Pusat Latihan PSS TLDM KD SRI PINANG

Call Directions

Pusat Latihan PSS TLDM KD SRI PINANG Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia.

KD SRI PINANG merupakan sebuah unit Pasukan Simpanan Sukarela TLDM tertua di Malaysia, berperanan melahirkan modal insan yang berjiwa patriotik daripada kalangan orang awam Malaysia untuk dilatih dengan kemahiran tentera laut supaya mempu menyumbang kepada kedaulatan negara Malaysia tidak kira ketika waktu aman mahupun waktu darurat.

๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ฃ๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—šTiga buah kapal perang dari Armada Pasifik Tentera Laut Rusia iai...
17/10/2026

๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ฃ๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š

Tiga buah kapal perang dari Armada Pasifik Tentera Laut Rusia iaitu RFS Marshal Shaposhnikov, RFS Admiral Tributs dan RFS Pechenga telah berlabuh di North Butterworth Container Terminal (NBCT), Pulau Pinang pada 11 Okt 26.

Tujuan lawatan kapal-kapal tersebut adalah sebahagian daripada siri pelayaran Armada Pasifik Rusia di rantau Asia-Pasifik bagi tujuan diplomasi pertahanan serta mengukuhkan hubungan maritim antarabangsa.

Turut hadir adalah Laksamana Pertama Ahmad Sapuan Fathi bin Hj Muhammad, Timbalan Panglima Armada Barat, Pegawai dan Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada Resident Nava Officer (RNO) Pulau Pinang dan KD SRI PINANG.





๐™„๐™‰๐™๐™€๐™‚๐™๐˜ผ๐™๐™€๐˜ฟ ๐™๐™€๐˜ผ๐™ˆ ๐™๐™๐˜ผ๐™„๐™‰๐™„๐™‰๐™‚ ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฎ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒKursus ๐˜๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜จ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜›๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜›๐˜ณ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ Siri 2 Tahun 2026 (ITT 2/26) telah berjaya dil...
15/10/2026

๐™„๐™‰๐™๐™€๐™‚๐™๐˜ผ๐™๐™€๐˜ฟ ๐™๐™€๐˜ผ๐™ˆ ๐™๐™๐˜ผ๐™„๐™‰๐™„๐™‰๐™‚ ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฎ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Kursus ๐˜๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜จ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜›๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜›๐˜ณ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ Siri 2 Tahun 2026 (ITT 2/26) telah berjaya dilaksanakan pada 10 Okt 26 bertempat di Markas Pasukan Simpanan (MPS) TLDM dengan penglibatan Unit Bawah Naungan.

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan berkaitan ๐˜‘๐˜ฐ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ต ๐˜–๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜—๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ (JOP), ๐˜‘๐˜ฐ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ต ๐˜”๐˜ช๐˜ญ๐˜ช๐˜ต๐˜ข๐˜ณ๐˜บ ๐˜ˆ๐˜ฑ๐˜ฑ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ค๐˜ช๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜—๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ค๐˜ฆ๐˜ด๐˜ด (JMAP) dan ๐˜‘๐˜ฐ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ต ๐˜๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ช๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ ๐˜—๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜–๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ ๐˜Œ๐˜ฏ๐˜ท๐˜ช๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต (JIPOE) selaras dengan amalan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Pada sesi akhir kursus, peserta telah membentangkan hasil kerja melalui perbincangan kumpulan untuk mengaplikasikan JOP, JMAP dan JIPOE berdasarkan senario yang telah diberikan.

Kursus ini telah dapat meningkatkan kefahaman berkaitan perancangan dan persiapan yang patut dilaksanakan sekiranya berlaku suatu insiden sama ada dalam keadaan aman ataupun krisis berdasarkan panduan yang telah ditetapkan dan juga kerjasama dengan rakan strategik iaitu Angkatan Tentera Malaysia serta agensi-agensi kerajaan yang lain.





๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ฃ๐—ฆ๐—ฆ๐—ง๐—Ÿ๐——๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐—๐—จ๐—•๐—Ÿ๐—œ ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—˜-๐Ÿฑ๐Ÿฌ ๐—ž๐—— ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—ก๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒPerbarisan sempena Sambutan...
11/10/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ฃ๐—ฆ๐—ฆ๐—ง๐—Ÿ๐——๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐—๐—จ๐—•๐—Ÿ๐—œ ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—˜-๐Ÿฑ๐Ÿฌ ๐—ž๐—— ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—ก๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Perbarisan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) PSSTLDM dan Jubli Emas Ke-50 KD SRI MEDINI telah diadakan pada 10 Okt 26 bertempat di Pangkalan TLDM Johor Bahru. Program ini melibatkan semua warga TLDM dan PSSTLDM dari Markas Pasukan Simpanan (MPS) TLDM dan Unit Bawah Naungan (UBN).

