Persatuan Tenpin Boling Negeri Sabah

Persatuan Tenpin Boling Negeri Sabah

Share

Untuk berkongsi Informasi serta aktiviti dunia Sukan Boling Tenpin

13/05/2026

Keratan artikel dari surat khabar The Borneo Post bertarikh 12 Mei 2026 menceritakan tentang perjuangan kontinjen tenpin boling remaja Sabah yang baru saja menamatkan saingan di Kejohanan Johor Youth Open 2026 di Ampang Superbowl Kluang, Johor Darul Takzim pada 8-10 Mei 2026.

Walaupun tidak bernasib baik untuk mengecap kejuaraan, namun kejayaan yang tetap membanggakan dicapai apabila daripada 6 kategori dipertandingkan, atlet ramaja Sabah telah berjaya mara ke pusingan stepladder akhir untuk 4 kategori di mana Sabah mendapat 2 Perak dan 2 Gangsa.

Syabas dan Tahniah buat semua atlet tenpin boling remaja Sabah yang telah menyahut cabaran dalam kejohanan ini.

Majulah Sukan Tenpin Boling untuk negeri Sabah

Photos from Persatuan Tenpin Boling Negeri Sabah's post 10/05/2026

Kejohanan Johor Youth Open 2026 yang berlangsung pada 8-10 Mei bertempat di Ampang Superbowl Kluang, Johor Darul Takzim telahpun melabuhkan tirainya. Kejohanan ini terbahagi mengikut kategori jantina dan umur Bawah 12 Tahun, Bawah 15 Tahun dan Bawah 21 Tahun.

Seramai 13 atlet remaja Sabah telah melayakkan diri ke Pusingan ke-2 pada yang dijadualkan pada 9 Mei 2026. Selepas mengharungi cabaran 5 game, seramai 6 orang atlet telah berjaya mara ke pusingan ke-3 (8 Terbaik).

Kejayaan semakin jelas kelihatan apabila empat atlet iaitu Aisyah Hana (Bawah 12 Tahun), Dayang Hasya (Bawah 15 Tahun), serta Tristen Lee dan Chloe Ho (Bawah 21 Tahun) masing-masing layak ke pusingan stepladder akhir.

Berikut adalah keputusan selepas pusingan ke-3 (8 Terbaik) dan stepladder akhir;

Bawah 12 Tahun (Perempuan)
3rd - Aisyah Hana Anugerah

Bawah 15 Tahun (Lelaki)
6th - Ahmad Syahmi

Bawah 15 Tahun (Perempuan)
2nd - Dayang Hasya Izz Zayani

Bawah 21 Tahun (Lelaki)
3rd - Tristen Lee Yan Wai
4th - Muhammad Zaki

Bawah 21 Tahun (Perempuan)
2nd - Chloe Ho Rui Zhi

Meskipun kali ini kontinjen Sabah tidak menjuarai sebarang kategori, namun kejayaan meraih podium dalam empat dari enam kategori adalah merupakan satu kejayaan yang membanggakan buat negeri Sabah.

Syabas dan Tahniah buat seluruh kontinjen Sabah; atlet, jurulatih dan pegawai pengiring serta ibu bapa yang bersama-sama berjuang dalam kejohanan ini

Majulah sukan Tenpin Boling buat negeri Sabah!

Photos from Persatuan Tenpin Boling Negeri Sabah's post 10/05/2026

Keratan dari akhbar The Borneo Post bertarikh 9 Mei 2026 berkisar tentang penyertaan Kontinjen Tenpin Boling Remaja (Bawah 21 Tahun) Sabah dalam Kejohanan Johor Youth Open 2026 pada 08-10 Mei bertempat di Ampang Superbowl Kluang, Johor Darul Takzim.

Pada hari pertama (08 Mei) seramai 25 atlet remaja Sabah telah mengharungi saringan Pusingan 1. Selepas menamatkan saringan 5 game, 13 atlet remaja Sabah berjaya melayakkan diri ke Pusingan ke-2 yang dijadualkan pada 9 Mei 2026 dan mereka terdiri daripada;

Bawah 12 Tahun
1. Aisyah Hana Anugerah

Bawah 15 Tahun
1. Addriel Kniko
2. Muhammad Faris Faiq
3. Ahmad Syahmi
4. Dayang Hasya Izz Zayani

Bawah 21 Tahun
1. Tristen Lee Yan Wai
2. Muhammad Zaki
3. Mohammad Danish Hakim
4. Emmanuel Foo
5. Brendon Liew
6. Muhammad Rych Haiqal
7. Chloe Ho Rui Zhi
8. Dhaniya Marissa Aleeya

Semoga kesemua atlet yang layak ke pusingan ke-2 ini dapat meneruskan momentum mereka dan terus mara ke peringkat seterusnya.

