03/11/2022
Selamat maju jaya diucapkan kepada kapten bull, izuan, hanif, rizal, amir dan hakim. Mereka telah menyertai Ironman di Langkawi yang akan berlangsung pada 5 November 2022.
Kelab ini ditubuhkan pada Oktober 2017 dengan menggabungkan beberapa rider basikal di sekitar Lembah Klang.
03/11/2022
Selamat maju jaya diucapkan kepada kapten bull, izuan, hanif, rizal, amir dan hakim. Mereka telah menyertai Ironman di Langkawi yang akan berlangsung pada 5 November 2022.
18/02/2022
KSKC akan mengeluarkan JC edisi kali ke 4 utk 2022. Tema warna kali ini adalah maroon dan pengeluar JC diambil daripada Pro Apparel Malaysia.
Sesiapa yang berminat boleh PM admin.
16/02/2022
Tahniah diucapkan kepada rider Amir Ayup, Izuan Alias, Hafiz Mohd, Faiz Ab dan Saif Azza kerana berjaya menamatkan dengan jayanya tour v1.0 bagi tahun 2022.
Mereka bermula pada 28/1/2022 di Kota Damansara sehingga 30/1/2022 ke Alor Setar. Perjalanan mereka sejauh 508km meliputi Kota Damansara-Teluk Intan-Bagan Serai-Alor Setar.
Pada 31/1/2022 saudara Amir memulakan tour secara solo selama 7 hari bermula daripada Alor Star sehingga ke Melaka. Jarak perjalanan meliputi 1163km dengan melalui beberapa kawasan seperti Gerik, Kota Bharu, Marang, Pekan, Kluang dan Melaka.
Tahniah diucapkan kepada mereka kerana telah habis dengan jaya.
25/12/2021
KSKC menghentikan seketika aktiviti berbasikal pada minggu ini dengan membantu mangsa banjir di Nanding, Hulu Langat. Mereka bekerjasama untuk membersihkan kwasan rumah yang agak teruk terkesan akibat banjir yang melanda. Semoga usaha murni mereka mendapat manfaat dan dijadikan contoh oleh lota semua. Kawasan ini merupakan laluan cyclist utk ke genting peres ataupon bukit antu.
11/12/2021
End of Year 2022 (EOY), touring mood ON
Kayuhan BRM200: Sungai Besar Loop
14/03/2021
Tahniah diucapkan kepada adik Cycle Uzair Cycle kerana mencipta sejarah Malaysia Book of Records kerana memenangi Super Randonneur yang termuda di usia 12 tahun. Sering bertembung dengan beliau dan keluarga ketika kami menyertai Audax. Tentulah anda kebanggaan rakyat Malaysia
04/01/2021
Kayuhan sejauh 400km merentasi 4 negeri
BRM 300: Cycling Putrajaya-Selangor-Negeri 9-Melaka Kayuh sejauh 300km bermula dari Putrajaya
12/10/2020
Berikutan berlakunya PKPB, sebarang aktiviti basikal, larian dan berenang terpaksa ditangguhkan sehingga 27 Oktober 2020. Pihak KSKC tidak bertanggungjawab sekiranya ada individu yang melakukan aktiviti luar sepanjang tempoh tersebut.
Namun kami masih aktif menggunakan trainer di dalam rumah untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat.
drop_yourteammate_challeng
Hehe
31/07/2020
Kami daripada KSKC mengucapkan selamat menyambut aidiladha kepada yang beragama Islam. Hayati pengorbanan semoga kita semua mendapat keberkatan dan kebaikan.