Persatuan Bolasepak Perumahan Kastam Kuala Lumpur

Persatuan Bolasepak Perumahan Kastam Kuala Lumpur

Share

Persatuan Bola Sepak Perumahan Kastam Kuala Lumpur atau dikenali sebagai PKKL Fc.

26/05/2026

🌙✨ Salam Aidiladha 2026 ✨🌙

Di hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama menghayati erti sebenar pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan. Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima Allah SWT dan membawa keberkatan, kebahagiaan serta rezeki yang melimpah buat kita semua. 🤍

Semoga Aidiladha kali ini mengeratkan lagi silaturahim bersama keluarga, sahabat dan insan tersayang.

Selamat Hari Raya Aidiladha 2026
Taqabbalallahu Minna Wa Minkum 🤲

Ikhlas daripada,
✨ Persatuan Bolasepak Perumahan Kastam Kuala Lumpur ✨

Photos from Persatuan Bolasepak Perumahan Kastam Kuala Lumpur's post 20/05/2026

[GRASSROOT LEAGUE]
Skuad PKKL bawah 16 Tahun kini dalam saingan GrassRoot League berlangsung di Padang KSS, Kg Baru yang telah bermula pertengahan bulan April.

Perlawanan ketiga telah berlangsung pada 16 Mei 2026 bertemu pasukan Bukit Jalil Fc.

📸 ad.photography


Photos from Persatuan Bolasepak Perumahan Kastam Kuala Lumpur's post 11/05/2026

[GRASSROOT LEAGUE]
Skuad PKKL bawah 16 Tahun kini dalam saingan GrassRoot League berlangsung di Padang KSS, Kg Baru yang telah bermula pertengahan bulan April.

Perlawanan kedua telah berlangsung pada 9 Mei 2026 bertemu pasukan Tenaga Juara Fc. Perlawanan seterusnya akan bertemu Bukit Jalil Fc pada 16 Mei 2026.

📸 ad.photography


12/03/2026

Assalanualaikum dan Salam Ramadan

Mohon sama² kita doakan agar dipermudahkan urusan rawatan Muhammad Noah Nazmi agar diberi kesembuhan dan diberi ketenangan hatinya serta melindungi Noah daripada segala kesakitan serta kompiklasi.

Ya Allah, jadikanlah rawatan transplant ini sebagai jalan kesembuhan buat Muhammad Noah Nazmi. Hilangkanlah setiap penyakit dalam tubuhnya dan gantikanlah dengan kesihatan yang berpanjangan.

Insha Allah, aminn🤲


18/02/2026

[SALAN RAMADHAN 2026]

Bulan memohon keampunan, mengamalkan kesabaran dan menyebarkan kebaikan.
Semoga doa dimakbulkan, puasa diterima dan hati dipenuhi dengan ketenangan

Selamat berpuasa kepada semua.


Photos from Persatuan Bolasepak Perumahan Kastam Kuala Lumpur's post 17/02/2026

[AKADEMI PKKL]

Penglibatan Akademi PKKL dalam OFL Grassroot League Season 1 2026 (2026). Antara keputusan-keputusan perlawanan yang telah berlangsung bermula dari bulan Januari 2026.

Tahniah diucapkan. 🙌



09/01/2026

[LIGA PBKL 2026]

Sesi Pemilihan Pemain Bola Sepak Bawah 18 Tahun akan diadakan pada 17 Januari 2026 (Sabtu) yang bertempat di Padang Perumahan Kastam Kuala Lumpur, Kelana Jaya bagi mengharungi Saingan Liga Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (PBKL) yang dijangka akan bermula tidak lama lagi.

Para Pemain yang berumur di bawah 18 tahun dijemput hadir bagi memeriahkan lagi sesi pemilihan yang akan diadakan pada tetapan tersebut di atas.



16/12/2025

[LIGA ELCLASICO 2025]

Setelah mengharungi 10 perlawanan selama beberapa bulan Tahun 2025, PKKL Fc dinobatkan sebagai juara Liga ElClasico 2025 yang bertapak di beberapa kawasan di sekitar Petaling Jaya.

Liga yang telah berlangsung ini adalah platform bagi persediaan pasukan PKKL Fc dapat mengharungi perlawanan liga yang lebih besar di masa akan datang.

Tahniah diucapkan..!!




30/08/2025
Photos from Persatuan Bolasepak Perumahan Kastam Kuala Lumpur's post 18/08/2025

Karnival Sukan Antara Blok Piala Penghulu diteruskan lagi bagi Bulan Ogos dengan slogan 1 Bulan 1 Sukan di mana sukan ping pong dan dam haji p**a dijalankan dalam bulan ini. Antara kategori yang dipertandingkan adalah seperti kanak-kanak bawah 16 tahun dan terbuka bagi sukan pingpong serta kategori terbuka untuk sukan dam haji.

Antara aksi-aksi yang sempat dirakam sepanjang sukan ping pong dan dam haji yang telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 15 Ogos hingga 17 Ogos 2025 di Dewan Seri Kenangan, Perumahan Kastam KL.

Seterusnya sukan bola sepak dan sepakan penalti akan di adakan pada bulan November.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG..!!!





Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Padang Perumahan Kastam Kuala Lumpur, Kelana Jaya
Petaling Jaya
47301