Mentari Bikers Club

Mentari Bikers Club

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Mentari Bikers Club, Sport & recreation, Petaling Jaya.

Photos from Mentari Bikers Club's post 01/09/2021

PROGRAM KEMERDEKAAN 31 OGOS 2021
ISI MINYAK MOTOSIKAL PERCUMA DAN EDARAN BENDERA MALAYSIA.

"Syukur Alhamdulillah terima kasih banyak2 bang" itu yang diucapkan kepada penunggang motosikal yang datang mengisi minyak.

Alhamdulillah julung kalinya setelah kita terkurung dengan pendemik Covid-19 Kelab Motosikal Petaling Jaya (KMPJ) membantu 100 biji motosikal bagi mengisi Minyak Motosikal Percuma & Edaran Bendera Malaysia di Damansara Damai P.Jaya bertemakan 'Malaysia Prihatin'.

Terima kasih team KMPJ yang bertungkus lumus menuju ke tempat lokasi dengan hujan sepanjang jalan dari Desa Mentari ke Damansara Damai, tidak dilupakan terima kasih tak terhingga kepada En Suresh, Ahli Majlis MBPJ Zon 1 bersama-sama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 1 MBPJ dan
wakil dari Pusat Khidmat Dun Paya Jaras, En Hamka
yang turut hadir bersama datang membantu.
Diharap program seumpama ini bukan yang terakhir.

InsyaAllah Kelab Motosikal Petaling Jaya akan meneruskan program seumpama ini pada Hari Malaysia yang akan datang, diharap ada di kalangan Wakil Rakyat mahupun Ahli Majlis sudi berkerjasama bersama kami.

Untuk makluman, kami masih mencari sesiapa lagi yang ingin menjadi ahli KMPJ boleh Whatsapp atau pm terus kepada kami.

Sama-samalah kita mengucapkan kesyukuran di atas nikmat kebebasan dan kemerdekaan yang telah dikecapi selama ini.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-64.
MERDEKA..!!!!
MERDEKA..!!!!
MERDEKA..!!!!








30/08/2021

Sama-sama kita laungkan
MERDEKA..!!!!
MERDEKA..!!!!
MERDEKA..!!!!

16/05/2021

MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA BIKERS PETALING JAYA.

Photos from Mentari Bikers Club's post 17/03/2021

Alhamdulillah sahabat kami semakin beransur sembuh dari kemalangan tempoh hari akibat terlanggar bonggol yang berlopak terus melambung jauh jatuh ke jalan bertempat di Sungai Tengi, Tanjung Karang.
Saya mohon pihak berwajib segera perbetulkan bonggol-bonggol yang tiada garisan kuning dan berlopak di kawasan tersebut dengan segera, banyak kejadian kemalangan di situ kata penduduk setempat disitu.
Kelmarin saya bersama rakan-rakan Mentari Bikers Club menghulurkan bantuan kutipan sumbangan dari rakan-rakan Mentari Bikers Club, dapatlah menampung sedikit perbelanjaan perubatan kepada En Lazim.
Terima kasih rakan-rakan Mentari Bikers Club

Kami doakan semoga En Lazim diberikan kesihatan yang sihat dan baik.

22/02/2021

BERHATI-HATI YA KAWAN-KAWAN

PETALING JAYA – Pemilik motosikal yang didapati bersalah mengubah suai ekzos sehingga mengganggu ketenteraman awam boleh dipenjara tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi RM2,000.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, pemilik motosikal juga perlu memastikan ekzos tidak diubah suai sehingga menyebabkan bunyi bising.

“Pihak polis juga boleh menahan motosikal tersebut sehingga pemilik motosikal mengambil langkah-langkah bagi menjamin kesalahan sama tidak berulang.

“Penggunaan ekzos bising ini menjadi trend bagi golongan muda kerana dikatakan dapat meningkatkan kelajuan motosikal selain mencantikkan fizikal motosikal tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, polis diberi kuasa untuk menyita motosikal di bawah peruntukan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan tujuan untuk mengelakkan kesalahan sama berulang.

“Mengikut Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan Dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959) setiap ekzos (dengan penyenyap) yang dipasang pada kenderaan bermotor hendaklah diselenggarakan supaya berada dalam keadaan yang baik.

“Mana-mana individu yang membuat pengubahsuaian sedemikian adalah melakukan satu kesalahan mengikut kaedah berkenaan,” jelasnya.

Katanya, JSPT sentiasa mengadakan Operasi Bersepadu dengan kerjasama jabatan dan agensi yang lain termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Menerusi operasi tersebut, motosikal akan diukur paras bunyi ekzos yang dibenarkan dan sekiranya paras bunyi melebih daripada yang ditetapkan, JAS akan mengeluarkan kompaun saman ke atas pemilik motosikal.

“Sebarang pengubahsuaian yang ingin dilakukan hendaklah mendapatkan kelulusan daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya.-K!ONLINE

13/01/2021

Jangan buat perangai cmni😂😂

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Petaling Jaya
46100

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 10:00 - 18:00
Sunday 10:00 - 22:00