FJM FC

FJM FC

Share

Pasukan futsal semi-veteran | Kelana Jaya | Bebas untuk DM | Follow FB, IG & TIKTOK : officialfjmfc

Photos from FJM FC's post 04/05/2026

πŸŸ‘πŸ”΅βšͺοΈπ™Žπ™Šπ™π™Šπ™π˜Όπ™‰ π™‚π˜Όπ™ˆπ˜½π˜Όπ™ π˜Όπ™†π™Žπ™„ π™‹π™€π™π™‡π˜Όπ™’π˜Όπ™‰π˜Όπ™‰ π™‹π™€π™π™Žπ˜Όπ™ƒπ˜Όπ˜½π˜Όπ™π˜Όπ™‰

🀝 : vs KOB FC
πŸ“† : 23 April 2026
⏰ : 10:00 PM
🏟️ :
πŸ“Έ :

Photos from FJM FC's post 06/02/2026

Tahniah dan selamat berjaya diucapkan kepada pemain-pemain FJMFC yang telah berjaya menempatkan diri dalam pasukan stesen masing-masing.

Kejohanan Bola Sepak Piala Pengarah Kastam Pulau Pinang merupakan manifestasi semangat kesukanan dalam kalangan warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia, sekali gus menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim.

Penganjuran kejohanan ini turut memupuk budaya esprit de corps melalui penglibatan aktif dalam kegiatan dan aktiviti sukan antara warga jabatan.

26/01/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ€π’π“π€πŒ π’π„πƒπ”ππˆπ€ πŠπ„-πŸ’πŸ’ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

Pasukan FJMFC mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh wira ekonomi negara sempena Sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-44 Tahun 2026.

Pemilihan tema β€œKastam Melindungi Masyarakat Melalui Kewaspadaan dan Komitmen” mencerminkan manifestasi peranan penting Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam melindungi hasil negara serta memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Teruskan perjuangan dengan penuh dedikasi dan integriti kepada semua pewira ekonomi negara.

Kastam… Uuuuhaaaa!




Photos from FJM FC's post 09/12/2025

MAKLUMAN PROGRAM

Pasukan FJMFC akan mengadakan Retreat 2.0 Tahun 2025 yang bertujuan memperkukuh semangat kekeluargaan, memperkemas hala tuju pasukan serta merancang strategi bagi menghadapi musim 2026.

πŸ“ Tempat: Rafflesia Villa, Genting Sempah
πŸ“… Tarikh: 13 – 14 Disember 2025
πŸ•’ Check-in: 3.00 PM
πŸ•› Check-out: 12.00 PM

Sekian terima kasih.

Photos from FJM FC's post 09/11/2025

πŸŸ‘πŸ”΅βšͺοΈπ™Žπ™Šπ™π™Šπ™π˜Όπ™‰ π™‚π˜Όπ™ˆπ˜½π˜Όπ™ π˜Όπ™†π™Žπ™„ π™‹π™€π™π™‡π˜Όπ™’π˜Όπ™‰π˜Όπ™‰ π™‹π™€π™π™Žπ˜Όπ™ƒπ˜Όπ˜½π˜Όπ™π˜Όπ™‰

🀝 : vs Kaloss FC
πŸ“† : 06 Nov 2025
⏰ : 09:30 PM
🏟️ : Kiara Bay, Kepong
πŸ“Έ :

Photos from FJM FC's post 08/11/2025

FJMFC Raikan Pemain yang Mendapat Cahaya Mata

06 November 2025 | Kiara Bay – Dua pemain FJMFC, Tuan Fathi dan Encik Syazwan, telah menerima cenderamata daripada pasukan sempena menyambut kelahiran cahaya mata masing-masing.

Penyerahan cenderamata telah disempurnakan oleh wakil pemain FJMFC seusai tamat perlawanan persahabatan antara FJMFC dan Kalos FC.

Adalah menjadi tradisi bagi pasukan FJMFC meraikan kelahiran baharu dalam keluarga setiap pemain. Ini menunjukkan komitmen pasukan untuk sentiasa menjaga kebajikan dan ikatan persabatan diantara pemain

Semoga si kecil yang baru dilahirkan membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan solehah, serta membawa kebahagiaan dan keberkatan kepada keluarga masing-masing.

FJMFC terus komited dalam membina semangat kekeluargaan dan persahabatan di dalam atau luar padang.

