29/04/2026
Okay tak gambar ni? Skrip ada di komen.
Pastikan anda like, komen dan share post sy ni ye utk bagitau ramai orang.
Certified Master Trainer & Coach Pemasaran Digital. Kepakaran saya adalah seni bercakap dan membantu usahawan dalam mengembangkan cara pemasaran mereka.
Saya memiliki beberapa sistem pemasaran online yang boleh membantu.
29/04/2026
Okay tak gambar ni? Skrip ada di komen.
Pastikan anda like, komen dan share post sy ni ye utk bagitau ramai orang.
27/02/2026
Apa Coach buat pada bulan Ramadan ni?
Me: Edarkan bubur lambuk di lokasi terpilih anjuran Maggi Cukup Rasa.
Jika jumpa di lokasi, tegur2 la ye.
Niaga online tetap buat.
Training tetap buat.
Coaching tetap buat.
Bezanya di bulan Ramadan ni tambah pahala dgn memberi.
Nak juga tahu apa rakan-rakan buat di bulan puasa dan raya ni?
24/11/2025
BERHENTILAH JADI PENAGIH "SCROLL"
Dalam era moden ni, ramai usahawan tergelincir dgn video pendek atau baca status orang lain.
Masa kita limit. Tenaga kita limit.
Apatah lagi bila kita makin berusia.
Saya selalu pesan pada peserta dan diri sendiri, "Fokus tenaga pada tempat yg betul akan hasilkan result yg gempak".
Berniaga era skrg ni kena ikut cara skrg. Mesti kena ada akaun di sosial media. Itulah cara moden. Ada orang elak - yes! Ada macam-macam sebab tapi bagi saya itu cuma alasan.
Dan skrg zaman permulaan AI.
TP INGAT, AI DAH LAMA!
Dulu org panggil bot, auto dan mcm2 panggilan.
Bezanya skrg dunia dah mula buat pelaburan besar-besaran naikan teknologi AI.
Dan masuk zaman generative AI (GENAI) - kita tulis atau cakap untuk sistem hasilkan apa yg kita nak.
Kelak, sistem boleh fikir bagi pihak kita.
Apa yg saya boleh galakkan - like, follow dan komen page saya ni supaya setiap kali ada info menarik, sy akan segera post. Dan meta akan hantar notifikasi terus kepada anda.
Semoga berjaya!
Konten ni kena cari audience yg tepat. Dan kena tahu undang2. Contohnya di Malaysia tak boleh buat konten 3R. Risiko tinggi.
11/05/2025
Kerja tebar flyers dan kad bisnes.
Saya pernah buat
Masa awal-awal, memang rasa malu sangat2.
Tapi lama2 xde hal.
Saya buat dulu untung dpt RM0.50 je bila terjual satu barang. Tetap buat.
Keremajaan jelas ketara di wajah saya saat itu.
Reach page sekarang ni memang sangat2 rendah. Tambah2 ditunjuk kepada mereka yg tak berminat pun dengan post yg kita buat. Solusi?
05/05/2025
Di Maybank Sg Petani
Salam. Tuan, saya nak update akaun.
Okay - isi borang dan ambil nombor ni dan duduk sana.
Saya pun duduk sini.
Perhati keliling.
Ada yg sibuk tengok telefon.
Ada yg sibuk jaga anak.
Ada yg sibuk borak dgn sebelah.
Nombor sy dipanggil.
Serah borang - diminta tunggu sebentar dan nama akan dipanggil.
Zup zup zup. Masa berlalu.
Nama dipanggil.
Ye Encik, beri kad pengenalan.
Oh. Update biodata?
"Benar puan" - jawabku pendek.
Hmm.. Puan, kenapa dekat skrin ATM minta sy update akaun ya - itulah sebenarnya soalan yang nak diaju.
"Oh, biasanya kalau baru bekerja, baru lepas belajar, memang dekat skrin akan keluar begitu"
Kalau tak update?
Kemungkinan akaun akan ditutup. Itulah jawapan puan berkenaan.
Oh....
Sebenarnya sy risau akaun kena hack ke.
Itu je.
Yelah kan, dekat skrin ATM keluar arahan begitu. Kita ni rakyat marhaen.
Baik tanya terus dengan kaunter.
Settle urusan.
Balik. Singgah TF, beli pizza.
Adik bongsu teringin makan menu baru katanya!!
01/05/2025
Hampir setiap bulan sy akan ke Kelantan. 3 tahun begitulah keadaan saya.
Dalam perjalanan Sg Petani - Kelantan ni, sy akan pakai laluan Gerik-Jeli. Yg umum tahu binatang buas, jalan berlubang dan kawasan gelap. Macam peristiwa 30 April 2025, gajah halang jalan. 1 Mei 2025, tanah runtuh + pokok tumbang.
Sepanjang tempoh tu juga, 2x tayar pecah dalam perjalanan. Pernah beberapa kali nyawa rasa melayang sebab nyaris-nyaris nak terlajak masuk gaung.
Keras sebenarnya laluan ni. Ada la beberapa kali kawasan yg meremang bulu roma. Namun syukur, Allah itu ada.
Pakailah ayat pelindung diri - biasanya saya guna ayat Nabi Sulaiman. Sebab laluan ni libatkan binatang, makhluk lain dan bencana alam.
