JSKK Politeknik Port Dickson

JSKK Politeknik Port Dickson

Share

Fungsi utama JSKK PPD adalah menyelaras dan mengendalikan semua program sukan dan program kebudayaan

Photos from JSKK Politeknik Port Dickson's post 20/08/2026

๐‚๐„๐‘๐€๐Œ๐€๐‡ ๐Š๐„๐๐„๐†๐€๐‘๐€๐€๐ ๐๐‹๐Š๐ ๐Ÿ‘.๐ŸŽ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐’๐„๐Œ๐€๐๐†๐€๐“ ๐๐€๐“๐‘๐ˆ๐Ž๐“๐ˆ๐’๐Œ๐„ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐ƒ๐ˆ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐๐‘๐„๐Œ๐ˆ๐„๐‘ ๐๐Ž๐‘๐“ ๐ƒ๐ˆ๐‚๐Š๐’๐Ž๐

PORT DICKSON, 19 Ogos 2026 โ€“ Politeknik Premier Port Dickson (POLIPD) telah menganjurkan Ceramah Kenegaraan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bertempat di Dewan Wawasan, Politeknik Premier Port Dickson.

Program tersebut melibatkan seramai 600 orang pelajar PLKN 3.0 Fasa 2B yang sedang mengikuti kursus Unit Beruniform di POLIPD. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Najib Aliff bin Rosli, Ketua Seksyen Latihan, Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Sembilan.

Ceramah ini bertujuan meningkatkan kesedaran, penghayatan serta semangat patriotisme dalam kalangan pelajar, di samping memperkukuh kefahaman terhadap Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan, sejarah negara serta tanggungjawab generasi muda dalam mempertahankan kedaulatan dan keharmonian Malaysia.

Pengisian tersebut juga selaras dengan matlamat PLKN 3.0 dalam membentuk generasi muda yang berdisiplin, berjati diri, mempunyai semangat cintakan negara serta bersedia menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Melalui program seperti ini, para pelajar bukan sahaja didedahkan kepada aspek kenegaraan dan patriotisme, malah turut dipupuk dengan nilai perpaduan, sahsiah unggul serta kesedaran terhadap peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara.

Diharapkan pengisian yang dilaksanakan dapat melahirkan generasi muda yang berilmu, berkemahiran, berjiwa patriotik dan berintegriti, sekali gus menjadi aset penting negara dalam memastikan Malaysia terus kekal aman, bersatu, berdaulat dan maju pada masa hadapan.







19/08/2026

๐Ÿ๐Ÿ ๐€๐“๐‹๐„๐“ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐๐‘๐„๐Œ๐ˆ๐„๐‘ ๐๐Ž๐‘๐“ ๐ƒ๐ˆ๐‚๐Š๐’๐Ž๐ ๐“๐„๐‘๐๐ˆ๐‹๐ˆ๐‡ ๐Š๐„ ๐’๐”๐Š๐Œ๐€ ๐—๐—๐ˆ๐ˆ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 12 atlet Politeknik Premier Port Dickson (POLIPD) yang telah terpilih untuk mewakili Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan dalam pelbagai acara sukan sempena Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.

Pemilihan ini membuktikan keupayaan dan potensi luar biasa atlet-atlet POLIPD dalam mengimbangi kecemerlangan akademik serta pencapaian di peringkat sukan berprestasi tinggi.

Semoga semua atlet terus memberikan aksi terbaik, menjunjung semangat kesukanan dan mengharumkan nama Politeknik Premier Port Dickson di pentas SUKMA.

SELAMAT BERJUANG, WIRA DAN WIRAWATI POLIPD!







Photos from JSKK Politeknik Port Dickson's post 12/08/2026

๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐“๐€๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐๐‘๐„๐Œ๐ˆ๐„๐‘ ๐๐Ž๐‘๐“ ๐ƒ๐ˆ๐‚๐Š๐’๐Ž๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐…๐„๐’๐“๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐Š๐„๐๐”๐ƒ๐€๐˜๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐–๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ๐Ÿ‘ (๐…๐„๐’๐Š๐„๐– ๐Š๐„-๐Ÿ๐Ÿ‘) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

MERSING, 7 Ogos 2026 โ€“ Politeknik Premier Port Dickson (POLIPD) telah menyertai Festival Kebudayaan dan Warisan Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia Kali Ke-13 Tahun 2026 (FESKEW Ke-13) yang berlangsung dari 7 hingga 10 Ogos 2026 di Politeknik Mersing Johor.

