04/06/2023
Peminat trw tanahmerah
kami disini menghimpunkan warga tanah merah khususnya peminat trw untuk perkembangan isu semasa trw
04/06/2023
04/04/2023
Ingat lagi tak? Mungkin 20 tahun lepas, mungkin 30 tahun lepas. Bila balik raya, kita duduk berhimpit dengan adik beradik dalam kereta. Ayah bawa kereta balik kampung, ibu duduk dekat sebelah. Seronok kita masa tu. Dah masuk kereta dalam beberapa minit perjalanan, ayah dah start pasang lagu dia. Semua lagu-lagu zaman dia yang konfem bukan jiwa kita.
Kejap artis ni kejap artis tu. Bapak aku dulu dia minat Muhamad Rafi, penyanyi hindustan lama. Sampai besar lah lagu dia aku terngiang dalam kepala otak. Haha.
Kita pun akur dengar lagu-lagu bapak kita pasang ni sampai tertidur. Tau-tau dah sampai kampung, tak sabar kita nak belari dekat rumah atuk nenek.
Masa tetap bergerak, bawa kita ke dunia tua.
"Dulu kalau pergi mana-mana, mesti babah yang drivekan. Tapi hari ni kerusi driver tu dah bertukar orang. Dah bukan lagi babah.."
Ayat ni aku agak terkesan. Betul-betul mencucuk. Aku rasa macam baru lepas kena renjis air dekat muka. Tiba-tiba tersedar.
Sambil bawa kereta pulang ke kampung, aku pandang sebelah tengok isteri aku tengah kendong anak kecik aku. Aku tengok cermin belakang ni, tengok anak-anak tengah tidur. Dulu macam tu lah aku berhimpit dengan adik beradik. Aku adik beradik 8 orang kot. Kira waktu tu 6 orang lah selalu berhimpit. Bergaduh tu biasa lah sebab mana boleh semua bersandar. Kena sorang kedepan, sorang kebelakang. Baru muat.
Duduk Johor Bahru, balik kampung ke Lurah Bilut, Pahang. 8-9 jam perjalanan. Meriah betul dalam kereta masa tu.
Tempat yang aku duduk sekarang ni tempat ayah aku dulu.
Termenung panjang. Tak perasan pun semua ni berubah.
Sekarang tak merasa lagi dah ayah kita drive kita bawa balik kampung. Tak rasa dah ibu kita pot pet pot pet suruh kemas-kemas barang nak balik beraya.
"Siapa nak kencing, pergi kencing dulu! Dah gerak kang takda nak berhenti-henti dah!"
"Bangde, pergi kunci gate tu. Lock! Kang pencuri masuk kang!"
"Apa bising-bising ni? Kan elok baca doa naik kenderaan. Baca lah doa apa-apa nak jalan jauh ni!"
Ayat ni pun popular. Tapi tinggal kenangan lah. Kita je lah akan gunakan balik ayat-ayat ni pada anak-anak kita.
Perasan tak?
Tau-tau hari ni semuanya dah berubah. Agaknya ayah kita pun terasa benda sama, dulu bila raya je, anak dah penuh dekat tempat duduk belakang kereta. Hari ni bila raya, kereta dah takda siapa. Berteman ibu je. Itu pun kena tunggu anak-anak balik.
Semua ni jadi tanpa kita sedar pun. Tau-tau je semua dah berubah. Anak-anak dah ada keluarga masing-masing. Dah jadi pemimpin keluarga dan dah jadi isteri-isteri pada suami diorang. Dah mula berkerjaya. Komitmen pun dah start banyak.
Esok-esok semua magik ni akan jadi pada kita pulak. Tunggu lah. Serius tak lama mana pun.
Tau-tau je anak dah besar-besar, masing-masing dah ada kereta sendiri, dah ada rumahtangga sendiri. Kita tak lagi jadi pemandu pada diorang. Diorang tak lagi dengar lagu-lagu evergreen kita sepanjang balik kampung bersama kita yang kita pasang kuat-kuat nak hilangkan mengantuk.
Sunyi dan rindu.
P/s : Semua yang lepas-lepas tinggal kenangan. Yang tak mungkin dapat diputarkan lagi. Hari ni, aku tengah ulang balik semua apa yang bapak aku lalu dulu. Lagu-lagu dia pasang dulu semua jadi lagu-lagu yang akan aku pasang sepanjang drive jauh balik kampung. Cuma yang berbeza sikit satu je, dulu masa aku kecik-kecik, apa lagu bapak aku pasang aku kena dengar jugak sebab takda pilihan. Tapi anak-anak hari ni dah ada headset. Aku pasang lagu macam mana pun, telinga diorang dah di sumbat dengan headset. Dengar lagu genre diorang yang diorang pilih melalui handphone.
