Faqih Synergiz Training & Consultancy

Faqih Synergiz Training & Consultancy

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Faqih Synergiz Training & Consultancy, No. 4, Jalan17/28, Seksyen 17, Petaling Jaya.

10/03/2024

Sedang menyiapkan untuk final touch buku ini. Nampak macam sama, tapi berbeza dengan buku saya sebelumnya. Kali ini persembahan lebih menarik, nipis, buku berwarna, lebih bervariasi dan mesra mata untuk membacanya. Insyaallah selepas raya diterbitkan.

U.S.A.H - Untuk-Mu Sahaja Aku Hidup.
P.U.T.U.S - Perubahan Untuk Terus Usaha Sehabisnya
A.S.A - Allah Sentiasa Ada.

Doakan saya untuk terus menulis.

Yusri Yusoff
Marang, Terengganu.

06/03/2024

TIGA sebab orang kurang bersyukur?

1. S**a lihat apa orang dah ada berbanding apa yang dia ada.

2. Rasa nak memiliki apa yang orang miliki.

3. Rasa orang lain lebih baik, rasa diri selalu kurang baik.

Syukur itu apabila kita rasa Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk kita. Tak kisah ujian atau nikmat, Allah pastinya nak yang terbaik untuk kita. Yakin pastinya ada hikmah besar untuk kita belajar sesuatu atas apa yang berlaku.

Cuba belajar untuk melihat dan sedar apa yang sedia ada. Hargai orang yang ada di hadapan dan terdekat dengan kita. Menerima dengan redha atas apa yang sedia ada dan apa yang berlaku. Menerima, menyesuaikan diri dan mencari solusi atas ujian yang dihadapi.

Nak rasa syukur bukannya mudah hanya pada perkataan, tapi perlu penghayatan dengan perbuatan. Mulakan syukur dengan perkara kecil. Sekecil syukur dapat mengelipkan mata.

Yusri Yusoff

إسلام ويب - سعادة تمتد 04/03/2024

Percampuran antara lelaki dengan perempuan ketika tawaf.

Islam merupakan agama yang amat mengambil berat tentang hubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Seboleh mungkin Islam cuba mengelakkan berlakunya percampuran kerana boleh mengundang banyak fitnah.

Persoalannya, bagaimana dengan keadaan semasa tawaf di Kaabah sebagaimana sekarang? Tambahan lagi ketika berasak-asak untuk mencium Hajarul Aswad?

Bagi Ummul Mukminin radhiyallah `anha, beliau tidak bersetuju berlakunya percampuran ketika tawaf.

كَانَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا تَطُوفُ حَجْرَةً مِنَ الرِّجَالِ ، لاَ تُخَالِطُهُمْ ، فَقَالَتْ امْرَأَةٌ : انْطَلِقِي نَسْتَلِمْ يَا أُمَّ المُؤْمِنِينَ ، قَالَتْ : انْطَلِقِي عَنْكِ ، وَأَبَتْ ، يَخْرُجْنَ مُتَنَكِّرَاتٍ بِاللَّيْلِ ، فَيَطُفْنَ مَعَ الرِّجَالِ

Terjemahan: “Dulu `A’isyah radhiyallah ‘anha melaksanakan tawaf di pinggiran Ka’bah (menyendiri) dan tidak bercampur dengan kaum lelaki. Lalu ada seorang wanita berkata kepada beliau. ‘Wahai Ummul Mukminin, ayuh kita pergi untuk mencium hajar aswad. Ummul Mukminin membalas: Kamu saja yang pergi. Sedangkan beliau enggan untuk pergi. Dahulu kaum wanita keluar pada malam hari tanpa diketahui keberadaannya, lalu mereka tawaf bersama kaum lelaki.” (Al-Bukhari, kitab al-Haj, bab Tawaf al-Nisa’ Ma` al-Rijal)

أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ ، عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ قَالَ : حُدِّثْتُ أَنَّ عَائِشَةَ نَزَلَتْ فِي مَسْكَنِ عُتْبَةَ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ الْحَارِثِ ، فَكَانَتْ تَطُوفُ بَعْدَ الْعِشَاءِ الْآخِرَةِ ، فَإِذَا أَرَادَتِ الطَّوَافَ أَمَرَتْ بِمَصَابِيحِ الْمَسْجِدِ ، فَأُطْفِئَتْ جَمِيعًا ثُمَّ طَافَتْ

Terjemahan: “Ibn Juraij berkata: Saya dimaklumkan Bahawa Ummul Mukminin radhiyallah `anha mendiami rumah `Utbah bin Muhammad bin al-Harith. Beliau telah mengerjakan tawaf selepas waktu isyak. Apabila beliau ingin tawaf, beliau menyuruh semua pelita masjid dipadamkan, kemudian barulah beliau tawaf.” (Musannaf `Abd al-Razzaq, kitab al-Manasik, bab Qarn al-Tawaf)

وَأَخْبَرَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ الْحَسَنِ , ثنا أَبُو الْعَبَّاسِ الْأَصَمُّ , أنبأ الرَّبِيعُ , أنبأ الشَّافِعِيُّ , أنبأ سَعِيدُ بْنُ سَالِمٍ , عَنْ عُمَرَ بْنِ سَعِيدِ بْنِ أَبِي حُسَيْنٍ , عَنْ مَنْبُوذِ بْنِ أَبِي سُلَيْمَانَ , عَنْ أُمِّهِ , أَنَّهَا كَانَتْ عِنْدَ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا فَدَخَلَتْ عَلَيْهَا مَوْلَاةٌ لَهَا فَقَالَتْ لَهَا : يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ طُفْتُ بِالْبَيْتِ سَبْعًا وَاسْتَلَمْتُ الرُّكْنَ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا , فَقَالَتْ لَهَا عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا : لَا أَجَرَكِ اللَّهُ لَا أَجَرَكِ اللَّهُ تُدَافِعِينَ الرِّجَالَ , أَلَا كَبَّرْتِ وَمَرَرْتِ ؟ وَرُوِّينَا عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ لَهُنَّ : إِذَا وَجَدْتُنَّ فُرْجَةً مِنَ النَّاسِ فَاسْتَلِمْنَ وَإِلَّا فَكَبِّرْنَ وَامْضِينَ

Terjemahan: “Ibu kepada Manbuz ada di sisi `A’ishah isteri Nabi salla Allah `alaih wa sallam Ummul Mukminin radhiyallah `anha. Ketika itu seorang pembantu beliau masuk lalu berkata: Wahai Ummal Mukminin, saya telah tawaf sebanyak tujuh kali dan saya telah menyentuh rukun yamani sebanyak dua atau tiga kali. Lalu Umul Mukminin berkata: Allah tidak memberikan ganjaran kepadamu, Allah tidak memberikan ganjaran kepadamu. Kamu telah bertolak-tolak dengan lelaki. Tidakkah cukup kamu hanya bertakbir dan berlalu? Dan diriwayatkan daripada Sa`ad bin Abi Waqqas radhiyallah `anh, bahawa beliau berkata kepada kaum wanita: Apabila kamu menemui ruang kosong, maka kamu sentuhlah -rukun yamani-, jika tidak, cukuplah kamu bertakbir dan pergi.” (Sunan al-Baihaqi, kitab al-Haj, Jima` Abwab Dukhul Makkah)

Sebenarnya tiada ulama yang menyokong berlakunya percampuran antara lelaki dengan perempuan sama ada ketika tawaf atau mana-mana ibadah, termasuklah ketika bersesak-sesak membeli belah ketika ke Tanah Haram; dan di semua tempat.

Namun, kita memahami kesukaran untuk mengawal manusia yang pelbagai, dengan karenah masing-masing.