Penyertaan POLIPD dalam festival kebudayaan peringkat kebangsaan ini melibatkan pelajar yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Tarian Rampai Tradisional, Pertandingan Layang-Layang dan Pertandingan Arca Pasir, sekali gus memberi ruang kepada pelajar untuk menyerlahkan bakat, kreativiti dan kebolehan dalam bidang seni, kebudayaan serta warisan.

FESKEW Ke-13 dianjurkan sebagai platform untuk memperkasa bakat dan kreativiti pelajar menerusi elemen seni tari, seni halus dan seni kreatif, di samping memupuk penghargaan terhadap khazanah budaya dan warisan negara dalam kalangan generasi muda.

Penglibatan pelajar POLIPD dalam festival ini turut memberikan pengalaman bermakna dalam membina keyakinan diri, kreativiti, kerja berpasukan, disiplin dan kemahiran kepimpinan, selaras dengan usaha Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) untuk memperkukuh pembangunan pelajar secara holistik.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta POLIPD yang telah membawa nama institusi ke pentas FESKEW Ke-13. Semoga penyertaan ini terus menyemarakkan kecintaan terhadap seni, budaya dan warisan serta melahirkan generasi pelajar yang kreatif, berdaya saing dan beridentiti.







Photos from JSKK Politeknik Port Dickson's post 06/08/2026

๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐“๐€๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐๐‘๐„๐Œ๐ˆ๐„๐‘ ๐๐Ž๐‘๐“ ๐ƒ๐ˆ๐‚๐Š๐’๐Ž๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐„๐Œ๐๐€๐‘๐€ ๐ˆ๐๐’๐๐ˆ๐‘๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐‹๐ˆ๐€ ๐€๐Š๐€๐‘ ๐”๐Œ๐๐ˆ (๐Š๐ˆ๐๐€๐‘) ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

PORT DICKSON, 31 Julai 2026 โ€“ Pelajar Politeknik Premier Port Dickson (POLIPD) telah menyertai Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Sembilan 2026 yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Pasir Panjang, Port Dickson.

Program ini telah diserikan dengan kehadiran YAB Dato' Seri Utama Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, yang menyampaikan amanat kepada golongan belia agar terus memainkan peranan sebagai pemacu pembangunan negara melalui semangat perpaduan, kepimpinan, integriti dan penglibatan aktif dalam pembangunan masyarakat.

Turut berlangsung ialah sesi dialog bersama YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan, yang memberi peluang kepada golongan belia untuk berkongsi pandangan, menyuarakan aspirasi serta membincangkan pelbagai isu berkaitan pembangunan belia dan masa depan negara.

Sepanjang program, para pelajar turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti pengisian termasuk khidmat komuniti kesukarelawanan belia, Jejak Prihatin, promosi belia berpersatuan oleh Rakan Orang Muda (ROY), Jualan Rahmah MADANI, penukaran minyak enjin motosikal serta pelbagai pameran dan perkhidmatan daripada agensi kerajaan.

Turut hadir memeriahkan program ialah Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), serta Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.

Penyertaan pelajar dalam program ini mencerminkan komitmen Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK), Politeknik Premier Port Dickson dalam memperkasa pembangunan pelajar secara holistik melalui penglibatan aktif dalam program pembangunan belia di peringkat negeri. Pengalaman yang diperoleh diharap dapat memupuk semangat patriotisme, kepimpinan, kesukarelawanan, jati diri serta melahirkan belia yang progresif, berdaya saing dan bersedia menyumbang kepada pembangunan negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar Politeknik Premier Port Dickson yang telah menyertai Program KIBAR 2026 serta menjadi duta kecil institusi dalam menyemarakkan agenda pembangunan belia negara.