Majulah sukan Tenpin Boling buat negeri Sabah

Photos from Persatuan Tenpin Boling Negeri Sabah's post 08/05/2026

KEJOHANAN TENPIN BOLING JOHOR YOUTH CUP 2026
Ampang Superbowl Kluang, Johor Darul Takzim
07-10 Mei 2026

Kontinjen Tenpin Boling Remaja Sabah telah bertolak ke Kluang, Johor pada 07 Mei 2026 bagi menyertai Kejohanan Johor Youth Cup 2026. Kejohanan yang diadakan untuk kali ke-2 ini adalah terbuka kepada semua atlet tenpin boling remaja seluruh Malaysia dan dibahagikan mengikut kategori jantina dan umur 21 Tahun dan ke bawah.

Seramai 25 atlet remaja Sabah yang terdiri daripada atlet yang berlatih di bawah program Bakat dan Pelapis MSN-Sabah dan juga skuad SUKMA 2026 Sabah akan menyertai kejohanan ini;

5 Atlet Bawah 12 Tahun
8 Atlet Bawah 15 Tahun
12 Atlet Bawah 21 Tahun

Selain itu, mereka juga diiringi oleh seramai 7 pegawai dan jurulatih dari PTBNS(B);

Aisyah Abdullah (Ketua Kontinjen)
Ahmad Jaludin Jalmahari (Pengurus Kontinjen)
Mohd Kamsul Shah Kassim (Pengurus Sukma)
Mas Ayu Adam (Chaperon)

Steven Lok (Jurulatih SUKMA)
Nevern Neetaneal (Jurulatih SUKMA)
Mohd Nadiysyairazi Ahmad (Jurulatih Bakat dan Pelapis)

Pada tahun lepas, kontinjen Sabah telah mencatat pencapaian membanggakan dan diharapkan agar kali ini pencapaian tersebut dapat diteruskan dan semoga semua atlet dapat mempamerkan prestasi terbaik masing-masing.

Majulah Sukan Tenpin Boling untuk negeri Sabah

Photos from Persatuan Tenpin Boling Negeri Sabah's post 12/04/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2026
PERSATUAN TENPIN BOLING NEGERI SABAH (BARU) PADA 11 APRIL 2026, BERTEMPAT DI TINGKAT 10, MENARA UTC

Mesyuarat Agung Tahunan 2026 PTBNS(B) ini adalah merupakan acara wajib yang diadakan bagi membentangkan laporan aktiviti dan kewangan kepada semua ahli, serta demi untuk memenuhi tuntutan berdasarkan kepada pelembagaan persatuan dan kelab sukan di bawah Pesuruh Jaya Sukan (PJS)

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh seramai 42 ahli dan mencukupi kuota minima kelayakan mengikut perlembagaan.

Yang Berusaha, Encik Rozzainny Sham Talip selaku Presiden PTBNS(B) telah memberi banyak informasi, peringatan dan teguran kepada semua ahli atas beberapa isu, serta pujian dan penghargaan kepada semua ahli dan atlet yang telah mengharumkan nama Sabah, khasnya kepada kontinjen Kejohanan Interstate 2025 yang lalu.

Mesyuarat ini juga turut mengiktiraf dua kelab tenpin boling yang telah menjadi ahli gabungan PTBNS(B). Kelab-kelab tersebut adalah:
1. Kelab Tenpin Boling Spinners Kota Kinabalu (KK Spinners)

2. Kelab Tenpin Boling Kinabalu (KTBK)

Presiden PTBNS(B) telah menyampaikan mock cheque berjumlah RM 1500.00 untuk kedua-dua kelab tenpin boling ini sebagai insentif untuk kelab gabungan yang disumbangkan oleh pihak Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC). Bagi menerima mock cheque ini, Kelab KK Spinners diwakili oleh Setiausaha iaitu Encik Hazizul Mohamed selaku manakala kelab KTBK p**a diwakili oleh Puan Carol yang merupakan Bendahari kelab.

Diharapkan dengan penyertaan kedua-dua kelab ini akan lebih mengeratkan perpaduan dalam komuniti tenpin boling Sabah dan merancakkan lagi penglibatan semua ahli dalam kejohanan boling yang dianjurkan oleh PTBNS(B) mahupun oleh kelab-kelab gabungan ini.

Majulah Sukan Tenpin Boling untuk negeri Sabah

12/04/2026

Seramai 8 orang atlet remaja dari program Bakat dan Pelapis MSN Sabah - PTBNS(B) telah berangkat ke Kedah bagi mengambil bahagian dalam Kejohanan Bakat Olimpik Kebangsaan (KBOK) 2026 yang diadakan di Aman Bowl pada 11-14 April 2026. Mereka diiringi oleh 3 pegawai terdiri dari pengurus dan jurulatih.

