29/10/2021
29 Oktober 2021 -Jumaat
Di kala Endemik ini, kita perlulah kekalkan amalan makan secara sihat bagi mengelakkan berlakunya pertambahan berat badan yang mendadak dan yang lebih membimbangkan adalah meningkatkan risiko PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT seperti darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung.
Kehadiran penyakit kronik akan merendahkan sistem imuniti tubuh untuk memerangi ancaman penyakit.
Hadkan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi santan kerana santan mengandungi asid lemak tepu yang tinggi.
Asid lemak tepu akan meningkatkan jumlah kolesterol dan kolesterol LDL dalam badan jika diambil secara berlebihan.
Pengambilan asid lemak tepu yang berlebihan juga boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan dan obesiti.
JOM TERUSKAN AMALAN PEMAKANAN SIHAT ‼️
27/10/2021
27 Oktober 2021 -Rabu
Baru tahu, rupanya tidak boleh letak ubat gigi!
Ubat gigi jika diletakkan di atas kulit yang melecur boleh menyebabkan haba terperangkap di dalam kulit.
Ini menyebabkan kesan terbakar menjadi lebih teruk.
Tidak cukup dengan itu, kulit boleh dijangkiti kuman dan akan melambatkan proses penyembuhan.
Alirkan dengan air paip ke atas luka selama 20 minit.
Ianya membantu proses penyembuhan dan mengurangkan kesan komplikasi akibat melecur.
20/10/2021
20 Oktober 2021 (Rabu)
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Pesakit yang lambat menerima rawatan akibat strok akan menghadkan pemberian rawatan sesuai dan terbaik untuk mereka.
Walaupun telah berpuluh tahun penyelidikan strok dilakukan dengan kempen dan pendidikan kepada orang awam, kebanyakan pesakit masih tidak mendapatkan rawatan tepat pada waktunya.
Dianggarkan di negara maju, 50% daripada 1.2 juta penghidap strok dan serangan jantung mati di kecemasan atau sebelum sampai ke kecemasan Hospital.
(AHA 2005) Dan ramai juga yang hidup dengan kehilangan upaya yang kekal. Banyak kes kematian dan kehilangan upaya ini boleh dicegah jika rawatan awal diberikan.
Anda tidak pasti samada individu ini ada strok atau tidak? Cuba lakukan perkara ini dengan segera - FAST
F - Fasih Bercakap? - Tidak.
A- Angkat tangan - Tidak bermaya
S - Senyum - Muka terkulai, senyum hanya separuh muka.
T - Jika alami masalah ketiga-tiga ini, telefon 999 atau bawa ke hospital segera.
Ingat, jika anda berhadapan dengan pesakit ini, gunakan FAST dan bertindak segera.
Dan jangan lupa, simpan dan kongsikan infografik ini di group wassap keluarga anda dan kawan-kawan. Anda mungkin dapat selamatkan nyawa seseorang ketika ini.
13/10/2021
13 Oktober 2021 (Rabu)
Makanan Untuk Kesihatan Jantung
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Jantung merupakan organ terpenting manusia. Ia berfungsi mengepam dan mengedar darah serta oksigen ke seluruh anggota badan.
Oleh itu, pemakanan sihat amat penting bagi memelihara kesihatan jantung.
Hadkan makanan yang tinggi kolesterol dan lebihkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Pengambilan kolesterol yang berlebihan boleh menyebabkan salur darah tersumbat dan seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung.
11/10/2021
KAYUHAN SANTAI HARI SUKAN NEGARA 2021 BERSAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PKNS. 11 Oktober 2021 - Bersempena Sambutan Hari Sukan Negara 2021 (HSN) pada 09 Oktober 2021 yang lalu, YAB Dato' Mahmud bin Abbas Ketua Pegawai Eksekutif PKNS telah meluangkan masa untuk meninjau kawasan pemajuan PKNS di Kota Puteri, Batu Arang Selangor melalui kayuhan santai berbasikal bersama 25 orang anggota PKNS yang lain. Kayuhan bermula di Bukit Jelutong dan berakhir di Galeri Jualan Hartanah Kota Puteri menyaksikan kesemua peserta dapat tiba ke destinasi yang ditetapkan dengan jayanya disamping mendapat kata-kata semangat daripada YAB Dato' Mahmud bin Abbas. Menurut beliau, dengan mengadakan program seperti ini sedikit sebanyak dapat menjaga tahap kesihatan diri. Program diteruskan dengan membuat lawatan tapak di rumah contoh Puteri Aira Kota Puteri bersama Ketua Pegawai Teknikal, Pengurus Besar Pembangunan Wilayah Tengah, dan ketua-ketua Bahagian lain yang terlibat dan program berakhir sekitar jam 1.00 Tengahari.
Selamat menyambut Hari Sukan Negara 2021, Keluarga Malaysia!
04/10/2021
4 Oktober 2021 - Makanan bergoreng sedap NAMUN...
Makanan bergoreng memang sedap dan rangup bukan? Akan TETAPI ia sebenarnya mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi dan boleh meningkatkan risiko masalah jantung dan tekanan darah tinggi.
