15/04/2026
๐ SENARAI PEMENANG CABARAN CHEF MET 2026 ๐
Tahniah kepada semua pemenang yang telah mempamerkan kreativiti, rasa dan sentuhan menu sihat yang luar biasa! ๐โจ
๐ฅ Juara: Sakura Ohana
๐ฅ Naib Juara: Cirrus Santรฉ
๐ฅ Tempat Ketiga: Sanji
๐
Saguhati: Chef Labu Labi, Hahasyi, Iklim Girls & Foodie Buddy
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, urus setia dan penyokong yang sama-sama memeriahkan cabaran ini. Tanpa anda, pentas ini tidak akan semeriah ini!
15/04/2026
Selesai sudah pertempuran kulinari paling sihat tahun ini! ๐ฅ๐ฅ
Dari dapur ke pentas, Cabaran Chef MET 2026 benar-benar mencuri perhatian! Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Ketua Pengarah MET Malaysia merangkap Presiden KKSMM, dengan barisan juri hebat yang menilai setiap hidangan penuh kreativiti dan nutrisi.
Tahniah kepada 7 kumpulan yang terdiri daripada ahli KKSMM/Puspanita yang telah menyahut cabaran pada 13 April lalu!
Dari hidangan utama yang berkhasiat hingga pencuci mulut, semuanya nampak menyelerakan dan inovatif๐ Bukan sekadar memasak tetapi semangat berpasukan, gaya chef profesional dan aura kompetitif yang sihat jelas terserlah๐ฉ๐ปโ๐ณ๐จ๐ปโ๐ณโจ
14/04/2026
๐ฅโจ Alhamdulillah, Ceramah Pemakanan Sihat: Menu Seimbang & Mudah berserta demonstrasi menyediakan menu sihat telah berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan.
Terima kasih kepada semua yang hadir ๐ Semoga perkongsian yang diberikan memberi manfaat dan meningkatkan kesedaran tentang gaya hidup sihat.
Semoga kita lebih bersemangat untuk mengamalkan pemakanan sihat selepas ini ๐
09/04/2026
๐ฅ Ceramah Pemakanan Sihat: Menu Seimbang & Mudah
Nak tahu cara sediakan menu sihat yang mudah dan seimbang untuk diamalkan setiap hari? Jom sertai ceramah menarik ini!
๐
13 April 2026 (Isnin)
โฐ 11.30 pagi
๐ Auditorium MET Malaysia
๐ค Penceramah:
Encik Mohd Syafiq bin Zulkarnain
Pegawai Sains, Jabatan Kimia Malaysia & Food Influencer Menu Sihat
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tip pemakanan sihat & gaya hidup sihat yang praktikal!
Jumpa anda di sana! โจ
31/03/2026
๐ Saguhati Kecemerlangan Akademik SPM 2025
Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam Peperiksaan SPM 2025! ๐โจ
Kelab Kebajikan dan Sukan Meteorologi Malaysia (KKSMM) dengan sukacitanya menjemput ahli KKSMM yang mempunyai anak yang memperoleh keputusan 7A dan ke atas untuk membuat tuntutan Saguhati Kecemerlangan Akademik.
๐ Ahli KKSMM layak menuntut dengan mengemukakan kepada wakil Biro Sosial & Kebajikan:
๐ Salinan keputusan rasmi SPM 2025
๐ฆ Maklumat lengkap akaun bank
Sekali lagi tahniah kepada semua pelajar atas kejayaan yang membanggakan! ๐
Semoga terus cemerlang pada masa hadapan.
18/03/2026
๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ค๐-๐๐ | ๐๐ฎ๐๐ฅ๐ข ๐๐ฆ๐๐ฌ
Alhamdulillah Mesyuarat Agung Tahunan KKSMM ke-50 telah berlangsung dengan lancar. Tahun ini amat bermakna kerana kita meraikan Jubli Emas KKSMM, menandakan perjalanan 50 tahun kelab ini bersama warga MET Malaysia.
Terima kasih kepada semua ahli yang hadir serta terus memberi sokongan dan komitmen kepada kelab. Semoga KKSMM terus aktif menganjurkan pelbagai program kebajikan, kesukanan dan aktiviti yang memberi manfaat kepada semua ahli.
Diharapkan semua ahli akan terus memberikan sokongan dan bersama-sama memeriahkan program yang akan datang.
09/02/2026
Sekitar Senamrobik KKSMM di perkarangan Pejabat MET Malaysia
6 Februari 2026
Momen Senamrobik KKSMM 2026
Macam-macam gaya keluar, gelak ada, yang bersilat pun ada.
Walaupun hujan lebat turun, senamrobik tetap diteruskan dengan penuh semangat.
Peluh dapat, badan pun jadi sihat.
Yang penting semua sihat dan gembira bersama-sama
๐ธ Kredit gambar: Iman Ridzuan ( PIN )
21/01/2026
๐๐Warga MET Malaysia dijemput hadir memeriahkan aktiviti Senamrobik Tahun 2026 seperti ketetapan yang tertera di poster.
Jom sama-sama kekal aktif, sihat dan cergas!
Semua dijemput hadir๐ข๐ข๐ข
20/01/2026
PERLAWANAN PERSAHABATAN BADMINTON BEREGU WANITA DI ANTARA MET MALAYSIA DAN JABATAN KIMIA
Hari: Jumaat
Tarikh: 16 Januari 2026
Masa: 5 petang
Tempat: Auditorium Tingkat 8, MET Malaysia
Anjuran Biro Sukan KKSMM dengan kerjasama Biro Sukan & Rekreasi PUSPANITA MET .
Perlawanan melibatkan MET Malaysia dan Jabatan Kimia berakhir dengan keputusan MET 1 โ Jabatan Kimia 4.
Terima kasih atas semangat kesukanan dan kerjasama semua yang terlibat.
19/01/2026
๐ข HEBAHAN KKSMM 2026
Sumbangan & Saguhati KKSMM bagi tahun 2026 kini dibuka kepada ahli berdaftar KKSMM.
Antara sumbangan yang ditawarkan:
๐ Perkahwinan
๐ถ Kelahiran Anak
๐ Kecemerlangan Akademik (SPM)
๐ฅ Rawatan di Hospital
๐ฉบ Subsidi Pemeriksaan Kesihatan
๐๏ธ Kematian Ahli
Ahli yang layak dimohon mengemukakan tuntutan berserta dokumen lengkap kepada Biro Sosial & Kebajikan KKSMM.
๐ Tertakluk kepada terma dan syarat.