18/11/2024
Terima kasih Castrol Power1 sentiasa percaya Yuzy Racing. Let’s goo for the final showdown💪😁
A Motorsports Team lead by former 1st Malaysian Rider in MotoGP 250cc - Shahrol Yuzy
Participate In Motorsport Event in National & Asia Region since 2006
Riders Line Up for 2021
M'sian CubPrix - CP150 & WIRA
Idemitsu Honda Yuzy Racing
1. #20 Azroy Hakeem
2. #61 Muhammad Shahrol Syazras
3. #35 Md Amier Rossi
Castrol Power1 Honda Racing
1. #86 Md Harith Haziq
2. #68 Allan Harris
18/11/2024
Terima kasih Castrol Power1 sentiasa percaya Yuzy Racing. Let’s goo for the final showdown💪😁
Merdeka Merdeka Merdeka🇲🇾🇲🇾🇲🇾
09/04/2024
Alhamdulillah. Setelah 29 hari kita berpuasa. Menahan lapar dan dahaga, Kita akan meraikan 1 Syawal 1445H dan Hari Raya Aidilfitri pada hari rabu 10 April 2024.
Tahniah kerana kita berjaya mengikat hawa nafsu selama 29 hari Ramadan 1445H kali ini.
Admin dan seluruh warga kerja Yuzy Racing mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam tidak kira dimana anda berada.
Maaf Zahir dan Batin.
03/03/2024
Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan penaja kami yang telah memberi kepercayaan dan semangat untuk Yuzy Racing meneruskan saingan dalam Malaysian Cub Prix 2024.
03/03/2024
Minggu Perlumbaan.
Pusingan pertama untuk musim 2024 hari ini di Bandar Jasin Bestari, Melaka.
26/02/2024
CASTROL POWER1 HONDA YUZY RACING YAKIN GANDINGAN BAHARU CP125 MAMPU LAKAR KEJAYAAN MUSIM 2024
Pasukan CASTROL POWER1 HONDA YUZY RACING yakin gandingan baharu yang diperkenalkan mampu meraih keputusan cemerlang dalam saingan Kejuaraan Petronas Malaysia Cub Prix 2024 yang akan membuka tirai di Jasin Bestari, Melaka pada 2 dan 3 Mac ini.
Musim ini menyaksikan hanya Md Haziq Hamdan yang meraih podium di tempat ketiga pada perlumbaan terakhir musim lepas kekal membawa cabaran dan dilihat sebagai prospek utama pasukan untuk memburu gelaran keseluruhan.
Dua lagi pelumba yang bakal membawa cabaran ialah Idlan Hakimi Raduan dan Aqeel Danish Zaiermanhady yang menggantikan Ahmad Darwisy Ahmad Sahir dan Md Loqman Nur Hakim Wazi.
Idlan Hakimi bukanlah nama asing kerana berpengalaman beraksi dalam kelas CP150 pada musim lepas manakala Aqeel Danish mempunyai rekod cemerlang dengan gelaran juara keseluruhan Aeon Credit Service Yamaha 135LC Tekhne Challenge 2023.
Sebagai rekod, Haziq muncul pelumba terbaik pasukan dengan menduduki tangga ke-13 keseluruhan pada musim lepas dengan mengumpul 52 mata diikuti Ahmad Darwisy Ahmad Sahir yang kini beralih ke kategori CP150 di kedudukan ke-22 dengan lapan mata dan Md Loqman Nur Hakim Wazi gagal memungut sebarang mata.
Pengurus Pasukan
Shahrol Yuzy Ahmad Zaini
Kami optimis Haziq Hamdan mampu mengulangi pencapaian sebagaimana yang dilakukan pada perlumbaan terakhir musim lepas. Haziq akan menggalas tugas selaku pelumba utama pasukan dan akan dibantu oleh Md Idlan Haqimi dan Aqeel Danish Zaiermanhady.
Tentang Idlan, kami yakin dia boleh menggalas tugas dengan baik dan turut menjadi taruhan utama sama seperti Haziq berdasarkan pengalaman yang diperolehi sepanjang bersaing dalam kelas CP150 pada musim lepas.
Mengenai Aqeel p**a, saya yakin dia dapat mempelajari dan menimba pengalaman berharga disamping pelumba-pelumba berpengalaman dalam pasukan CASTROL POWER1 HONDA YUZY RACING.
Saya melihat dia mempunyai potensi yang baik dan catatan masa ketika sesi pemilihan dan latihan yang kami adakan sebelum ini juga agak baik dan tidak jauh ketinggalan berbanding pelumba lain.
Pasukan tidak meletakkan sebarang sasaran kepada Aqeel dan berharap dia akan cepat menyesuaikan diri dengan jentera CP125.
Md Haziq Hamdan
Saya berterima kasih kepada pasukan kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk membawa cabaran pasukan buat musim kedua.
Saya akan membalas kepercayaan pasukan dengan meneruskan momentum sebagaimana ketika meraih podium tempat ketiga pada perlumbaan terakhir musim lepas.
Pada masa sama saya juga berharap pasukan akan terus menyediakan jentera terbaik kepada barisan pelumba sepertimana yqng mereka lakukan sebelum ini.
Md Idlan Haqimi Raduan
Saya tidak mempunyai masalah tentang peralihan dari kategori CP150 ke CP125 pada musim ini memandangkan saya masih berada di bawah pengurusan pasukan yang sama.
Saya yakin pengalaman beraksi dengan jentera yang lebih pantas akan dapat digunakan sebaik mungkin dan mampu untuk bersaing di kelompok hadapan.
Aqeel Danish Zaiermanhady
Terima kasih kepada pasukan kerana memberi kepercayaan dan yakin dengan kebolehan saya.
Saya akan gunakan peluang ini dengan sebaiknya dan membalas kepercyaan yang diberikan.
Saya tidak meletakkan sebarang sasaran pada saingan di Jasin nanti sebaliknya mahu memberi sepenuh tumpuan untuk menyesuaikan diri dengan jentera dan memahami rentak pelumba-pelumba CP125.
Selamat Tahun Baru Cina 2024 kepada seluruh penyokong dan penaja-penaja kami. Berhati-hati dijalanraya.
Happy Chinese New Year
Gong Xi Fa Cai
#
Yuzy Racing
A Motorsports Team lead by former 1st Malaysian Rider in MotoGP 250cc - Shahrol Yuzy