Keselat

Keselat

Share

Kelab Rekreasi Anggota PERKESO Zon Selatan (KESELAT)

Photos from Keselat's post 05/06/2025

PROGRAM PEMERIKSAAN BATERI KENDERAAN PERCUMA SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 2025

Buat pertama kalinya, KESELAT dengan kerjasama BATERIKU.COM Melaka menganjurkan Program Pemeriksaan Bateri Kenderaan secara percuma khas untuk warga Wisma PERKESO Melaka serta ahli-ahli KESELAT.

Inisiatif ini dilaksanakan sebagai langkah proaktif dalam menyokong kempen keselamatan jalan raya menjelang musim perayaan, khususnya bagi mereka yang akan pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidiladha.

Insya-Allah, KESELAT akan terus komited menganjurkan program-program bermanfaat seperti ini di masa akan datang, merentasi Negeri Sembilan hingga ke Johor demi kesejahteraan dan kebajikan para ahli

27/01/2025

Salam Israk & Mikraj 1446H

Seluruh ahli jawatankuasa KESELAT mengucapkan Selamat menyambut Israk dan Mikraj kepada seluruh umat Islam di Malaysia

31/10/2024

KESELAT wishes all our Hindu friends a Happy Deepavali! 🪔✨

✨ May the Festival of Lights bring you joy, peace, and good fortune! 🎉

Photos from Keselat's post 29/10/2024

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak KESELAT atas kemenangan yang luar biasa dalam Kejohanan 6 Penjuru anjuran Kelab Klasik, Perkeso Klang pada 25 Oktober 2024 di Stadium PKNS, Kelana Jaya.

Diharapkan kejuaraan ini dapat dikekalkan di peringkat Sukan Integrasi Nasional Perkeso 2025. Semoga ukhuwah yang terjalin antara zon-zon dapat terus dikekalkan di masa akan datang.

01/10/2024

SELURUH AHLI JAWATANKUASA KESELAT MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI PERKESO YANG KE 53 TAHUN

"SEMOGA KITA TERUS DIBERKATI DENGAN KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN"

16/09/2024

SELURUH AHLI JAWATANKUASA KESELAT MENGUCAPKAN
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA
KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA

"SEMOGA KITA TERUS DIBERKATI DENGAN KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN"

16/09/2024

SELURUH AHLI JAWATANKUASA KESELAT MENGUCAPKAN
SELAMAT MENYAMBUT SALAM MAULIDUR RASUL
KEPADA SEMUA AHLI KESELAT

CANTIK KUNTUMAN BUNGA DAHLIA,
POHON MELATIH DI TEPI PERIGI,
RASULULLAH JUNJUNGAN YANG MULIA,
HALUS PEKERTI INDAH PERIBADI

03/06/2024

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

3 Jun 2024 bersamaan 25 Zulkaedah 1445h

Sembah takzim daripada:

Kelab Rekreasi Anggota Perkeso Zon Selatan

Photos from Keselat's post 03/06/2024

_Bila sebut Air Terjun Gunung Ledang sudah tentu kita akan menggambarkan suasana damai, desiran air terjun dan bunyi sang unggas yang cukup mengasyikkan serta mampu memberikan ketenangan selain menikmati keindahan flora dan fauna dari pelbagai spesis._

Pemilihan lokasi Air Terjun Gunung Ledang bagi Program Hiking X KESELAT 2024 adalah supaya para peserta dapat merasai dan terokai sendiri keindahan alam hijau ciptaan Allah swt supaya kita sentiasa mensyukuri dan lebih mendekatkan diri kepada Maha Pencipta.

Alhamdulillah, Kelab Rekreasi Anggota PERKESO Zon Selatan (KESELAT) telah berjaya melaksanakan Program Hiking X KESELAT 2024 pada 25 Mei 2024 bertempat Air Terjun Gunung Ledang. Program ini melibatkan penyertaan seramai 180 orang dari anggota dan ahli keluarga anggota PERKESO di bawah Zon Selatan yang merangkumi tiga (3) negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Melaka termasuk Pusat Rehabilitasi PERKESO.

Objektif program ini diadakan adalah bertujuan menyahut seruan pihak pengurusan tertinggi PERKESO agar anggota mengamalkan gaya hidup yang sihat serta menyatukan semua ahli di dalam Zon Selatan. Selain itu, program ini juga dapat merehatkan minda dan meregangkan sedikit tekanan dengan aktiviti yang sihat.

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Bangsa Johor, Negaraku , Lagu PERKESO Prihatin dan diikuti dengan bacaan doa. Seterusnya ucapan alu-aluan dari YDP KESELAT iaitu Encik Radin Farizalnudin Bin Radin Borhanudin. Beliau dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang dapat menyertai program pertama KESELAT bagi tahun 2024. Beliau menasihatkan agar semua peserta mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh PTNJ yang memberi laluan dan peluang kepada KESELAT untuk menjalankan program di sini. Sebelum pendakian bermula, para peserta turut bersama dalam aktiviti pemanasan badan.

Aktiviti hiking hari ini berjalan lancar seperti yang dirancang dalam tentatif program. Hampir semua peserta berjaya menakluki _check point_ akhir iaitu di Kolam Puteri.

Di akhir program semua peserta berkumpul semula untuk sesi bergambar beramai-ramai dan seterusnya dibenarkan untuk aktiviti bebas bersama ahli keluarga

16/05/2024

Dikesempatan ini, saya ingin menzahirkan ucapan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik, Terima Kasih Cikgu! Teruskan memberi inspirasi kepada anak bangsa dan pendidikan yang terbaik untuk semua.

Saya yakin dan percaya, anggota PERKESO di Malaysia ini gah dek kerana didikan yang hebat daripada barisan guru-guru yang bijaksana sejak dari bangku persekolahan. Marilah kita bersama menggunakan ilmu yang dibekalkan insan bergelar "guru" ini ke arah pembangunan negara.

Tidak lupa juga kepada guru wanita, walaupun anda bekerja dalam kerajaan, anda juga boleh mencarum Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah yang melindungi diri daripada kemalangan melakukan kerja di rumah setelah tamat waktu bekerja di sekolah. Begitu juga guru lelaki yang ada melakukan pekerjaan sendiri selepas tamat waktu mengajar, jangan lepaskan peluang mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri dengan nilai RM23.30 yang turut melindungi anda semasa bekerja sendiri.

Selamat Hari Guru, Terima Kasih Cikgu ♥️

11/03/2024

Di bulan Ramadan yang penuh berkah ini, mari kita tingkatkan kualiti ibadah dan amal kebaikan kita. Semoga setiap langkah kita mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dan membawa berkat bagi diri kita sendiri serta sesama insan. Harap kita semua dalam keadaan sihat walafiat dan dapat menjalankan ibadah puasa dengan penuh kesungguhan. Selamat menyambut bulan Ramadan!


Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Petaling Jaya