Pilihlah kaedah masakan yang sihat seperti rebus, tumis, sup, kukus dan panggang 😎
04/10/2021
4 Okt 2021 - Akademi PKNS FC telah memulakan latihan selepas Negeri Selangor beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dimana pihak Kementerian Belia & Sukan (KBS) telah membenarkan aktiviti sukan bersentuhan dilaksanakan dengan mematuhi ketat Standard Operating Prosedure (SOP). Latihan yang diadakan pada hari Sabtu petang dan ahad pagi telah mendapat sambutan yang baik di kalangan pelatih setelah sekian lama tidak dapat menjalankan sebarang aktiviti sukan. Semoga kelonggaran yang diberikan oleh pihak yang berkaitan dapat dimanfaatkan oleh pelatih dengan sebaiknya.
-----------------------------------------------------------------
JUALAN UNIT TERHAD :
RUMAH SEMI-D 2 TINGKAT, AZHARA @ ANTARA GAPI.
20% DISKAUN
100% TELAH SIAP & SEDIA DIDUDUKI
90% PINJAMAN ( TERTAKLUK TERMA & SYARAT)
Kemudahan Setempat:
(+) Stesen Komuter Serendah
(+) Sekolah Kebangsaan Antara Gapi
(+) Sekolah Menengah Kebangsaan Serendah
(+) S.M Sains Hulu Selangor
(+) Surau Al-Muttaqin
(+) Laman Gapimas Commercial
(+) Kelab Golf Serendah.
Jaringan Jalanraya :
(+) Jalan Persekutuan Rawang
(+) Laluan Pintas ke Sg Tua Gombak
(+) Lebuhraya Plus
Jika anda berminat terhadap hartanah ini, hubungi PKNS X Homes di talian 03-5022 0188.
Perunding Hartanah PKNS akan bantu anda bagi urusan semakan kelayakan, urusan pinjaman dan dokumentasi pembelian hartanah.
Layari Portal Hartanah PKNS untuk lain-lain hartanah yang menarik di www.pkns-property.com
01/10/2021
1 Oktober 2021 - Tahukah anda cara mengangkat barang dan duduk di kerusi yang betul?
Postur badan memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian dan boleh memberi kesan kepada anda .
Jika tersalah angkat atau tersalah duduk, anda mungkin akan terdedah kepada risiko kecederaan tulang belakang dalam jangka masa yang panjang.
Bentuk atau teknik yang salah semasa mengangkat barang atau semasa duduk di kerusi boleh menyebabkan masalah otot dan masalah sakit belakang yang serius, sakit sendi, dan banyak lagi.
Kecederaan ini boleh mengambil masa sampai berminggu atau berbulan-bulan untuk sembuh seperti sediakala.
Salah satu punca utama sakit belakang adalah kekejangan dan ketegangan pada bahagian belakang badan.
Ini menyumbang kepada kesakitan punggung yang mungkin boleh dialami oleh kebanyakan individu yang menggunakan teknik yang salah semasa mengangkat barang.
“Sprains” dan “strains” sering terjadi disebabkan oleh ligamen yang mengoyak, yang sering berlaku kesan daripada mengangkat objek dengan teknik yang salah atau sesuatu objek yang terlalu berat.
Mengamalkan teknik yang betul sepanjang mengangkat objek boleh mencegah kecederaan, dan membolehkan otot anda bekerja lebih keras untuk meningkatkan kekuatan keseluruhan badan.
Untuk melihat teknik-teknik yang betul, sila Klik pautan di bawah :
https://youtu.be/PANfHXCTaSo
Tips Kesihatan - Biasa Kan Yang Betul, Betul Kan Yang Biasa
Tahukah anda cara mengangkat barang dan duduk di kerusi yang betul?Postur badan memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian dan boleh memberi kesan ke...
29/09/2021
29 September 2021 - Hari Jantung Sedunia.
7 tindakan menjaga jantung anda :
1️⃣ Kawal diabetes
2️⃣ Kawal tekanan darah
3️⃣ Turunkan kolesterol
4️⃣ Makan secara sihat
5️⃣ Turunkan berat badan
6️⃣ Berhenti merokok
7️⃣ Jadi lebih aktif
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
27/09/2021
27 September 2021 - Tips Mencegah Serangan Kerisauan (Anxiety Attack)
Ramai yang mudah mengalami serangan keresahan. Tidak ramai tahu cara mengatasinya. Dibiarkan lama-lama mungkin akan menyebabkan anda menjadi stress dan kemurungan. Kami senaraikan beberapa tips untuk mencegah serangan kerisauan. Jika semakin teruk, dapatkan bantuan dan berjumpa dengan doktor tau.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
24/09/2021
24 September 2021 - Bersenam adalah satu perkara yang memerlukan usaha dan masa. Selain itu, anda juga perlu ada motivasi dan kesungguhan.
Kebanyakan orang akan tergendala hasrat mereka yang ingin melakukan aktiviti senaman kerana dua perkara tersebut. Alasan tidak sempat dan tidak ada masa merupakan yang paling popular sering kita dengar.
Push Up adalah latihan pantas dan berkesan untuk membina kekuatan. Ia boleh dilakukan dari mana sahaja dan tidak memerlukan peralatan.
Melakukan push up setiap hari boleh menjadi berkesan sekiranya anda mencari rutin senaman yang konsisten untuk diikuti. Anda mungkin akan melihat peningkatan kekuatan badan atas jika anda melakukan push up secara berkala.
Untuk melihat senaman push up yang anda boleh lakukan, sila Klik pautan di bawah :
https://youtu.be/FCkmSGQa47Q
Tips Senaman - Push Up
Bersenam adalah satu perkara yang memerlukan usaha dan masa. Selain itu, anda juga perlu ada motivasi dan kesungguhan.Kebanyakan orang akan tergendala hasrat...