Photos from JSKK Politeknik Port Dickson's post 06/08/2026

๐™‹๐™€๐™‰๐™”๐™€๐™๐™๐˜ผ๐˜ผ๐™‰ ๐™‹๐™€๐™‡๐˜ผ๐™…๐˜ผ๐™ ๐™‹๐™Š๐™‡๐™„๐™๐™€๐™†๐™‰๐™„๐™† ๐™‹๐™๐™€๐™ˆ๐™„๐™€๐™ ๐™‹๐™Š๐™๐™ ๐˜ฟ๐™„๐˜พ๐™†๐™Ž๐™Š๐™‰ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‡๐˜ผ๐™ˆ ๐™‹๐™๐™Š๐™‚๐™๐˜ผ๐™ˆ ๐™…๐™€๐™‡๐˜ผ๐™…๐˜ผ๐™ƒ ๐™๐˜ผ๐™†๐˜ผ๐™‰ ๐™ˆ๐™๐˜ฟ๐˜ผ @ ๐™‰๐™€๐™‚๐™€๐™๐™„ ๐™Ž๐™€๐™ˆ๐˜ฝ๐™„๐™‡๐˜ผ๐™‰ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

PAROI, 22 Julai 2026 โ€“ Seramai 40 orang pelajar Politeknik Premier Port Dickson (POLIPD) telah menyertai Program Jelajah Rakan Muda @ Negeri Sembilan 2026 yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi.

Program tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Utama Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, yang menyampaikan amanat kepada golongan belia agar terus memperkukuh perpaduan, menolak politik kebencian dan perpecahan, serta menghargai kepelbagaian sebagai asas kekuatan negara. Beliau turut menekankan kepentingan menuntut ilmu dengan penuh hikmah, berintegriti, berakhlak mulia dan sentiasa bersedia menyumbang kepada pembangunan masyarakat serta negara.

Sepanjang program berlangsung, para pelajar berpeluang mengikuti pelbagai pengisian termasuk mengunjungi reruai pameran agensi kerajaan dan rakan strategik, menyertai aktiviti sukan dan rekreasi, serta mendapatkan pendedahan berkaitan inisiatif pembangunan belia, kesukarelawanan dan program Rakan Muda.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK), Politeknik Premier Port Dickson dalam memperkasa pembangunan pelajar secara holistik melalui penglibatan aktif dalam program pembangunan belia di peringkat negeri. Pengalaman yang diperoleh diharap dapat membentuk pelajar yang mempunyai semangat patriotisme, jati diri yang kukuh, nilai kepimpinan, semangat kesukarelawanan serta daya saing yang tinggi selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar yang telah mewakili Politeknik Premier Port Dickson dengan penuh komitmen dan semangat, sekali gus mengharumkan nama institusi dalam program pembangunan belia peringkat negeri.







Photos from JSKK Politeknik Port Dickson's post 30/07/2026

๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—” ๐—”๐—ง๐—Ÿ๐—˜๐—ง ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐— ๐—œ๐—˜๐—ฅ ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—ง ๐——๐—œ๐—–๐—ž๐—ฆ๐—ข๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—› ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—œ๐—š๐—” ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—œ๐—ฃ๐—ง (๐—Ÿ๐—•๐—ฆ๐—œ๐—ฃ๐—ง) ๐——๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐Ÿฎ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

PORT DICKSON, 29 Julai 2026 โ€“ Seramai lima orang atlet bola sepak Politeknik Premier Port Dickson (POLIPD) telah terpilih menyertai Latihan Pusat dan Kejohanan Liga Bola Sepak Institusi Pengajian Tinggi (LBSIPT) Divisyen 2 Tahun 2026 yang akan berlangsung pada 8 hingga 15 Ogos 2026 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis.

Pemilihan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, prestasi dan bakat yang dipamerkan oleh atlet-atlet POLIPD dalam pembangunan sukan bola sepak di peringkat Politeknik Malaysia. Sepanjang program tersebut, para atlet akan menjalani latihan pusat sebelum mewakili Pasukan Bola Sepak Politeknik Malaysia dalam saingan Liga Bola Sepak IPT (LBSIPT) Divisyen 2, yang menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik daripada institusi pengajian tinggi di seluruh negara.

Bagi memberi sokongan dan memastikan kelancaran penyertaan kontinjen, para atlet akan diiringi oleh Pegawai Sukan, Encik Raja Noorzihan bin Raja Ab Kadir, sebagai pegawai pengiring sepanjang program berlangsung. Turut hadir memberikan sokongan dan merakamkan gambar bersama atlet ialah Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK), Encik Mohd Nahar bin Ahmad, sebagai tanda semangat dan dorongan kepada atlet sebelum berlepas ke kejohanan.

Penyertaan lima atlet ini membuktikan komitmen Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK), Politeknik Premier Port Dickson dalam melahirkan atlet yang berpotensi tinggi serta mampu bersaing di pentas kebangsaan.