Penyampaian hadiah bagi kategori Unit Bawah Naungan Terbaik, Pegawai PSSTLDM Terbaik, Bintara PSSTLDM Terbaik dan Laskar PSSTLDM Terbaik bagi peringkat Markas Pasukan Simpanan TLDM Tahun 2026 turut disempurnakan oleh Yang Berbahagia Laksamana Pertama Mohd Hasnan bin Mohd Hanafiah, Panglima Pasukan Simpanan TLDM.

Senarai penerima anugerah adalah seperti berikut:

Unit Bawah Naungan Terbaik : KD SRI LIKAS.

Pegawai Terbaik : Lt Kdr Ts. Muhamad Shafiq bin Saari PSSTLDM (KD SRI PINANG).

Bintara Terbaik: PW I PNK Juliyati binti Miktar (PSTL Sandakan).

Laskar Terbaik: LK KOM Noorinah binti Santrih (PSTL Labuan).

Semoga kejayaan ini dapat meningkatkan lagi motivasi warga PSSTLDM untuk terus menyumbang dan kekal aktif di unit masing-masing.





๐—–๐—˜๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—›๐—”๐—ก๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜๐—š๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—”๐—› ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐— )KD SRI PINANG, 4 Okt 26 - Ceramah daripada Suruhanjaya Pencegahan R...
10/10/2026

๐—–๐—˜๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—›๐—”๐—ก๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜๐—š๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—”๐—› ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐— )

KD SRI PINANG, 4 Okt 26 - Ceramah daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah disampaikan oleh En. Mohamad Sabiren bin Soaid, Penolong Penguasa SPRM Negeri Pulau Pinang, bertempat di Dewan Makan KD SRI PINANG.

Ceramah ini dapat memberi pendedahan kepada warga KDSP mengenai bentuk-bentuk kesalahan rasuah, faktor yang mendorong berlakunya rasuah serta langkah-langkah pencegahannya dalam kehidupan harian dan semasa bertugas.

Melalui ceramah ini, warga pasukan dapat meningkatkan pengetahuan tentang kepentingan integriti, ketelusan dan sikap bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Pendedahan ini juga diharap dapat membantu warga pasukan mengenal pasti situasi yang berisiko membawa kepada perlakuan rasuah serta membuat keputusan yang betul berlandaskan undang-undang dan etika perkhidmatan.





Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Peserta Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Hibrid KDSP - USM bersempena Majlis Mak...
06/10/2026

Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Peserta Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Hibrid KDSP - USM bersempena Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Sains Malaysia pada 3 Okt 26 di Hotel Shangri-La Rasa Sayang, Batu Feringgi. Turut hadir bersama Pegawai Memerintah KD SRI PINANG, Kdr So Lea Kun PSSTLDM.





๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—š๐—ข๐—ง๐—ข๐—ก๐—š-๐—ฅ๐—ข๐—ฌ๐—ข๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—”๐—š๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—™๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— , ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š.Seramai 25x Pegawai dan Anggota PSSTLDM KD SRI PIN...
05/10/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—š๐—ข๐—ง๐—ข๐—ก๐—š-๐—ฅ๐—ข๐—ฌ๐—ข๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—”๐—š๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—™๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— , ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š.

Seramai 25x Pegawai dan Anggota PSSTLDM KD SRI PINANG telah menyertai Program Gotong-Royong anjuran MPKK Semarak Api bersama Agensi Kerajaan pada 4 Oktober 2026 bertempat di perkarangan Blok 4E , Semarak Api 1, Farlim, Pulau Pinang.

Program ini bertujuan memupuk semangat perpaduan dan kesukarelawanan dalam kalangan peserta di samping menjaga kebersihan alam sekitar serta memperkukuhkan jalinan kerjasama antara MPKK Semarak Api, Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) KD SRI PINANG, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pulau Pinang dan Kor Sukarelawan Siswa/Siswi Polis (SUKSIS) USM.

Program dimulakan dengan taklimat ringkas berkaitan pembahagian tugas serta tatacara keselamatan sepanjang aktiviti. Para peserta kemudiannya melaksanakan aktiviti gotong-royong secara bersama yang melibatkan kerja-kerja pembersihan kawasan bagi mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, kemas dan selesa.

Secara keseluruhannya, program telah berjalan dengan lancar dan semua pihak yang terlibat telah memberikan kerjasama serta komitmen yang baik sepanjang aktiviti dilaksanakan.





๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—ง๐—” ๐—ž๐—˜๐—–๐—œ๐—Ÿ ๐—ฃ๐—ฆ๐—ฆ๐—ง๐—Ÿ๐——๐—  ๐—ž๐—— ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒSeramai 57x Pegawai dan Anggota Lain-Lain Pangkat PSSTLDM KD ...
05/10/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—ง๐—” ๐—ž๐—˜๐—–๐—œ๐—Ÿ ๐—ฃ๐—ฆ๐—ฆ๐—ง๐—Ÿ๐——๐—  ๐—ž๐—— ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Seramai 57x Pegawai dan Anggota Lain-Lain Pangkat PSSTLDM KD SRI PINANG telah menjalani Latihan Penembakan Senjata Kecil pada 3 Okt 26 di Lapang Sasar Sungai 2, Pulau Pinang.

