29/09/2024
Alhamdulillah, ke Melaka membawa 13 orang atlet.
Allah beri rezeki :
1. 5 Emas dini, 2 Emas pra remaja, 1 perak pra remaja, 1 gangsa dini.
2. Pesilat Terbaik Pra Remaja Puteri
3. Pasukan Terbaik Kategori Dini(5E,1G)
Bersama Membina!
03/09/2024
Sebahagian besar penerima pingat SILATRA dari SKS9KD sahaja. Alhamdulillah… Allah beri peluang mereka merasai bersaing di pentas daerah. Semoga beroleh manfaat, amin.
30/08/2024
Alhamdulillah, Kejohanan Silat Daerah Petaling Utama telah pun melabuhkan tirainya. Sebanyak 27 buah sekolah telah menyertai dengan 300 orang atlet yang bertanding merebut pingat bagi ketegori-kategori yang dipertandingkan.
Terima kasih PPD Petaling Utama selaku Penganjur Pertandingan, begitu juga buat SK Seksyen 9 Kota Damansara yang bertindak selaku tuan rumah.
Sekalung penghargaan buat Encorp Berhad atas tajaan papan tanda kejohanan yang menaikkan lagi seri pertandingan ini. Nampak seperti kejohanan besar! 😊😊😊😊
Tahniah semua!
04/08/2024
InsyaAllah tak sampai sebulan daripada sekarang. Semoga Allah permudahkan urusan. amin.
04/08/2024
3/4/2024
Dewan Firdausi, SK Seksyen 9 KD
Menerima kunjungan Yang Dipertua Pertubuhan Seni Silat Tapak Setia Suci Warisan Mat Kilau, Cikgu Mohd Alhamadi.
Sempat Cikgu Alhamadi Bin Abu Bakar menurunkan satu dua langkah untuk anak-anak ini. Semoga dapat menaikkan semangat mereka untuk terus bersilat.
04/08/2024
3/8/2024
Dewan Firdausi, SK Seksyen 9 KD
Latihan kali pertama untuk murid-murid yang terpilih ke Kejohanan Silat Daerah.
Sesi 1(pagi) Atlet darjah 1-3
Sesi 2(petang) Atlet darjah 4 ke atas.
Seramai 84 atlet daripada +- 200 anak-anak Tapak Setia Suci telah terpilih ke kejohanan ini.
Lakukan yang terbaik!
04/08/2024
Selamat datang ke halaman Rasmi Silatra!
Membina keperibadian anak muda melalui silat sebagai teras utama. Mencipta sumber manusia berkualiti untuk agama,bangsa dan negara.