Seluruh warga Politeknik Premier Port Dickson merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada kelima-lima atlet atas pemilihan ini. Semoga berjaya menggalas amanah, mempamerkan prestasi terbaik dan mengharumkan nama Politeknik Premier Port Dickson serta Politeknik Malaysia dalam Liga Bola Sepak IPT (LBSIPT) Divisyen 2 Tahun 2026.







Photos from JSKK Politeknik Port Dickson's post 28/07/2026

๐ŸŽ‰ ๐“ข๐“”๐“ฃ๐“˜๐“๐“–๐“–๐“˜-๐“ฃ๐“˜๐“๐“–๐“–๐“˜ ๐“ฃ๐“๐“—๐“๐“˜๐“๐“— & ๐“ข๐“จ๐“๐“‘๐“๐“ข ๐ŸŽ‰

Seluruh warga Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK), Politeknik Premier Port Dickson merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

๐ŸŒŸ Encik Mohd Nahar bin Ahmad
Ketua Jabatan
Pemangkuan ke Gred DH13

๐ŸŒŸ Encik Raja Noorzihan bin Raja Ab Kadir
Pegawai Sukan
Pemangkuan ke Gred DH12

๐ŸŒŸ Encik Muhammad Fadli bin Setopa
Pegawai Kebudayaan
Pemangkuan ke Gred DH10

Semoga pemangkuan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berintegriti dan berdedikasi dalam memperkasakan pembangunan sukan, kokurikulum dan kebudayaan di Politeknik Premier Port Dickson.

Semoga terus melakar lebih banyak kejayaan serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga POLIPD.

Tahniah dan selamat maju jaya!







Photos from JSKK Politeknik Port Dickson's post 28/07/2026

๐ƒ๐”๐€ ๐–๐€๐Š๐ˆ๐‹ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐๐‘๐„๐Œ๐ˆ๐„๐‘ ๐๐Ž๐‘๐“ ๐ƒ๐ˆ๐‚๐Š๐’๐Ž๐ ๐๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€ ๐ƒ๐ˆ๐“๐€๐”๐‹๐ˆ๐€๐‡๐Š๐€๐ ๐’๐„๐๐€๐†๐€๐ˆ ๐๐„๐Œ๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐€๐‘๐๐‘๐Œ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

SEPANG, 26 Julai 2026 โ€“ Politeknik Premier Port Dickson (POLIPD) terus memperkukuh pembangunan kokurikulum apabila dua orang wakilnya berjaya menamatkan Bengkel Pemimpin Baharu Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung pada 24 hingga 26 Julai 2026 di Pusat Latihan LKIM Camar Laut, Sepang, Selangor.

Dua wakil tersebut ialah Puan Siti Fatimatuzahrah binti Khairudin, Pegawai Kokurikulum, dan Puan Noorji binti Mohd Japar, Pensyarah Kokurikulum, yang telah menyertai bengkel bersama seramai 34 orang peserta dari seluruh Negeri Sembilan sebagai persediaan untuk berperanan sebagai Pemimpin Bertauliah Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).

Sepanjang tiga hari bengkel berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai sesi ceramah, latihan amali dan perkongsian ilmu yang dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Operasi dan Teknikal ARPRM Kebangsaan, Encik Potter Ka Kai Fong, bersama fasilitator Encik Beh Zeng Kang. Antara pengisian utama bengkel ialah pendedahan mengenai konsep dan falsafah ARPRM, peranan serta etika Pemimpin Bertauliah, pelaksanaan komponen ARPRM dan kaedah pemantauan peserta sebelum diperakukan sebagai Pemimpin Bertauliah.

Majlis penutup bengkel telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir ialah Encik Azmee Amar Azwan, Pegawai Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.

Penyertaan kedua-dua wakil POLIPD ini mencerminkan komitmen Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) dalam memperkukuh pelaksanaan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) di institusi. Ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh sepanjang bengkel diharapkan dapat dimanfaatkan untuk membimbing lebih ramai pelajar menyertai ARPRM serta melahirkan graduan yang memiliki ciri kepimpinan, semangat kesukarelawanan, daya tahan dan sahsiah yang cemerlang.