Persoalannya, bagaimana cara Rasulullah salla Allah `alaih wa sallam mengawal percampuran atau ikhtilat ini semasa tawaf?

حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ ، حَدَّثَنَا مَالِكٌ ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ نَوْفَلٍ ، عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ ، عَنْ زَيْنَبَ بِنْتِ أَبِي سَلَمَةَ ، عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا - زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قَالَتْ : شَكَوْتُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنِّي أَشْتَكِي ، فَقَالَ : طُوفِي مِنْ وَرَاءِ النَّاسِ وَأَنْتِ رَاكِبَةٌ فَطُفْتُ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَئِذٍ يُصَلِّي إِلَى جَنْبِ البَيْتِ وَهُوَ يَقْرَأُ : وَالطُّورِ وَكِتَابٍ مَسْطُورٍ

Terjemahan: “Ummul Mukminin Ummu Salamah radhyallah `anha isteri Nabi salla Alah `alaih wa sallam berkata: Saya mengadu kepada Rasulillah salla Allah `alaih wa sallam bahawa saya sakit. Baginda berkata: Kamu tawaflah di belakang orang lelaki dengan menunggang haiwan. Lalu saya pun tawaf sedangkan Rasulullah salla Allah `alaih wa sallam ketika itu solat di satu sudut masjid. Baginda membaca surah al-Tur.” (Al-Bukhari, kitab al-Haj, bab Tawaf al-Nisa’ Ma` al-Rijal)

Menurut Ibn Hajar, Nabi salla Allah `alaih wa sallam memerintahkan isteri beliau agar bertawaf di bahagian belakang baginda kerana itu lebih melindungi dan memelihara beliau.

Menurut catatan al-Baji,

وأما المرأة فمن سنتها أن تطوف وراء الرجال، لأنها عبادة لها تعلق بالبيت، فكان من سنة النساء أن يكنَّ وراء الرجال كالصلاة

Terjemahan: “Untuk wanita, sunnahnya mereka tawaf di belakang lelaki, ini kerana tawaf merupakan ibadah yang berkaitan dengan Baitullah. Apa lagi sunnah bagi wanita memang berada di belakang lelaki seperti dalam keadaan solat.” (Syarah al-Muwatta’ Malik)

Menurut catatan al-Zurqani,

لأن سنة النساء التباعد عن الرجال في الطواف ولأن بقربها يخاف تأذي الناس بدابتها وقطع صفوفهم

Terjemahan: “Ini kerana sunnahnya ialah wanita berada jauh daripada lelaki ketika ibadah tawaf. Ini kerana jika berdekatan, dikhuatiri Ummu Salamah radhiyallah `anha akan menggangu orang dengan haiwan tunggangan beliau dan boleh memutuskan saf-saf mereka.” (Syarah al-Muwatta’ Malik)

Saya tertarik dengan rumusan yang disebutkan oleh seorang ahli ilmu seperti di dalam laman web islamweb.net, seperti berikut,

“Percampuran lelaki dan perempuan dalam bentuk tidak baik yang berlaku sekarang di sekeliling Ka`bah yang dimuliakan oleh Allah Taala, bertentangan dengan perintah syarak dan tiada dalil yang mengharuskannya. Ini disebabkan kita mengamalkan agama berdasarkan wahyu bukannya berdasarkan realiti manusia. Apabila orang yang bertawaf terdesak dalam keadaan tersebut, maka hendaklah dia menjauhi daripada menyentuh orang perempuan dan daripada melihat ke arahnya.” (https://www.islamweb.net/ar/fatwa/22371/ سنة-النساء-أن-يكنَّ-وراء-الرجال-حين-الطواف)

Tulisan yang diselia oleh Sheikh Muhammad Solih al-Munajjid dalam bab ini boleh dianggap sebagai sangat baik dan bermanfaat.

