22/05/2026
Follow now for race update!
Bismillah.
Round 2 kami sampai.
Terima kasih yang dah like page baru kami.
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Fivezeroacademy, Sports Team, Petaling Jaya.
22/05/2026
Follow now for race update!
Bismillah.
Round 2 kami sampai.
Terima kasih yang dah like page baru kami.
Terima kasih,
Fighting Estremo Pitsbike Yamaha Fvzr Team💪🏻
27/04/2026
🦾
Tq for this story
26/04/2026
SIARAN MEDIA
AFIF AMRAN GALAS DUA PERANAN, SEDIA PERTAHAN GELARAN & BANGUNKAN BAKAT BAHARU CUB PRIX 2026
Penyandang juara keseluruhan CP150 musim lalu, Ahmad Afif Amran kembali ke saingan Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysia Cub Prix musim 2026 dengan misi yang lebih besar apabila bukan sahaja beraksi sebagai pelumba utama, malah turut melangkah ke fasa baharu sebagai pemilik pasukan.
Afif kekal bersama Petronas Sprinta Yamaha CKJ Racing dalam kategori CP150, dengan sasaran jelas untuk mempertahankan kejuaraan dan memburu gelaran keseluruhan kelima dalam kariernya. Walaupun kini memiliki pasukan sendiri, Afif menegaskan fokus dan komitmennya sebagai pelumba tidak akan terjejas, malah akan terus memberikan saingan sengit di litar.
Dalam masa sama, Afif memperkenalkan pasukannya sendiri, Estremo Pitsbike Yamaha FiveZero Racing yang akan membuat penampilan sulung dalam kelas Wira KBS. Pasukan ini mendapat sokongan padu daripada Estremo, jenama pelincir (lubricant), Pitsbike, jenama alat ganti motor dari Filipina, serta Yamaha Motor sebagai penaja utama.
Mengulas mengenai penubuhan pasukan tersebut, Afif menyifatkannya sebagai satu langkah penting dalam menyumbang kepada pembangunan bakat baharu dalam arena Cub Prix tempatan.
“Pasukan ini adalah platform untuk melahirkan pelumba muda. Saya mahu mereka berkembang dan bersaing secara kompetitif pada masa akan datang,” kata Afif.
Dua pelumba muda yang akan membawa cabaran pasukan ini ialah Adam Danial dan Muhammad Alif, kedua-duanya berusia bawah 17 tahun. Afif berharap mereka dapat memberikan persembahan terbaik di litar sepanjang musim ini, namun pada masa sama menegaskan kepentingan pendidikan agar tidak diabaikan.
“Saya harap mereka bukan sahaja berjaya di litar, tetapi juga seimbang dari segi pelajaran,” tambahnya lagi.
Afif turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja yang terus memberikan kepercayaan dan sokongan bagi musim 2026, khususnya dalam merealisasikan penubuhan pasukan baharunya.
Hari ini merupakan hari perlumbaan, dan Afif menyeru seluruh peminat sukan permotoran tanah air untuk terus memberikan sokongan kepada beliau serta pasukannya dalam mengharungi cabaran musim ini.
— TAMAT —
24/04/2026
Jadual race!
24/04/2026
Race onz!
Minggu race mode ON!! 🏁🔥
24/04/2026
22/04/2026
Thank you for this story,
Jumpa kami di paddock Tangkak Jumaat ini, untuk sesi suai kenal team🥰
CUB Prix: Afif Kini Bergelar Pemilik Pasukan, Idam Pertahan Kejuaraan!
Penyandang juara keseluruhan CP150 musim lalu, Ahmad Afif Amran tiba ke saingan Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysia Cub Prix 2026 dengan menggalas dua misi berbeza.
Selain bergelar pelumba kepada pasukan Petronas Sprinta Yamaha CKJ Racing, Afif pada musim ini turut berstatus pemilik pasukan dengan pasukannya, Estremo Pitsbike Yamaha FiveZero Racing akan membuat penampilan sulung dalam kelas Wira KBS.
Sebagai pelumba, Afif yang juga pemenang 4 kali gelaran keseluruhan CP150 berkata sasarannya pada musim ini adalah menjulang gelaran ke-5.
Dan bersama pasukan miliknya, sasarannya adalah melihat ia berkembang bersama dua pelumba muda sekali gus melahirkan generasi baharu dalam arena Cub Prix Malaysia.
Laporan penuh menyusul di MotoDotMy
22/04/2026
Thank You for this story,
Jumaat ini akan diadakan official launch team di Paddock kami,
Jumpa di Tangkak gaiz✊🏻
AFIF AMRAN BINA LEGASI BAHARU BERSAMA FIVEZERO RIDERS ACADEMY
Selepas mencipta nama sebagai antara pelumba terbaik dalam arena PETRONAS Malaysian Cub Prix Championship, Ahmad Afiff Amran kini melangkah ke fasa baharu dalam kariernya apabila menubuhkan Fivezero Riders Academy sebagai platform melahirkan generasi pelumba muda masa depan.
Afiff yang dikenali dengan rekod cemerlang serta pelbagai kejayaan di pentas Cub Prix tempatan tidak mahu pencapaiannya terhenti setakat di litar sahaja. Sebaliknya, beliau mahu pengalaman bertahun-tahun sebagai pelumba profesional dimanfaatkan untuk membimbing bakat-bakat baharu agar mampu mengikut jejak langkahnya menjadi juara.
Bagi musim ini, menyaksikan debut rasmi Fivezero Racing Team dalam PETRONAS Malaysian Cub Prix Championship menerusi kategori Wira, dengan mempertaruhkan jentera Yamaha. Penyertaan sulung ini dianggap sebagai langkah besar dalam membina asas pasukan yang kukuh untuk jangka masa panjang.
Menurut pemerhati sukan permotoran tempatan, kehadiran Afiff sebagai pengasas dan mentor memberi kelebihan besar kepada pasukan kerana para pelumba muda bukan sahaja mendapat latihan teknikal, malah dididik dari sudut disiplin, mentaliti juara dan pengalaman sebenar dunia perlumbaan.
Fivezero Riders Academy bukan sekadar pasukan biasa, tetapi simbol kesinambungan legasi seorang juara yang mahu melihat lebih ramai anak muda Malaysia menyerlah di litar. Dengan semangat, ilmu serta bimbingan Afiff Amran, tidak mustahil pasukan ini bakal melahirkan juara-juara baharu dalam masa terdekat.
Musim pertama mungkin permulaan, namun visi yang dibawa cukup besar iaitu membina masa depan perlumbaan negara daripada akar umbi.
Teruskan bersama Two Wheels..!!!
03/04/2026
Cant wait for 2026 season ✊🏻