Kejohanan ini adalah terbahagi mengikut kategori umur Bawah 15 Tahun dan Bawah 18 Tahun.

Berikut adalah senarai atlet dan pegawai pengiring untuk kontinjen Sabah

18 Tahun Ke Bawah:
1. A***n Hervian
2. Rizq Zharif Zharfan Abdul Fathaa Nasrie
3. Nur Maisarah Balqis Zulkifly Effendy
4. Valencia Tova Anthony

15 Tahun Ke Bawah
1. Ethan Colton Nellmon
2. Hans Danial Azami
3. Dayang Hasya Izz Zayani Abang Mohd Hafiff
4. Nur Zulaikha Balqis Zulkifly Effendy

Pengurus Kontinjen:
Johari Johanis

Jurulatih:
1. Steven Lok
2. Nurul Amirah Amirul

Moga semua atlet kontinjen Sabah ini dapat mempamerkan prestasi yang mantap serta dapat meraih podium dan seterusnya mengharumkan nama Sabah

07/04/2026

Salam Takziah Daripada Seluruh Warga Boling Negeri Sabah kepada seluruh keluarga Allahyarham Sheridan Bin Abdul Latiff.

Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham yang merupakan seorang sahabat, Arwah merupakan pemain negeri serta jurulatih yang sangat berdedikasi. Sepanjang penglibatan beliau dalam arena boling, Allahyarham telah banyak menabur jasa, berkongsi ilmu dan memberi inspirasi kepada ramai pemain serta rakan jurulatih.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat kami semua dalam komuniti boling. Segala sumbangan, komitmen dan semangat beliau akan sentiasa dikenang.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Semoga seluruh keluarga Allahyarham diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi saat yang amat sukar ini.

Al-Fatihah.

Photos from Persatuan Tenpin Boling Negeri Sabah's post 15/02/2026

Keratan artikel dari akhbar The Borneo Post bertarikh 15 Februari 2026 ini adalah berkaitan pencapaian atlet sukan tenpin boling Sabah melibatkan dua kejohanan iaitu;

1. Pencapaian membanggakan dua atlet tenpin boling negeri Sabah iaiatu Natalie Chong Yi Wen dan Nur Aleeya Syakirah Awang Ali yang mewakili Malaysia ke Kejohanan Tenpin Boling Persahabatan Remaja Dunia 2026 di Doha, Qatar yang mana mereka telah memenangi pingat Emas dalam dalam acara Berpasukan Berempat (Team of 4) Wanita. Mereka berdua bersama dengan Intan Nor Edryana dan Qurratu'ain Izdihar telah berjaya mengenepikan cabaran pasukan dari Filipina, Republik Czech dan Jepun.

2. Pencapaian membanggakan kontinjen Tenpin Boling Remaja Sabah dalam Kejohanan Sirkit Remaja Sportexcel-NSC-Milo- MTBC Pusingan Sarawak yang telah diadakan pada 10-12 Fenruari 2026 di Sarawak Megalanes, Batu Kawa, Kuching. Kontinjen Sabah telah memenangi (3) pingat Emas menerusi Muhammad Hafiz bin Saiful (Lelaki Bawah 12 Tahun), Miasara Adawiyah binti Saiful (Terbuka Perempuan) dan Muhammad Zaki bin Abdul Rahman (Terbuka Lelaki).

Selain dari itu, kontinjen Sabah juga berjaya memenangi 4 pingat Gangsa.

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua atlet tenpin boling Sabah yang telah berjaya melakar kemenangan dan menjulang nama negeri Sabah.


14/02/2026

DOHA, QATAR, 13 FEB 2026

Natalie Chong Yi Wen, Nur Aleeya Syakirah serta kontinjen Remaja Wanita Malaysia mendominasi Kejohanan Tenpin Bowling Persahabatan Remaja Dunia 2026 (Kali ke-14) di Doha, Qatar dengan penuh bergaya apabila menjuarai kategori Empat Sepasukan (Team of 4) Wanita. Pasukan tersebut turut dibarisi oleh Qurratu’ain Izdihar and Intan Nor Edryana. Malaysia berjaya menepikan cabaran pasukan dari Filipina, Republik Czech dan Jepun.