Demi memperjuangkan semangat Ummul Mukminin `A’ishah radhiyallah `anha dan seluruh ahli ilmu Rabbani, saya ingin berkongsi tulisan yang bertajuk لم لا تكون المساجد فيها اختلاط النساء بالرجال مثل الطواف ؟ itu dan mungkin ada sedikit tambahan daripada saya.

Satu, wanita sepatutnya tawaf di belakang orang lelaki bukan di sebelahnya, atau mereka diberikan khusus untuk bertawaf pada waktu tertentu seperti malam tanpa gangguan.

Dua, beliau menegaskan,
“Realiti yang berlaku sekarang adalah menyalahi syarak. Kami berpandangan percampuran antara lelaki dengan perempuan seperti sekarang bercanggah dengan syarak. Alim ulama sentiasa menentang perkara ini, berusaha untuk mengubahnya, namun disebabkan kesulitan yan ada, kebanyakan usaha tersebut tidak berjaya. Ini disebabkan kejahilan manusia dan tiada semangat tolong menolong. Dan juga disebabkan adanya penentangan yang sangat keras, dan tiada kemampuan untuk mendisiplinkan manusia ketika bertawaf.”

Tiga, sebetulnya sudah ada usaha pemerintah Umayyah untuk memisahkan terus antara lelaki dan wanita ketika tawaf. Dikatakan orang pertama berbuat demikian ialah Ibn Hisham, dan ada pendapat lain mengatakan `Umar bin al-Khattab radhiyallah `anh.

وقَالَ لِي عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ قَالَ ابْنُ جُرَيْجٍ أَخْبَرَنَا قَالَ أَخْبَرَنِي عَطَاءٌ إِذْ مَنَعَ ابْنُ هِشَامٍ النِّسَاءَ الطَّوَافَ مَعَ الرِّجَالِ قَالَ كَيْفَ يَمْنَعُهُنَّ وَقَدْ طَافَ نِسَاءُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَعَ الرِّجَالِ قُلْتُ أَبَعْدَ الْحِجَابِ أَوْ قَبْلُ قَالَ إِي لَعَمْرِي لَقَدْ أَدْرَكْتُهُ بَعْدَ الْحِجَابِ قُلْتُ كَيْفَ يُخَالِطْنَ الرِّجَالَ قَالَ لَمْ يَكُنَّ يُخَالِطْنَ كَانَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا تَطُوفُ حَجْرَةً مِنْ الرِّجَالِ لَا تُخَالِطُهُمْ فَقَالَتْ امْرَأَةٌ انْطَلِقِي نَسْتَلِمْ يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ قَالَتْ انْطَلِقِي عَنْكِ وَأَبَتْ يَخْرُجْنَ مُتَنَكِّرَاتٍ بِاللَّيْلِ فَيَطُفْنَ مَعَ الرِّجَالِ وَلَكِنَّهُنَّ كُنَّ إِذَا دَخَلْنَ الْبَيْتَ قُمْنَ حَتَّى يَدْخُلْنَ وَأُخْرِجَ الرِّجَالُ وَكُنْتُ آتِي عَائِشَةَ أَنَا وَعُبَيْدُ بْنُ عُمَيْرٍ وَهِيَ مُجَاوِرَةٌ فِي جَوْفِ ثَبِيرٍ قُلْتُ وَمَا حِجَابُهَا قَالَ هِيَ فِي قُبَّةٍ تُرْكِيَّةٍ لَهَا غِشَاءٌ وَمَا بَيْنَنَا وَبَيْنَهَا غَيْرُ ذَلِكَ وَرَأَيْتُ عَلَيْهَا دِرْعًا مُوَرَّدًا

Terjemahan: “Ibn Juraij berkata: `Ata’ memaklumkan kepada saya, ketika Ibn Hisham melarang orang perempuan tawaf bersama orang lelaki. Beliau berkata: Bagaimana mereka boleh menghalang sedangkan isteri-isteri Nabi salla Allah `alaih wa sallam tawaf bersama lelaki. Saya -Ibn Juraij- bertanya: Adakah ia berlaku selepas turunnya ayat hijab atau sebelumnya? Beliau menjawab: Sungguh, saya dapatinya selepas turunnya ayat hijab.

