Kg Dato Abdul Ghani Othman

Call Directions Website Contact the business

Kg Dato Abdul Ghani Othman Sepakat Membawa Berkat mari

Malam gala sempena jubli emas 100 tahun Sekolah Kebangsaan Telok Ramunia. Ketua Alumni Tok Noor memohon sumbangan kepada...
31/10/2026

Malam gala sempena jubli emas 100 tahun Sekolah Kebangsaan Telok Ramunia.

Ketua Alumni Tok Noor memohon sumbangan kepada kita semua untuk Pembinaan dewan terbuka untuk SKTR

Jika 100 tahun dahulu generasi terdahulu telah berkorban membina sekolah ini demi masa depan anak-anak, maka biarlah generasi hari ini meneruskan perjuangan tersebut dengan membina sebuah dewan sebagai legasi untuk anak cucu kita.

Disini disertakan QR untuk tindakan kita semua. Terima kasih

Gambar Sekolah Melayu Telok Ramunia (SMTR):1946-1964 sebelum berpindah ke Kg Changi
26/10/2026

Gambar Sekolah Melayu Telok Ramunia (SMTR):1946-1964 sebelum berpindah ke Kg Changi

25/10/2026
ALHAMDULILLAH, SELESAI SUDAH KARNIVAL SUKAN JALINAN KASIH! ❤️🏆Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana deng...
25/10/2026

ALHAMDULILLAH, SELESAI SUDAH KARNIVAL SUKAN JALINAN KASIH! ❤️🏆

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, program Karnival Sukan Jalinan Kasih telah berjaya dilaksanakan dengan lancar.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, para sukarelawan, urus setia, penduduk kampung serta semua peserta yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang program berlangsung.

Sesungguhnya, kemenangan bukanlah ukuran utama, tetapi ukhuwah yang terjalin, senyuman yang tercipta dan kenangan indah yang dikongsi bersama itulah kejayaan sebenar kita.

Semoga program seperti ini terus menjadi wadah untuk menyatukan masyarakat, mengeratkan silaturahim dan menyemai semangat kekeluargaan.

Jalinan Kasih, Eratkan Ukhuwah, Satukan Komuniti!

Terima kasih semua. Semoga kita berjumpa lagi dalam program yang akan datang. ❤️

Ikhlas daripada pihak JPKK yang menganjurkan Karnival Sukan Jalinan Kasih.

Assalamualaikum dan Salam Maju Johor.Tulus ikhlas ucapan selamat hari lahir saya tujukan kepada *ENCIK MOHD NOOR BIN JAM...
25/10/2026

Assalamualaikum dan Salam Maju Johor.

Tulus ikhlas ucapan selamat hari lahir saya tujukan kepada *ENCIK MOHD NOOR BIN JAMIL*. Ucapan penuh penghargaan atas dedikasi, komitmen, dan khidmat bakti yang tidak berbelah bahagi dalam menyumbang kepada kemajuan pentadbiran serta kemakmuran Negeri Johor.

Semoga anda sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan, serta kejayaan yang berterusan dalam kehidupan dan kerjaya.

Terima kasih atas usaha keras demi agenda Maju Johor.

Ikhlas daripada,
Onn Hafiz Ghazi
Menteri Besar Johor

Alhamdulillah tahun ni kampung kita Juara.. Tahniah pada semua, yang berusaha
16/10/2026

Alhamdulillah tahun ni kampung kita Juara.. Tahniah pada semua, yang berusaha

KARNIVAL SUKAN JALINAN KASIH Sekampung 25/10/2026.Padang PPMS
10/10/2026

KARNIVAL SUKAN JALINAN KASIH Sekampung 25/10/2026.
Padang PPMS

MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN BUKIT LANG 2Dimaklumkan bahawa kerja-kerja penurapan semula Jalan Bukit Lang 2 akan dijalankan:...
04/10/2026

MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN BUKIT LANG 2

Dimaklumkan bahawa kerja-kerja penurapan semula Jalan Bukit Lang 2 akan dijalankan:

📅 5 Oktober 2026 – 8 Oktober 2026

Pengguna jalan raya diminta merancang perjalanan, mematuhi papan tanda amaran serta arahan keselamatan sepanjang tempoh kerja dijalankan.

🙏 Kerjasama dan kesabaran semua amat dihargai.

Segala kesulitan sementara adalah untuk kemudahan yang lebih baik pada masa akan datang.

RoKI
27/09/2026

RoKI

Terima kasih banyak-banyak pada Tok Noor dan team yang banyak bersusah payah membantu menjayakan program karnival rohani...
26/09/2026

Terima kasih banyak-banyak pada Tok Noor dan team yang banyak bersusah payah membantu menjayakan program karnival rohani dan kesenian serta Program Sambutan Maulidur Rasul. Syukur Alhamdulillah.. Dapat kejayaan... Rezeki dari Allah... Bantu membantu amalan kita.... Insyallah 🤲🤲🤲🤲

- Pertandingan sepanduk.. Kumpulan Yasin Al-Syakirin Kg Dato Abdul Ghani Othman.. Juara.
- Perbarisan tempat ke-2.

Terima kasih team Kejora dan team AJK Masjid Ar-Rahman.

Address

Jalan Orkid, Kg Dato Abdul Ghani Othman Pengerang
Pengerang
81620

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kg Dato Abdul Ghani Othman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kg Dato Abdul Ghani Othman:

Shortcuts

Share

Nearby gyms & sports facilities