Kejohanan ini telah disertai oleh sebanyak 13 negara iaitu
1. Peru
2. Puerto Rico
3. Mexico
4. Spain
5. Czech Republic
6. Sweden
7. Scotland
8. Ireland
9. Philippines
10. Singapore
11. Japan
12. Malaysia
13. Qatar

Syabas buat Natalie & Aleeya. Jaguh bowling kita, anak jati negeri Sabah

Photos from Persatuan Tenpin Boling Negeri Sabah's post 14/02/2026

KUCHING, 12 FEB 2026
PASANGAN BERADIK HAFIZ DAN MIASARA, SERTA ZAKI MENDOMINASI KEJOHANAN SIRKIT REMAJA PUSINGAN SARAWAK
Kontinjen Tenpin Boling Negeri Sabah yang terdiri dari 84 atlet remaja berumur 18 Tahun ke Bawah telah menyertai Kejohanan Sirkit Remaja Sportexcel-NSC-Milo-MTBC Pusingan Sarawak yang telah diadakan pada 10-12 Februari 2026 bertempat di Sarawak Megalanes, Batu Kawa Kuching. Kontinjen ini juga turut disertai seramai 10 pegawai serta jurulatih. Terdapat tiga kategori umur yang dipertandingkan iaitu Bawah 12 Tahun, Graded dan juga Open yang mana setiap kategori umur dibahagikan kepada Lelaki dan Perempuan.

Muhammad Hafiz Saiful mempamerkan kecemerlangan apabila mendominasi dan menjuarai Kategori Bawah 12 Tahun Lelaki, manakala Aisyah Hana Anugerah p**a memenangi tempat ketiga untuk acara Perempuan.

Kategori Girls Graded juga menyaksikan atlet Dayang Hasya Izz Zayani berjaya meraih podium dengan menduduki tempat ke-3, memperbaiki kedudukan dar tempat ke-4 pada pusingan kelayakan.

Miasara Adawiyah Saiful menjuarai kategori Open Perempuan, manakala Chloe Ho Rui Zhi p**a berpuas hati di tempat ketiga. Kecemerlangan kontinjen Sabah diteruskan dengan Muhammad Zaki Bin Abdul Rahman memenangi kategori Lelaki, diekori rapat oleh Mohammad Danish Hakim Bin Fadzil di tempat ketiga.

Berikut adalah ringkasan keputusan kejohanan tersebut selepas pusingan akhir:

Bawah 12 Tahun Lelaki
1st – Muhammad Hafiz bin Saiful
8th – Mohd Noah Adyan bin Mohd Nadiysyairazi

Bawah 12 Tahun Perempuan
3rd – Aisyah Hana Anugerah binti Mohd Haidir
4th – Nursyafiqah Yusra binti Shajahan

Graded Lelaki
5th – Addriel Kniko Japlin

Graded Perempuan
3rd – Dayang Hasya Izz Zayani binti Abg Mohd Hafiff
5th – Sharifah Maryam Mukhlisah binti Shariff Abu Bakar
6th – Adeena Amilin binti Amiruddin
8th – Nurzulaikha Balqis binti Zulkifly Effendy

Open Lelaki
1st – Muhammad Zaki bin Abdul Rahman
3rd – Mohammad Danish Hakim bin Fadzil
6th – Mohd Faris Faiq bin Afillah
7th – Tristen Lee Yan Wai

Open Perempuan
1st – Miasara Adawiyah binti Saiful
3rd – Chloe Ho Rui Zhi
6th – Dhaniyya Marissa Aleeya binti Drahman
8th – Najmina Najihah binti Kamaruddin

Ketua kontinjen Sabah, Puan Aisyah Abdullah yanhg juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Tenpin Boling Negeri Sabah menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian atlet remaja Sabah, khasnya yang bernaung di bawah program latihan Bakat dan Pelapis MSN kerana berjaya mempamerkan prestasi yang baik dan menjuarai kategori serta mencapai podium. Diharapkan agar momentum ini dapat ditingkatkan lagi pada Kejohanan Sirkit Remaja Pusingan Sabah yang dijadualkan pada bulan Julai 2026.

Photos from Persatuan Tenpin Boling Negeri Sabah's post 10/02/2026

Persatuan Tenpin Boling Negeri Sabah (Baru) - PTBNS(B) melalui AJK Pertandingan telah menganjurkan 10 Pin Open Roll-Off pada 7 Februari 2026 (Sabtu) bertempat di KK Galaxy Bowl, Centrepoint Sabah, Kota Kinabalu.

Roll-off ini dengan format 10-Pin di mana dan terbuka kepada semua bowlers yang bermain sebanyak 6 games, telah disertai seramai 25 bowlers dari kalangan ahli PTBNS(B) sendiri.

Berikut adalah ringkasan pemenang roll-off tersebut;

Juara - Khairulanwar Kamat
2nd - Habib Idrus
3rd - Abdul Hannan Taslim

Pemenang Saguhati
*Spinner - Omar Sarif
*Ladies - Ezza Syazwani Abdul Razak
*Youth 18 - Myza Qaisara Mohd Yazid

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Yang Berusaha, Puan Aisyah Abdullah, Timbalan Presiden PTBNS(B)

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan sekalung penghargaan kepada semua bowlers yang telah sudi hadir menyertai dan memeriahkan anjuran PTBNS(B)

Majulah Sukan Tenpin Boling untuk Negeri Sabah!


Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Petaling Jaya