“Saya bertanya lagi: Bagaimana mereka boleh bercampur dengan lelaki? Beliau menjawab: Mereka tidak bercampur dengan kaum lelaki. Ummul Mukminin `A’ishah radhiyallah `anha tawaf menyendiri daripada lelaki, tidak bercampur dengan mereka.

“Seorang wanita berkata: Mari kita pergi menyentuh rukun yamani wahai Ummal Mukminin. Beliau menjawab: Pergilah kamu sendiri. Beliau enggan mengikutinya.

“Dahulu, kaum wanita keluar pada malam hari tanpa diketahui kehadiran mereka, lalu mereka tawaf bersama kaum lelaki. Namun, jika lelaki memasuki masjid, mereka berdiri sehinggalah mereka boleh memasukinya pada saat orang lelaki keluar.

“Saya dan `Ubaid bin `Umair pernah menemui Ummul Mukminin radhiyallah `anha yang sedang berada di sisi Bukit Thabir. Saya -Ibn Juraij- bertanya: Hijabnya apa? `Ata’ menjawab: Beliau berada dalam satu tandu kecil buatan Turki. Tundi itu memiliki penutup yang nipis dan tidak ada pembatas antara kami selain tenda itu. Saya melihat beliau memakai baju bermotif mawar.” (Al-Bukhari, kitab al-Haj, bab Tawaf al-Nisa’ Ma` al-Rijal)

Empat, ketika mensyarahkan hadith ini, Ibn `Uthaimin menyatakan,

“Tawaf bersama lelaki dengan wanita tidak ada masalah. Tidak mungkin kita dapat menghalangnya khususnya pada zaman sekarang. Ini kerana setiap wanita bersama mahram mereka. jika mereka dihalang untuk bersama lelaki (mahram mereka), pasti akan menyusahkan mereka, dan banyak keburukan boleh berlaku.

“Namun, jika kita mempraktikkan seperti yang dilakukan Ummul Mukminin `A’ishah radhiyallah `anha, berada jauh daripada lelaki, itu lebih baik. Mereka meletakkan wanita pada satu sudut di saat pada masa itu manusia belum berasak-asak -seperti sekarang-.

“Jika kita ingin menghalang mereka dan menyuruh mereka bertawaf pada waktu malam, itu menyusahkan. Pada masa kita sekarang, tambah menyusahkan mereka. Jika kita asingkan terus antara lelaki dengan perempuan, pasti akan berlaku fitnah yang jauh lebih besar. Orang akan mengganggu kaum wanita tanpa ada orang yang mampu membela mereka.

“Walau bagaimanapun, setiap orang hendaklah bertaqwa kepada Allah `az wa jal dan jangan bersesak dengan kaum wanita seboleh mungkin. Wanita juga mesti berhati-hati dengan orang jahat yang boleh mengganggu mereka di tempat tawaf -kita berlindung kepada Allah Taala-.

“Kita dapati ada lelaki yang berdekatan dengan kaum wanita daripada awal tawaf hinggalah akhirnya -kita mohon `afiyah daripada Allah Taala.”

Kupasan Ibn `Uthaimin ini teramat baik dan sangat relevan dengan keadaan pada masa sekarang.

Wallah a`lam.

Demi Allah, saya orang sangat benci untuk mengulas isu yang viral. Namun kerana kesedihan hati dan rasa cinta untuk menyelamatkan kaum wanita daripada kerakusan beribadah tanpa ilmu, selain menegur sebahagian orang yang berlebihan dalam beribadah, saya kongsikan tulisan ini.