Pernah juga tengok kemalangan depan mata.
Sebab itu rasa bimbang sy dalam mencari rezeki itu mencanak tinggi.
Kebetulan, sy kehilangan keluarga tersayang. Sy jadi "protected" tentang diri sendiri. Dah tiada yg akan tanggung apabila berlaku apa2 dekat diri saya. Itu sebab semakin berkobar saya cari pasif income. Sebagai langkah setiap hari tetap masuk pendapatan walau saat itu sy sakit!
Allah..
Itu cuma langkah usaha, selebihnya sy serah pada Allah. Sy yakin usahawan kat luar sana juga begitu. Bimbang jika esok hari, tidak bekerja, tiada yg hulur beri makan..
Prinsip sy sejak dulu: "Dalam dunia ni, kita sebenarnya berseorangan. Allah hantar bantuan - ibu bapa, keluarga, sahabat utk kita jalani kehidupan ni."
Sentiasa bersyukur. Allah akan tarik bila2 masa sahaja. Sebagai tanda, kita dah cukup masa jalani ujian seterusnya.
Jika kita tak zalimi orang, nescaya kita akan rasa aman.. Yakinlah!
11/03/2025
KHAS UNTUK USAHAWAN JOHOR SILA AMBIL PELUANG
Berita baik buat usahawan Johor!
Kerajaan Negeri Johor menerusi Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) menawarkan Insentif Usahawan Maju Johor 2025 iaitu Bantuan Pembungkusan dan Pelabelan Produk dan Insentif Video Pemasaran Usahawan Johor
Permohonan boleh dibuat di PADU PUJB dan rujuk menu urus borang permohonan INSENTIF MAJU JOHOR 2025 menerusi :-
https://padu.pujb.my
Permohonan dibuka bermula 10 Mac 2025,Isnin, jam 9.00 malam sehingga 24 Mac 2025,Isnin, jam 5.00 petang.
Semoga berjaya!
Jika terdapat permasalahan boleh berhubung dengan kami secara WhatsApp di https://wa.me/message/KFBG7VMQOAAPB1
Nota kaki: Saya repost dari post sahabat sy, Coach Fuzz.
Komen, like dan share sgt2 digalakkan utk bantu lagi usahawan di luar sana..
05/03/2025
JAGA-JAGA BAB COPYRIGHT NI.
Sebenarnya isu ni dah kerap berlaku.
Banyak page saya dah kena ban dan hilang dari radar. Sampaikan komisen pun disekat dan tak dibayar.
Punca?
Zaman dulu saya s**a buat content viral.
Ambil itu, ambil ini.
Memang nak dapat page yg ramai follower ni bukannya kerja mudah.
Pecah kepala saya cari idea.
Yelah, zaman tu takde AI lagi.
Memang kena kerja kuat untuk naikkan nama.
Tahun 2015 saya mula sedar video marketing mmg lubuk besar. Try la mcm2 software.
Sampaikan ada masa tu, saya ambil keputusan buat konten video movie.
Dulu dan sekarang teknologi berbeza sangat.
Untuk hasilkan satu video 30 saat, kekadang ambil masa berminggu sampai berbulan.
Idea - Cipta - Pastu nak edit sana sini.
Sekarang?
Sejam pun dah boleh siap konten.
Jadi, nasihat saya yg secebis ni;
1. Elak guna lagu orang lain.
2. Elak guna konten orang lain.
3. Elak guna gambar orang lain.
Eh, habis tu?
Guna je AI.
Bagi arahan pada AI untuk hasilkan konten memasing.
Beringat
Sekarang memang page, group, profile, sosial media kita ni mcm tak penting.
Lagi 5 tahun?
Lagi 10 tahun?
Saya punya kes yg 9 tahun lepas upload baru je kena bulan ni. Ingat boleh terlepas ke? Hahaha. Itu kat FB. Dekat YouTube terus kena ban selamanya akaun.
Harap dapat belajar sesuatu.
Takpe, kasi je benda original dari kita sendiri.
Itukan lebih baik.
Zaman datang kelak, yg konten original ramai yg mula rindu. Sama macam sekarang, yang kita mula rindu tengok cerita-cerita lama.
Belajar sesuatu? Tekan butang like, tinggalkan komen dan ikuti saya ya.
Ruzaini Zamri
Peminat No 1 Anda.
04/03/2025
Kepada usahawan digital atau yg buat perniagaan online, sambil-sambil layan customer online tu, jom sambil2 tu kasi badan bergerak sikit dengan cara buat aktiviti di luar. Macam berkebun ke?
Kepada yg rajin buat live streaming, apa kata sekali sekala buat live dekat luar p**a, boleh mula sebulan sekali?
Kepada yg bekerja dalam pejabat p**a, apa kata setiap hujung minggu ajak pasangan atau anak2 berada di luar rumah?
Yang suri rumah p**a, sambil-sambil mengemas rumah, jaga anak, boleh juga sekali sekala berjemur di bawah matahari? Sambil-sambil tu boleh berkebun ke?
Ada banyak kebaikan berada di luar rumah ni. Boleh jaga kesihatan diri, kesihatan mata, saraf dan paling utama, kesihatan mental. Jom sihat!