PUSJ Football Club

PUSJ Football Club

Share

Coming together is the beginning. Staying together is progress. Working together is success. We Are United!

Photos from PUSJ Football Club's post 06/08/2017

Dah lama abg x online update pasal team PUSJ FC ni. Maaf la abg busy lately. Abg skrg hadiri coaching class A. Ni ha game Sabtu lepas main kt Pdg Plus lwn team Kelab Sukan Great Eastern Ampang. PUSJ FC menang 4-3.

Photos from PUSJ Football Club's post 23/09/2016

Perlawanan bolasepak persahabatan PUSJ F.C menentang Pilihan TV3 malam tadi mencetus kebanggaan seluruh penduduk PUSJ. Tok Penghulu umumkan insentif makan angin ke Danok kepada semua pemain. Keputusan penuh perlawanan PUSJ F.C (2) vs Pilihan TV3 (0).

Photos 23/09/2016

Korang ingat team PUSJ F.C ni team cap ayam ke? Korang tengok la saper yang mencabar kami. PILIHAN TV3 tau!!! Bukan calang-calang team! Yg pasti Nurfarahin Jamsari & Ras Adiba Radzi kompem tak main. Korang datang le tengok sendiri kehebatan team kami beraksi malam ni. Maklumat lengkap ada kat gambar di bawah ni. Abang malas nak cerita panjang lebar. Korang pikir la sendiri.. ok chow dulu..!

Photos from PUSJ Football Club's post 31/08/2016

Apa khabar semua??? Maaf le lama tak update page ni. Abg busy dgn aktiviti sukan bersama celebrity. Ni abg ada masa sikit nak update game siang tadi di Padang PLUS. Kami telah mengeluarkan perbelanjaan yg besar kali ini. Pemain bintang sudah 'menyertai' pasukan kami. Kini kami digelar Sang Cakerawala!!!

Photos from PUSJ Football Club's post 09/11/2015

Sudah agak lama abang tidak mengupdate page ni. Sepi pulak rasanya. Ni ha abang nak bagitau semalam team PUSJ FC ada friendly game lawan BSP White Horse. Keputusan perlawanan biarlah rahsia. Abang bukan tak nak bagitau, tapi abang takut nanti abang kena remove dari jadi Admin page. Abang redha... Huhuhu...

Mobile uploads 22/09/2015

🔊🔊Kepada para peminat ⚽ sekalian!!!! Kami akan kembali beraksi lagi!!! Saksikan aksi hebat kami di Padang SIRIM Shah Alam 27/9/2015 (Ahad) jam 5 petang. Kami janjikan aksi-aksi yang memukau. Jangan ditanya siapa lawan kami. Kami lawan selagi ada hayat dikandung badan. Fight till last blood!!!

Photos from PUSJ Football Club's post 15/09/2015

Perlawanan menentang Arsenal MY FC malam semalam memang menghiburkan. Kami diserang bertubi-tubi. Entah dari mana datangnya semangat kami untuk melawan. Kami bagaikan telah disuap dengan air ketum berkarbonate. Berlari ke sana & ke sini. Seluruh pelusuk padang kami berlari. Peningkatan yang hebat telah kami tunjukkan. Sembang banyak tak mau..moh le lawan kami!!!!

Mobile uploads 15/09/2015

Kami sudah bersedia!!! Malam ini akan menyaksikan bintang-bintang ternama beraksi tanpa kenal erti penat & jemu. Kami akan berlari non stop..terus berlari dan berlari walaupun entah ke mana bola pergi. Menang matlamat kami. Kalah sudah sebati..

Mobile uploads 14/09/2015

Kami dikejutkan dengan berita yang baru diterima ini. Pasukan bolasepak legenda Malaysia mengajak kami untuk bertarung??? Alamak!!! Kami ni level semi pro pun tak lepas lagi bang.. kami sedar pasukan kami telah popular dibibir awek-awek & abang-abang sado di luar sana. Kami sedia hadap siapa sahaja.

Mobile uploads 09/09/2015

Mereka melakukan persediaan yang rapi untuk menentang kami. Kehebatan pemain kami telah dikesan oleh mereka. Pemain kami 'dirembat' masuk ke dalam pasukan mereka. Tidak mengapa. Kami akan berjuang habis-habisan!!!

23/08/2015

Kami mencari pasukan bolasepak yang sudi untuk mengadakan perlawanan persahabatan pada 15/9/2015 jam 10mlm di Stadium Panasonic Shah Alam. Padang dan pengadil sudah ditempah. Bayaran satu pasukan RM650.00.

Photos from PUSJ Football Club's post 17/08/2015

Perlawanan pemanas badan selepas Ramadhan & Aidilfitri kami semalam bertemu dengan pasukan bolasepak Puchong Utama. Dua bulan tidak beraksi dipentas perlawanan kompetetif sedikit sebanyak menjejaskan prestasi kami. Tewas namun bermaruah. Kami perlukan pemain import dengan segera. Roberto Baggio berminat untuk sertai kami. Proses perbincangan sedang rancak dijalankan.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Petaling Jaya