Nampak gaya, kita mengutamakan perkara sunat iaitu mencium Hajarul Aswad namun mengetepikan perkara wajib khususnya menjaga kesucian wanita. Dangkalnya kita, “mengejar cinta ilahi dengan memijak wanita.”

Semoga Allah Al-Muhaimin memelihara hati kita semua.

Dzulkhairi, 4 Mac 2024.

إسلام ويب - سعادة تمتد إسلام ويب - أضخم محتوى إسلامي وثقافي على الإنترنت لتحقيق مبدأ : سعادة تمتد

04/03/2024

Usah berharap anak akan balas jasa baik ketika kita usia tua nanti. Tak pasti dan tiada jaminan pun yang anak sempat hidup pada usia tua kita nanti. Tiada jaminan pun kita sempat hidup ke usia tua, kerana mungkin usia kita setakat itu sahaja.

Cukuplah menyimpan impian agar anak kita ini menjadi anak soleh yang mendoakan kita. Anak yang baik hasil bimbingan dan kesungguhan kita. Mereka mendoakan kita kerana mereka sentiasa rindu sentuhan dan kehangatan kasih sayang kita.

Cukuplah kita menjadi ibubapa yang baik. Tidak menjadi ujian anak ketika usia tua kita. Adanya kita menjadi pahala untuk mereka dan adanya mereka untuk kita sentiasa mendekati Yang Maha Esa.

Jom belajar untuk jadi lebih baik. Usah putus asa selagi kita tak putus nyawa!

Yusri Yusoff
Motivator & Penulis

17/02/2024

Usah berhenti buat kebaikan. Kita buat kebaikan bukan kerana ibubapa, bukan sebab guru kita, bukan sebab ajakan sahabat terdekat dan kawan yang ada. kebaikan kita ini bukan sebab mereka semata.Tetapi kebaikan yang kita lakukan saat lalu, saat ini dan saat akan datang adalah kerana KITA. Kerana kita nak buat baik. . Sebab kita HAMBA. Kita nak Allah LIKE status hidup kita.

Kita tak kisah apa orang kata. Tak kisah apa orang sangka. Tak kisah dengan siapa yang ada. Kita teruskan kebaikan yang ada untuk meraih redha Yang Maha Esa.

Tak mengapa ada yang mengata, ada yang kata kita mengada, ada yang tak percaya dan mungkin ada yang pandang kita tanpa harga. Yang pastinya Allah sentiasa ada. Senyumlahh, kita pasti rasa lebih bahagia.

USAH PUTUS ASA! Just do it!

Yusri Yusoff

22/03/2023

Selamat Menunaikan Ibadah

Ramadhan Kareem

21/03/2023

Seronok kan kalau kita membaca Al-Quran dan faham mesej yang Allah hendak sampaikan.

Kebanyakan kita sukar memahami isi Al-Quran sebab kita bukan orang arab. Jadi, kita perlukan usaha dan mujahadah untuk memahaminya.

Salah satunya kita boleh membaca buku Mesej Deep Dalam Al-Quran karya Ustaz Dzul Khairi. Buku ini sebenarnya inspirasi dari buku Arab dan diterjemahkan ke Bahasa Melayu.

Buku ini sangat membantu kita memahami mesej yang tersembunyi dalam Al-Quran yang tidak kita sedari. Juga sesuai untuk bacaan orang awam.

Membaca buku ini akan membuat kita:

🍀 Merasa semakin cinta dengan Al-Quran
🍀 Lebih tenang menghadapi ujian yang Allah berikan
🍀 Menjadikan kita lebih insaf tentang kehebatan mukjizat Al-Quran.

Buku ini sangat perlu dalam koleksi bacaan kita. Jika anda berminat untuk dapatkan, tengok di bawah..

14/03/2023

Bagi yang berminat klik borang pendaftaran pada ruang komen

Bagi yang ingin mendalami, jemput hadir, webinar Klinik Ramadan.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


No. 4, Jalan17/28, Seksyen 17
Petaling Jaya
46400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00