Gunung Medan Glamping & Cafe Perlis
Gunung Medan Glamping & Cafe Perlis di uruskan oleh Koperasi Gunung Medan Perlis Berhad (202468300277)
Ketika yang dicari hanyalah ketenangan 😇
08/06/2026
Dah boleh berendam sambil menikmati waktu malam dan sunrise dari hadapan glamping.
Terhad unit superior glamping sahaja.
Harga? Masih sama 🥰
Semua kenderaan boleh naik dan parkir di Cafe harini😊
Buka harini 4pm-11pm
27/05/2026
Alhamdulillah.Terima kasih atas feedback.😘😘😘
Bila di medsos ada orang tanya suggest makanan best sedap di Perlis sis tak berani masuk komen promot.Sebab makanan ni subjektif.Tekak lain tak sama.Tapi kalau ada tanya tempat makan/cafe mana yang best,ada view cantek boleh makan ngopi2,laju promot mai la ghabat Gunung Medan Glamping & Cafe.🫰🏼
Tak dapat kt tempat lain di Perlis.
16/05/2026
:: Makluman Mesra::
Untuk makluman, pihak kami merupakan penyewa/operator di kawasan Gunung Medan. Memandangkan Gunung Medan merupakan kawasan tanah kerajaan dan juga salah satu lokasi pelancongan yang sedang dibangunkan serta diusahakan, kami sering menerima penganjuran program, lawatan rasmi dan kunjungan tetamu kehormat (VVIP) daripada pelbagai agensi yang turut membantu secara langsung dan tidak langsung dalam pembangunan serta promosi Gunung Medan.
Pihak kami sentiasa berusaha melayani semua pelanggan secara adil dan sama rata. Namun, sebagai menghormati adab menerima tetamu rasmi, terdapat situasi tertentu yang memerlukan sedikit kelonggaran dari segi kemudahan, seperti akses terus ke kafe menggunakan kenderaan sendiri tanpa menggunakan buggy atau tempahan ruang tertentu.
Walau bagaimanapun, kami sentiasa berusaha memastikan keselesaan pelanggan lain tidak terabai. Kami masih menyediakan ruang seperti rooftop serta kawasan santai (healing spot) di sekitar luar kafe yang menawarkan pemandangan yang cantik untuk dinikmati.
Kami amat menghargai kefahaman semua pelanggan dan memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesulitan atau ketidakpuasan hati. Segala maklum balas amat kami hargai demi penambahbaikan perkhidmatan kami pada masa akan datang.Terima kasih☺️
14/05/2026
Don't worry tak makan western,kami ada Indomie Goreng,Char Kuey Teow pon ada☺️
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Gunung Medan, Utan Aji, Kangar
Perlis
01000
Opening Hours
| Monday | 17:00 - 23:00 |
| Thursday | 17:00 - 23:00 |
| Friday | 17:00 - 23:00 |
| Saturday | 07:30 - 10:00 |
| 17:00 - 23:00 | |
| Sunday | 07:30 - 10:00 |
| 17:00 - 23:00 |