Tahniah diucapkan kepada Puan Siti Fatimatuzahrah binti Khairudin dan Puan Noorji binti Mohd Japar atas komitmen dan kejayaan menamatkan Bengkel Pemimpin Baharu ARPRM Peringkat Negeri Sembilan 2026. Semoga ilmu yang diperoleh dapat terus memperkasakan pembangunan kokurikulum dan kepimpinan pelajar di Politeknik Premier Port Dickson.







Photos from JSKK Politeknik Port Dickson's post 28/07/2026

๐€๐“๐‹๐„๐“ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐๐‘๐„๐Œ๐ˆ๐„๐‘ ๐๐Ž๐‘๐“ ๐ƒ๐ˆ๐‚๐Š๐’๐Ž๐ ๐‘๐€๐ˆ๐‡ ๐Š๐„๐‰๐€๐˜๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐Ž๐‹๐˜๐“๐„๐‚๐‡๐๐ˆ๐‚ ๐’๐๐Ž๐‘๐“๐’ ๐‚๐‡๐€๐‹๐‹๐„๐๐†๐„ (๐๐’๐‚) ๐‡๐Ž๐Š๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

MELAKA, 25 Julai 2026 โ€“ Atlet Politeknik Premier Port Dickson (POLIPD) terus mengharumkan nama institusi apabila menyumbang kepada kejayaan Kontinjen Politeknik Negeri Sembilan dalam Polytechnic Sports Challenge (PSC) Hoki 2026 yang berlangsung di Stadium Hoki MBMB, Melaka.

Dalam kejohanan tersebut, Pasukan Hoki Lelaki Politeknik Negeri Sembilan berjaya meraih tempat ketiga, manakala Pasukan Hoki Wanita Politeknik Negeri Sembilan muncul naib juara selepas mempamerkan aksi cemerlang sepanjang pertandingan.

Kejayaan ini mencerminkan komitmen, semangat juang dan disiplin tinggi yang ditunjukkan oleh para atlet dalam mengharungi persaingan sengit bersama kontinjen-kontinjen politeknik dari seluruh negara.

Lebih membanggakan, atlet-atlet Politeknik Premier Port Dickson bersama atlet Politeknik Nilai telah dibimbing oleh Encik Azrul Muhairi, pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Premier Port Dickson, yang bertindak sebagai jurulatih pasukan sepanjang kejohanan berlangsung.

Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK), Politeknik Premier Port Dickson merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua atlet serta barisan kejurulatihan atas kejayaan yang dicapai. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melahirkan atlet yang cemerlang, berdaya saing dan mampu mengharumkan nama Politeknik Premier Port Dickson serta Politeknik Malaysia di peringkat yang lebih tinggi.







Photos from JSKK Politeknik Port Dickson's post 28/07/2026

๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐— ๐—œ๐—˜๐—ฅ ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—ง ๐——๐—œ๐—–๐—ž๐—ฆ๐—ข๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—œ๐—› ๐—ก๐—”๐—œ๐—• ๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ฅ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—จ๐—ž๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

PORT DICKSON, 25 Julai 2026 โ€“ Pasukan Bola Tampar Lelaki Politeknik Premier Port Dickson (POLIPD) sekali lagi membuktikan keupayaan apabila berjaya meraih Naib Johan dalam Pertandingan Bola Tampar Terbuka 2026 yang berlangsung di Gelanggang Bola Tampar Pasir Panjang, Port Dickson.

Kejayaan tersebut menyaksikan pasukan POLIPD membawa pulang pingat serta wang tunai berjumlah RM700, sekali gus menjadi satu lagi pencapaian membanggakan buat institusi dalam arena sukan.

Pencapaian ini mencerminkan semangat juang, disiplin dan keserasian tinggi yang dipamerkan oleh para pemain sepanjang kejohanan. Ia juga membuktikan komitmen berterusan Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) dalam membangunkan bakat sukan serta melahirkan atlet yang berdaya saing di peringkat daerah dan negeri.

Kejayaan ini diharapkan menjadi pemangkin kepada Pasukan Bola Tampar POLIPD untuk terus mempertingkatkan prestasi dan melakar lebih banyak kejayaan dalam kejohanan akan datang.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh pemain, jurulatih serta pegawai pasukan atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kecemerlangan ini terus menjadi inspirasi kepada warga Politeknik Premier Port Dickson.







Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Port Dickson?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


KM14 Jalan PANTAI, SI RUSA Port Dickson
Port Dickson
71050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00