05/01/2026
Kem latihan pun kadang seminggu. Liga Futsal tak mula lagi. Pemain pro? Yang main JDT je lah sepenuh masa. Siapa je tak penat kalau gini.
HUB INFO KASUT BOLA ANDA
Peminat Kasut Bola �
Mengulas semuanya tentang kasut bola
Kegemaran Peribadi : Hypervenom Phantom 2 �
05/01/2026
Kem latihan pun kadang seminggu. Liga Futsal tak mula lagi. Pemain pro? Yang main JDT je lah sepenuh masa. Siapa je tak penat kalau gini.
10/12/2025
Selepas 20 tahun & 10 generasi, selamat tinggal Tiempo Legend. Helo Tiempo Maestro yang nampak macam Phantom GX & tapak ala-ala Mercurial. Ada aura Musiala ke?
Sedia dibeli 22 Jan 2026.
05/12/2025
Adidas Predator 26.
3 garis berombak ala Predator Precision ✅
Warna ala Gunmetal Predator Mania ✅
Lidah boleh lipat ✅
Atasan Nanostrike+ yang kurang elemen getah & lebih nipis ❓ Kurang DNA Predator.
Apa kata korang? Mana mantapnya? Mana kurangnya?
Bulan ni 1 warna, bulan Januari 2 warna. Banyak sangat warna & 'edisi terhad'. Taktau nak kejar siapa sebenarnya.
Bulan Disember satu warna, bulan Januari 2 warna. Banyak sangat warna & 'edisi terhad'. Taktau nak kejar siapa sebenarnya.
10/09/2025
Keajaiban Mizuno Morelia II Proto UL 40th (no.3 paling padu):
1) Atasan 100% dari sekeping kulit kangaroo (kecuali logo RunBird) dan masih dapat kekalkan keringanan but bola. Kurang dari 200g!
2) Tali kasut dibuat dari 90% bahan kitar semula. Langkah awal nak bersaing dengan Sokito mungkin.
3) Tumit rendah yang hampir sama paras dengan depan but bola tapi tak ada isu longgar & terlucut.
4) Keselesaan & 'lockdown' yang boleh dikatakan sempurna.
5) Bukan keajaiban tapi kenikmatan stud bulat yang sesuai dipakai dekat semua jenis padang, kecuali SG.
Semua ni hasil dari sarung kasut di Shah Alam, Seksyen 7. Komer halo-halo kalau ada lagi ke stoknya.
08/09/2025
Persoalannya, Bape Predator atau AM95 Mercurial? Sabar dulu, baca dulu semua dekat bawah ni.
Tatkala Nike tengah kempen Total90, eh keluar p**a Mercurial tema (terma betul ialah 'diinspirasi'/inspired) Air Max 95 yang juga pernah keluar sebelum ni. Macam dalam slaid 3 & 4.
Dulu teringin juga nak ada Air Max 95 ni, tapi dah nak masuk 30 ni... lupakan je lah. Pakai selipar je harung sana sini.
Mercurial AM95 Disruptive terbaru ni, bagi aku akan menang dari segi keunikan & nilai rupa.
Tapi kalau nak tengok dari segi persamaan dengan AM95, tak lain tak bukan Mercurial AM95 Neon (slaid ke-4).
Okay sekarang boleh jawab soalan dekat atas tadi. Komen sikit.
29/08/2025
Genaplah dua minggu lepas keluar Predator Pink David Beckham ni. Warna merah jambu diambil dari warna , sebab David Beckham kan tauke (pemilik).
Apa-apa yang Sir David Beckham keluarkan, semuanya ikonik (termasuklah madu lebah dia) tapi... keluaran ni macam ada kurang sikit. Kurang aura 'David Beckham'? *boleh undi dekat bawah.
Apa yang buatkan Predator ni, Predator DB hanya ada dekat dua aspek: warna merah jambu, tulisan 'Beckham' dekat lidah. Yang mana aku rasa macam tak cukup elemen DB.
Mungkin boleh:
• Ganti logo '3 stripe' dekat lidah dengan logo 'Trefoil' atau logo DB. Walaupun logo DB tu Adidas boleh simpan untuk Predator 26 nanti 👀.
Logo 'Trefoil' tu dah ada dah dekat model prototaip sebenarnya (gambar ke-3).
25/08/2025
Ingatkan drama berbalas gol. Rupanya drama berbelas gol.
Kenapa besar sangat beza gol perlawanan akhir MFC 2025? Ni pendapat aku:
Permainan PRFC main bukannya teruk tapi...
• SFC terlalu klinikal depan gol. Hampir semua peluang ditukar menjadi jaringan, tambah p**a dengan peluang yang 'dihadiahkan' oleh PRFC.
• Disiplin bertahan skuad SFC + masa yang tepat menekan PRFC, memaksa PRFC buat hantaran jauh... membawa kepada 👇
• Kekurangan variasi taktikal PRFC akibat dari 👇
i) Pemain bermain dengang kekuatan yang sama. Kurang percubaan untuk 'menginovasi' bakat besar yang dah sedia ada.
ii) Kurang kepercayaan kepada pemain tempatan. Bukannya takde kualiti kapten PRFC, Ebek tu.
Walaupun SFC pun kurang buat rotasi pemain, sekurangnya permainannya jadi. Kalau PRFC sampai sudah tak menjadi, kenapa tak cuba pansangan kaki yang segar dari bangku?
Apa-apa pun, tahniah SFC & peminat untuk 🪙. PRFC buat lebih baik tahun depan. Tahniah JDT untuk 🥉. Tahniah Sabah untuk memberi tentangan hebat kepada SFC & JDT 🔝