14/01/2023
Beberapa pemain yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan CKIP mewakili KESUKIP FC telah menyertai Kejohanan Suka-Suka Futsal Antara Cawangan JKR bertempat di KSL Sport Puchong pada pagi ini. Barisan pemain daripada KESUKIP adalah :
Mohd Aiman Bin Abdullah (Kapten Pasukan)
Mohd Taha Bin Suman
Ts. Mohd Fauzi bin Mohd Rohaizad
Kamalbasyah bin Mohd Hamran
Mohd Azizi bin Ya Habib
Mohd Farezy bin Baharudin
Muhamad Izzuddin bin Ismail
Abdul Rasid Bin Kamis (Penjaga gol)
Perlawanan bermula agak perlahan buat pasukan KESUKIP FC apabila tewas 0-1 kepada CKAS FT. Namun KESUKIP FC bangkit semula pada perlawanan kedua dengan seri 2 -2 menentang SePADU FC sebelum menang melawan CSFJ PANTHERS 3 - 0 dan melayakkan pasukan mara ke pusingan kalah mati.
KESUKIP FC walau bagaimanapun terpaksa akur apabila tewas melawan KEJAM FC 3-2 di suku akhir. Sungguhpun tidak berjaya ke perlawanan akhir, semangat kesukanan yang tinggi dan sifat pantang mengalah dan tidak mengenal putus asa pasukan ini perlu diberi pujian. Semoga KESUKIP FC akan terus cemerlang di perlawanan-perlawanan yang akan datang.
24/12/2021
Satu misi bantuan banjir telah digerakkan pada 23 Disember 2021 oleh Biro Kebajikan dan Kerohanian KESUKIP dengan kerjasama daripada Bahagian Dedicated Design Team, Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan Ibu Pejabat JKR Malaysia . Misi sukarelawan ini bertujuan bagi memberikan bantuan untuk kerja-kerja pembersihan Stor Bahagian Istiadat di JKR Petaling yang terjejas teruk akibat banjir besar yang melanda kawasan Selangor dan Lembah Klang beberapa hari yang lepas.
Seramai 44 orang sukarelawan daripada KESUKIP telah menyertai misi ini yang diketuai oleh Ir. Akram bin Hj Abdul Aziz bermula 9 pagi sehingga 4.30 petang. Pembersihan dijalankan di stor Istiadat JKR Daerah petaling seperti memindahkan barang dari dalam stor bagi tujuan pembersihan, mencuci peralatan yang terjejas akibat banjir dan mencuci lantai yang disaluti lumpur.
Misi sukarelawan ini tidak terhenti di Stor JKR Daerah Petaling sahaja, malah diteruskan p**a dengan menghulurkan bantuan tenaga kerja kepada pegawai JKR yang terkesan akibat banjir besar ini.
Diharapkan aktiviti bermanfaat ini dapat diteruskan demi menjalin ukuwah sesama ahli KESUKIP dan ahli JKR yang lain di samping menginsafi dan mengambil iktibar aripada peristiwa banjir yang telah melanda negara kita.
kredit gambar : Masrul Khair Mahmud