05/11/2025

πŸŸ‘πŸ”΅βšͺ️ π™Žπ™„π™π™„ π™‹π™€π™π™‡π˜Όπ™’π˜Όπ™‰π˜Όπ™‰ π™‹π™€π™π™Žπ˜Όπ™ƒπ˜Όπ˜½π˜Όπ™π˜Όπ™‰ π™π™…π™ˆπ™π˜Ύ

🀝 : vs Kaloss FC
πŸ“† : 06 Nov 2025 (Khamis)
⏰ : 09:30 PM
🏟️ : Kiara Bay, Kepong
πŸ“Έ:

Photos from FJM FC's post 04/11/2025

WPKL Bawa Pulang Emas dan Perak di Kejohanan Futsal PERKASA Malaysia 2025

01 November 2025 | Pulau Pinang – Kontinjen PERKASA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) mencipta detik manis apabila membawa pulang pingat emas dan perak dalam Kejohanan Futsal PERKASA Malaysia yang berlangsung di Pulau Pinang.

Pasukan futsal wanita WPKL mencuri tumpuan selepas mengejutkan pasukan pilihan utama, KLIA, dengan kemenangan 2-1 pada aksi final. Turun sebagai pasukan underdog, skuad bimbingan mempamerkan disiplin taktikal dan semangat juang luar biasa sepanjang perlawanan.

β€œSaya salute para pemain. Sebelum perlawanan saya ingatkan mereka untuk terus berusaha dan fokus setiap perlawanan. Awak buat, awak dapat. Insya-Allah,” ujar Wan Marwan sejurus tamat perlawanan akhir.

Sementara itu, pasukan lelaki WPKL turut membuktikan kejaguhannya apabila mara ke perlawanan akhir. Nasib tidak menyebelahi mereka apabila tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada tuan rumah, Pulau Pinang.

Walaupun gagal merangkul emas, pencapaian pasukan futsal lelaki tetap membanggakan apabila berjaya mencapai sasaran melangkah ke final sekaligus mengekalkan reputasi WPKL sebagai pencabar kejohanan.

31/10/2025

Selamat Berjuang Pasukan Perkasa WPKL

Tahniah diucapkan kepada para pemain FJMFC yang terpilih menyertai pasukan PERKASA WPKL dalam Kejohanan Futsal PERKASA Malaysia yang akan berlangsung di Pulau Pinang.

Selamat berjuang dan semoga membawa pulang kejayaan cemerlang dalam kejohanan ini.

Photos from FJM FC's post 13/10/2025

PEMAIN FJMFC DIRAIKAN DALAM MAJLIS HI TEA SEMPENA PELANCARAN JERSI MUSIM 2025/2026

Glenmarie, 12 Oktober 2025 – Para pemain FJMFC bersama rakan rasmi pasukan telah diraikan dalam Majlis Hi Tea yang berlangsung di .g8 , Glenmarie.

Majlis tersebut turut diserikan dengan pelancaran jersi baharu pasukan FJMFC bagi musim 2025/2026, yang menandakan lembaran baharu dalam perjalanan kelab.

Menurut Tuan Wan Muhammad Syafiq, konsep jersi baharu berteraskan reka bentuk retro kontemporari hasil gabungan warna biru, kuning dan hitam. Gabungan ini melambangkan kesinambungan sejarah serta semangat perjuangan FJMFC menuju masa depan yang lebih gemilang.

Tambah beliau, jersi tersebut akan digunakan dalam perlawanan persahabatan yang akan datang.

Dalam majlis yang sama, pihak pasukan turut menyerahkan jersi kepada rakan rasmi, . Penyerahan ini sebagai simbolik kepada jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama para pemain dan rakan strategik sebagai tanda kenang-kenangan atas komitmen serta sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang 3 tahun penubuhan pasukan.

Photos from FJM FC's post 06/10/2025

πŸŸ‘πŸ”΅βšͺοΈπ™Žπ™Šπ™π™Šπ™π˜Όπ™‰ π™‚π˜Όπ™ˆπ˜½π˜Όπ™ π˜Όπ™†π™Žπ™„ π™‹π™€π™π™‡π˜Όπ™’π˜Όπ™‰π˜Όπ™‰ π™‹π™€π™π™Žπ˜Όπ™ƒπ˜Όπ˜½π˜Όπ™π˜Όπ™‰

🀝 : vs SLBKLFC
πŸ“† : 03 Okt 2025
⏰ : 10:00 PM
🏟️ :
πŸ“Έ :

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Kelana Jaya
Petaling Jaya
47301