12/06/2026
⚡️The Flash ⚡️
Menginjak usia 28 tahun, Rahmat terkenal sebagai pemain sayap yang pantas dan lincah serta mampu bermain di kedua-dua bahagian sayap umpama “The Flash”.
Hantaran lintang yang berkualiti selain bijak mencipta serangan memastikan pemain ini memiliki kelebihan tersendiri.
Teruskan menyerlah Rahmat !!!
Nama Penuh : Mohammad Rahmat Makasuf
Posisi : Sayap
No Jersi : 22
Minit permainan : 1,877 minit
Penampilan kesebelasan utama : 24
Jumlah jaringan : 8
11/06/2026
Captain Marvelous !!!
Memainkan peranan penting selaku pemimpin di atas padang, Aysar dianggap Jeneral yang mengawal rentak permainan, menyusun strategi serta membimbing rakan sepasukan untuk mencapai kemenangan.
Tenang ketika berada dibawah tekanan, pemain yang membuat penampilan pertama bersama skuad utama Johor Darul Ta’zim di Pusingan 16 Piala Malaysia 2023 ini sememangnya menjadi sandaran utama JDT II untuk mengetuai pasukan.
Khidmat anak jati kelahiran Kulai, Johor ini bersama JDT II begitu terserlah apabila sering diturunkan selaku kesebelasan utama mahupun pemain simpanan yang membantu pasukan meraih gelaran kejuaraan Liga A1 Semi-Pro 2025/2026 pada penampilan sulung.
Tahniah Aysar Hadi !!!
Nama Penuh : Ahmad Aysar Hadi bin Mohd Shapri
Posisi : Pertahanan / Tengah
No Jersi : 13
Minit permainan : 1,459 minit
Penampilan kesebelasan utama : 18
Jumlah jaringan : 1
08/06/2026
Statistik penuh Liga A1 Semi-Pro 2025/2026.
31/05/2026
Dirgahayu Tuanku
Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447 Hijrah.
Daulat Tuanku. Sembah Takzim daripada Amateur Football League ( AFL).
30/05/2026
Amateur Football League (AFL) mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak.
29/05/2026
Tahniah Mbarga !!!
Pemain import Kelantan Red Warrior FC , Emmanuel Mbarga menamatkan saingan Liga A1 Semi-Pro 2025/2026 dengan meraih gelaran Anugerah Kasut Emas.
Tahniah juga diucapkam buat penyerang tempatan Selangor FC II, Abdul Rahman Daud, Said Khamis (IFC II) , Celso Bermejo (JDT II) dan Shafizi Iqmal (UM Damansara United) yang memberikan tentangan bagi perebutan gelaran penjaring terbanyak.
26/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha 🌙✨
Amateur Football League (AFL) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua rakyat Malaysia khususnya peminat dan penyokong bola sepak tempatan.
Semoga Aidiladha yang penuh keberkatan ini membawa sinar
kebahagiaan, ukhuwah serta menyemai nilai pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang dalam kehidupan kita semua.