09/06/2026
⚽✨ KAWALAN PADU, SKIL MANTAP: HANYA 5 HARI JE LAGI!
Sedar tak sedar, baki masa tinggal 5 hari sahaja lagi sebelum festival bola sepak Go Healthy with Taiwan 2026 bermula! Inilah masanya untuk tunjukkan skil kawalan bola terbaik bersama komuniti tegar sukan tanah air.
Ayuh ajak seluruh rakan sukan untuk turun ke Sportizza Batu 3, Shah Alam pada Ahad, 14 Jun 2026 ini. Sama ada mahu menyertai pelbagai cabaran gelanggang yang interaktif atau sekadar mahu merasai kemeriahan sebuah festival futsal, semuanya ada di sini demi menyokong gaya hidup yang lebih aktif dan sihat.
🚨 Kuota pendaftaran terbuka terhad kepada 200 orang terawal sahaja! Slot kini semakin kritikal dan berbaki sangat sedikit.
📲 Jangan tunggu sehingga saat akhir, segera imbas kod QR pada poster
09/06/2026
'Underdogs' pilihan di Piala Dunia!
Korang setuju tak dengan pilihan min? Kalau ada lagi underdogs pilihan korang boleh kongsi dengan min! 🤔⚽
Jom tunjuk siapa paling power buat prediction! Mana tahu ramalan korang tepat dan bawa pulang RM3,000 CASH + PS5! 🎮💰
PERCUMA je nak join!
Cara penyertaan:
1️⃣ Daftar di www.gainslink.com
2️⃣ Isi Google Form: https://forms.gle/Xsjof9a7cRJXGnVP9
⚠️ Syarat penting:
Alamat e-mel yang digunakan dalam Google Form MESTILAH SAMA (EXACT) dengan e-mel yang didaftarkan dan telah disahkan di Gainslink.
Team Rey
09/06/2026
Berita penting buat semua pemegang tiket dan penyokong! Aksi mega pramusim di Stadium Sultan Ibrahim telah diawalkan ke hari Ahad, 9 Ogos (Jam 8:00 Malam) atas persetujuan bersama kedua-dua kelab.
Bagi yang dah ada tiket, tiket korang kekal SAH untuk tarikh baharu tersebut. Kalau korang tak dapat make it pada tarikh baru ni, korang boleh mohon pulangan wang penuh 100% sebelum 30 Jun 2026.
Baca selanjutnya: https://harimaumalaya.com.my/91463/tarikh-perlawanan-chelsea-menentang-jdt-diawalkan-ke-9-ogos/
09/06/2026
Bahang bola sepak Asia Tenggara kembali menyala! Majlis undian di Jakarta menyaksikan pertembungan sengit bakal berlaku dengan format baharu yang lebih besar—kini melibatkan 16 kelab elit dan pertambahan sehingga 56 perlawanan termasuk peringkat suku akhir!
Saingan bakal bermula September ini sehingga Jun tahun depan. Sejauh mana wakil negara mampu melangkah dalam format baharu yang penuh debaran ini?Sama-sama kita tunggu dan lihat!
Baca: https://harimaumalaya.com.my/91459/shopee-cup-2026-27-buriram-united-sedia-pertahan-mahkota-jdt-kuching-city-sedia-sahut-cabaran/
09/06/2026
Fayadh Zulkifli ✅
Fazrul Daniel ✅
Halim Shaari ✅
Sabah Football Club turut melakukan persediaan awal bagi menghadapi musim hadapan.
Khabarnya akan ada lagi nama nama berkualiti yang akan menyertai mereka.
09/06/2026
Mehmet Durakovic ketua jurulatih baru IFC Corp Mighty Tigers
Pernah menjulang Piala Malaysia sebagai ketua jurulatih Selangor dan Perak sebelum ini, kehadiran beliau membuktikan betapa seriusnya pasukan Imigresen FC untuk musim hadapan.
09/06/2026
FAM tampil memberikan penjelasan rasmi kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia berhubung isu pembentangan penyata kewangan dan bajet yang dibangkitkan ketika Kongres Luar Biasa FAM Pertama 2026.
Menurut FAM, surat rasmi telah dihantar pada 8 Jun 2026 bagi menjelaskan beberapa kekeliruan serta dakwaan yang menimbulkan persepsi bahawa penyata kewangan teraudit dan bajet tahunan tidak dibentangkan mengikut peruntukan ditetapkan.
Sebagai badan induk bola sepak negara, FAM menegaskan komitmennya untuk mematuhi Akta Pembangunan Sukan 1997 serta akan terus memberikan kerjasama penuh kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dalam sebarang perkara yang memerlukan penjelasan lanjut.
* Siaran media ini dikeluarkan pada Selasa, 9 Jun 2026
📸: Football Association of Malaysia