATEGORI LELAKI
JOHAN - Pasukan Pelajar 4
NAIB JOHAN - Pasukan Pelajar 2
TEMPAT KETIGA - Pasukan Pelajar 3
KATEGORI WANITA
JOHAN - Pasukan Pelajar 1
NAIB JOHAN - Pasukan Alumni
TEMPAT KETIGA - Pasukan Pelajar 2
Tahniah & Syabas