Objektif latihan penembakan senjata kecil ini adalah:
a. Untuk memupuk semangat kerjasama dalam satu pasukan.
b. Memberi pendedahan kepada anggota tentang penggunaan dan keselamatan semasa mengendalikan senjata kecil.
c. Membina keyakinan diri dan menanam sikap bertanggungjawab di samping mengukuhkan disiplin pegawai serta anggota semasa mengendalikan senjata kecil.
d. Menguji keupayaan dan kemahiran anggota semasa menggunakan senjata kecil.

Latihan ini telah dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran pegawai dan anggota PSSTLDM dalam aspek keselamatan pengendalian senjata kecil.





๐—–๐—˜๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—š๐—”๐—ก๐—”๐—ฆ๐—”๐—กKD SRI PINANG, 30 Sep 26 - Bahagian Perisikan Laut (RISLA), Markas Te...
04/10/2026

๐—–๐—˜๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—š๐—”๐—ก๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก

KD SRI PINANG, 30 Sep 26 - Bahagian Perisikan Laut (RISLA), Markas Tentera Laut telah melaksanakan ceramah dan taklimat mengenai Kesedaran Keselamatan dan Ancaman Keganasan di dewan senaman KD SRI PINANG.

Pelaksanaan taklimat adalah untuk memberi kesedaran dalam menolak ideologi kelompok yang berpotensi menimbulkan ancaman keganasan dan etika dalam menggunakan platform media sosial sebagai warga ATM.

Program seumpama ini merupakan salah satu inisiatif bagi memastikan tahap kesedaran warga ๐˜›๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜•๐˜ข๐˜ท๐˜บ ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ญ๐˜ฆ terhadap ancaman keganasan yang berlaku di dalam dan luar negara.





๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”๐—ก๐—”๐—”๐—ก ๐—˜๐—ž๐—ข๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—  ๐—ž๐—ข๐—ก๐——๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—™ ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ ๐—”๐—ช๐—”๐—  (๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—”), ๐—ž๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—”๐—ง๐—œ๐—™ ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—ฅ๐—˜๐—”๐—ง๐—œ๐—™ (๐—ž๐—œ๐—ž), ๐—ฃ๐—”๐—ก๐——๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—œ ๐— ...
24/09/2026

๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”๐—ก๐—”๐—”๐—ก ๐—˜๐—ž๐—ข๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—  ๐—ž๐—ข๐—ก๐——๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—™ ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ ๐—”๐—ช๐—”๐—  (๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—”), ๐—ž๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—”๐—ง๐—œ๐—™ ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—ฅ๐—˜๐—”๐—ง๐—œ๐—™ (๐—ž๐—œ๐—ž), ๐—ฃ๐—”๐—ก๐——๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—œ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ๐—ž

KD SRI PINANG, 19 Sep 26 - Seramai 16 peserta daripada warga KD SRI PINANG telah menyertai Bengkel Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Panduan Penulisan Esei Maritim dan Komunikasi Strategik yang dianjurkan oleh Jabatan Pengurusan Strategik di bawah kendalian Lt Kdr Ts. Muhamad Shafiq bin Saari PSSTLDM.

Objektif pelaksanaan bengkel tersebut adalah seperti berikut:

a. Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kompetensi warga KD SRI PINANG berkaitan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) mengikut garis panduan semasa bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, sistematik dan berkualiti.

b. Memupuk budaya kreatif, inovatif dan penambahbaikan berterusan melalui pelaksanaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dalam usaha meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta keberkesanan pengurusan organisasi.

c. Memperkasa kemahiran peserta dalam penulisan esei maritim yang berfakta, analitikal dan berkualiti bagi menyokong pembangunan pemikiran strategik serta percambahan idea berkaitan isu-isu maritim.

d. Meningkatkan kefahaman dan penguasaan komunikasi strategik bagi memastikan penyampaian maklumat yang tepat, konsisten, berkesan dan selaras dengan dasar serta kepentingan strategik TLDM.

e. Menggalakkan perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik dalam kalangan warga TLDM bagi memperkukuh budaya pembelajaran organisasi serta meningkatkan profesionalisme warga perkhidmatan.

f. Melahirkan warga KD SRI PINANG yang kompeten, inovatif, berdaya saing dan berorientasikan kecemerlangan bagi menyokong pencapaian visi, misi dan objektif strategik PSSTLDM.

Turut dibincangkan adalah Rancangan Latihan (RALA) bagi tahun 2027 sebagai persiapan untuk Audit Kesiapsiagaan (AK) 2027 dan juga Anugerah Unit Bawah Naungan Terbaik (AUT).

Pelaksanaan bengkel ini telah dapat meningkatkan kefahaman mengenai peranan dan fungsi PSSTLDM

Address

Jalan Akuarium
Penang
11700

Telephone

6046599209

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Latihan PSS TLDM KD SRI PINANG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share