10/03/2021
23/04/2020
Salam Ramadhan
abeyeh the legend
28/09/2019
Merafak Sembah dan Ucapan Takziah Di Atas Kemangkatan DYMM Sultan Ismail Petra Ibni Al-Marhum Al-Sultan Yahya Petra Pada 28 SEPTEMBER 2019 Jam 8.11pg Di Wad Di Raja Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu.
Marilah Sama Sama Kita Berdoa Ke Hadrat Allah Subhanahu Wa Taala, Semoga Allah Mencucuri Rahmat Ke Atas Roh Almarhum Dan Menempatkan Almarhum Dalam Golongan Orang-Orang Yang Beriman. Amiin Y Robbal Alamin.
abeyeh
09/03/2019
info pengguna
07/03/2019
3 ingatan buat semua ibu bapa, juga kepada yg bakal jadi ibu bapa=
1. Anak-anak kita, yg bawah 5 tahun, akan buat macam-macam perangai nak tarik perhatian kita.. Tapi, selepas umur 5 tahun dia dah pandai berkawan, kita hanya jadi tempat dia nak pakaian dan makanan.. Dan kita pulak selepas itu, sepanjang hayat cuba tarik dia punya perhatian. (Jadi.. Jangan sia-siakan 5 tahun yg pertama)
2. Anak-anak kita yg masih kecil, akan ajak kita bermain dengannya, kita pulak rasa malu sebab nampak macam kita jadi ‘orang bodoh’ saja. Tapi bila anak kita jadi remaja, dia pulak akan malu bila kita cuba nak bermain dengannya. (Jadi.. mainlah puas-puas diwaktu kecilnya)
3. Anak-anak kita, bila dah mula membesar, kalau kita terlalu kepung dia sebab takut 'sesuatu terjadi' pada dia, maka 'tidak akan ada apapun yg terjadi' pada dia. Bila tak ada apapun berlaku pada dia, maka dia tidak akan belajar apa-apa.. Kalau dia tidak belajar apa2, maka dia akan cari jalan belajar sendiri juga, itu lebih bahaya. (Jadi.. Banyakkan kata GO, bukan semuanya NO)
*Mari sama-sama= Tumpukan masa diwaktu kecilnya, dan perhatikan waktu remajanya. Tunjuk dan ajar, jangan halang proses dia belajar*
Dari seorang ayah yg masih belajar,
kredit Mejar Fitri
Esok dan lusa ada pelancaran jersi pasukan berikut:
SABTU
Kelantan
Selangor
Kedah
Terengganu FC
Perak
Melaka United
Sarawak
AHAD
Pahang
Negeri Sembilan
kredit harimau malaya
Senarai Pasukan Liga Super 2019
JDT
Pahang
Selangor
Perak
Terengganu FC
Melaka United
Kedah
Kuala Lumpur
PKNS FC
PKNP FC / Manjung City
FELDA United
MIFA / PJ City FC
Senarai pasukan Liga Perdana 2019
Perlis
N.Sembilan
Kelantan
Sabah
Sarawak
Pulau Pinang
Terengganu FC II
JDT II
UKM FC
UiTM FC
PDRM
Selangor United
31/05/2018
support bola kita tika menang atau kalah..
Sesiapa yg menyokong BN atas keyakinan dia,maka sokonglah...
Sesiapa yg menyokong PAS atas keyakinan dia maka sokonglah...
Sesiapa yg menyokong PH atas keyakinan dia maka sokonglah...
Itulah asas demokrasi...
Jangan kutuk, jangan caci, jangan maki ,jangan fitnah..
raikan perbezaan dan eratkan persaudaraan..
Kawan tetap kawan itu pasti,tapi Lawan tetap lawan hanyalah Sokong politik..
Kita susah kawanlah yg tolong,
kita sakit atau mati kawan jugalah yg datang ziarah kita,
yg sembahyangkan jenazah kita,
Yg hantar kita ke kubur,
talkin kawanlah yg aminkan,
tahlil pun kawan kita,
Yang kita sokong dan menang tak datang pun.. jadi jgn taksub pada calon/parti. *_Eratkanlah ikatan sillaturahim sesama kita._*
BOLA SMLM JDT 2 KELATE 1..BEREH BOH UBI MUDO KITO JADI WALAUPUN ALOH
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Petaling Jaya