18/10/2023
|14 OKTOBER 2023,SABTU|
KEJOHANAN BOLA TAMPAR WANITA VOLLEYTHON TERBUKA SEGAMAT 2023
Tahniah dan syabas kepada pegawai dan pelajar Politeknik Port Dickson, WAN ZILLIANI BINTI WAN ISMAIL(COACH), NURINA BATRISYIA BINTI MOHD AZALAN (DAT), SITI NADZRIAH BINTI DZABUR (DPR), NUR HALIDA BINTI RAZALI (DPR) & NURUL NAJWA BINTI NOOR AZMAN (DSK) yang mewakili Team Politeknik Malaysia dalam Kejohanan Bola Tampar Wanita Volleython Terbuka Segamat 2023 dan berjaya mendapat tempat ketiga.
11/10/2023
|3 OKTOBER 2023, SELASA|
MAJLIS HARI PERPISAHAN STAFF JSKK POLIPD
Majlis perpisahan staf JSKK yang diadakan bagi meraikan semua bekas staf JSKK seramai 3 orang yang telah berpindah ke tempat kerja yang baru dan 1 orang pegawai menyambung pengajian. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh KJ JSKK, En. Mohd Nahar Bin Ahmad dan Timb. Pengarah Sokongan Akademik, En. Razali Bin Bakri diikuti dengan ucapan dari semua pegawai yang diraikan iaitu Dr. Yusni Mohamad Yusak (mantan KJ JSKK), Pn Jamaliah Ahmad (mantan KU KOKO), En Alex Yong Soon Hang (mantan KU SUKAN) & Pn Siti Rahayu Ab Razak (mantan KU KEBUDAYAAN).
11/10/2023
|1 OKTOBER 2023, AHAD|
VARSITY VOLLEYBALL CHAMPIONSHIP 2023 DI TAR UMT KL
Tahniah dan syabas kepada pelajar Politeknik Port Dickson, Mohamad Nur Ariff Bin Zainor Azmi (DEG) & Luqmalul Hakim Bin Zahari (DKA) yang mewakili Team Politeknik Malaysia dalam Volleyball Championship 2023 dan berjaya mendapat 3rd Runner Up dalam pertandingan tersebut.
(Sumber: https://www.facebook.com/mspoliteknik/posts/pfbid0we5LtZJ7uYWzJmDaX9jeXG88PcoRo9Rt67Kf8zihQTw9Chw1jVcA3pC3beDzK1DGl )
26/09/2023
Tahniah dan syabas kepada pelajar Politeknik Port Dickson, Ain Aisyah Binti Hasnul Hanizamri dari jurusan Diploma Kejuruteraan Awam (DKA) yang mewakili Varsity Malaysia ke International Makassar Open 2023.
(Sumber: https://www.facebook.com/mspoliteknik )
26/09/2023
|24 SEPTEMBER 2023, AHAD|
ANUGERAH STAF MUDA (PA) LELAKI TERBAIK BERSEMPENA MAJLIS PENTAULIAHAN PISPA POLITEKNIK MALAYSIA 2023
Tahniah diucapkan kepada SM (PA) Mohamad Ikmal Alif Bin Sulaiman di atas penerimaan Anugerah Staf Muda Pertahanan Awam Terbaik Lelaki bersempena Majlis Pentauliahan PISPA Politeknik Malaysia 2023. Anugerah telah disampaikan oleh YAS KPj. (PA) Datuk Aminurrahim Bin Mohammed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas selesai sesi penyerahan sijil kepada semua pelajar yang ditauliahkan. Mohamad Ikmal Bin Sulaiman merupakan pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Hijau) (DEG) Semester 6 dan sedang menjalani Latihan Industri. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada saudara Mohamad Ikmal atas penganugerahan dan prestasi cemerlang yang ditunjukkan.
(Sumber gambar: Uidm PMJ)
25/09/2023
|24 SEPTEMBER 2023, AHAD|
MAJLIS PENTAULIAHAN PASUKAN INSTITUSI PERTAHANAN AWAM (PISPA) POLITEKNIK MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023
Majlis Pentauliahan Staf Muda (PA) Politeknik Malaysia 2023 bertempat di Dewan Permata Marjan, Politeknik Mersing dengan dihadiri sebanyak 14 politeknik termasuk Politeknik Port Dickson. Seramai 12 orang pelajar PISPA PPD yang ditauliahkan dalam majlis tersebut terdiri daripada pelajar Semester 5 & 6. Tahniah diucapkan kepada semua penerima.
(Sumber gambar: Persendirian & Uidm PMJ)
18/09/2023
|17 SEPTEMBER 2023, AHAD|
KURSUS METODOLOGI PISPA DI PULAPAT JENGKA
Kursus Metodologi Latihan di Pusat Latihan Pertahanan Awam (PULAPA) Wilayah Timur, Jengka, Pahang pada 18 hingga 22 September 2023. Disertai 13 anggota PISPA PoliPD semester 2 & 3.
15/09/2023
|06 SEPTEMBER 2023, RABU|
TEAM JSKK @ MAJLIS KONVOKESYEN POLIPD KE-30
Telah berlangsung selama dua hari Majlis Konvokesyen PoliPD yang ke-30 di Dewan Wawasan PoliPD bermula dari 05-06 SEPTEMBER 2023. Team JSKK PoliPD telah diberikan tugasan sebagai LO VVIP & Unit Kebudayaan JSKK diamanahkan untuk menguruskan persembahan serta perarakan VVIP. Persembahan terbahagi kepada dua iaitu pasukan koir dan live band. Keseluruhan team perarakan dan persembahan terdiri daripada staf & pelajar PoliPD. Tahniah pada team JSKK atas komitmen yang diberikan dalam menjayakan majlis konvokesyen ini. Tahniah juga diucapkan kepada semua graduan.