Malaysia Mid Region Nature Walks

Malaysia Mid Region Nature Walks

Share

Local independent nature documentation. Follow us for updates on videos, activities, programmes and

07/05/2025

Test

17/03/2019

Hutan dan kita

Ada yg masuk ke hutan untuk beriadhah, mendaki gunung, menikmati suasana alam semulajadi dan meluangkan masa bersama kawan-kawan. Namun, ada yg masuk atas kepentingan tertentu.

Ini antara jerat-jerat oleh para pemburu haram yg dikumpulkan hasil operasi 1MBEON lalu, satu operasi besar-besaran kerjasama PERHILITAN dan anggota-anggota lain termasuklah Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Mana tak putus kaki para penghuni rimba.

Ada lagi pelbagai jenis jerat yg tak sanggup sebenarnya gua nak tatap apatah lagi ambil gambar. Ada yg jenis 'floor trap', sebuah lubang yg digali dan di dalamnya penuh besi tajam berceracakan. Ada yg berupa lembing digantung atas pokok menanti untuk ditusuk ke tengkorak sang mangsa.

Setiap jerat juga ada yg bertujuan untuk sasaran tertentu, sedihnya jika ada haiwan lain yg terkena (dalam cerita yg gua dapati ialah tapir) ia hanya dibiarkan mati begitu saja.

Mungkin sesetengah antara kita cuma membayangkan tindakan pemburu haram ini hanyalah melalui bedilan dari muncung senapang tetapi inilah hakikatnya yg lebih dahsyat daripada itu. Kalaulah kita di tempat para haiwan itu, pasti ramai yg mula kemas barang pindah ke bulan.

At least, acara kesedaran besar-besaran sebegini dapat membuka mata masyarakat walau sedikit. Selebihnya, biarlah 'action speaks louder than words'.

Sayangilah hutan kita bukan cuma dengan gambar-gambar yg indah, tetapi apa yg telah dilakukan sama ada untuk dihancurkan atau dipelihara.

(Sesiapa yg berkesempatan boleh lah mengunjungi karnival ini yg masih berlangsung sampai pukul 8 malam di My Town, Cheras.)

10/03/2019

Cyberjaya Night Walk 9 Mac 2019

Terima kasih kepada keluarga besar Puan Ain yang sudi ikuti kami malam tadi.

Keadaan taman sedikit huru-hara dek ribut yang melanda kawasan Cyberjaya, Putrajaya dan sekitar pada sebelah petang namun syukurlah perjalanan pada sebelah malam berjalan lancar.

Sehingga ketemu lagi!

Photos from Malaysia Mid Region Nature Walks's post 24/02/2019

Hari yang sedikit sibuk semalam dengan 2 acara yang berlangsung pada sebelah pagi dan malam.

1) 'A Forest In Putrajaya'

Acara sulung di Taman Rimba Alam Presint 15, Putrajaya disertai para ibu bapa dan anak-anak yang begitu bersemangat. Suasana di dalam hutan yang dihiasi pelbagai jenis pokok hutan termasuk Cengal, Meranti dan Jelutong menjadi teduhan yang nyaman sekali.

Kawasan yang sangat sesuai untuk pelbagai jenis aktiviti santai.

2) Cyberjaya Night Walk

Acara mingguan setiap hari Sabtu malam Ahad, alhamdulillah sambutan begitu baik sekali di samping cuaca dan suasana malam yang mengizinkan.

Terima kasih kepada kedua-dua kump**an yang terus menyokong dan turut serta. Seronok sebenarnya melihat ragam budak-budak dan keluarga yang 'tak duduk diam', melihat sana-sini, membelek itu ini dan sebagainya..positive curiosity/eagerness (terms create sendiri, hahaha).

Semoga jumpa lagi dan selamat berhujung minggu!

Photo Credit:
- KLSMY (Kids-Let Me Show You)
- Fishergraphy (instagram)

11/02/2019

Jika ke Pulau Langkawi, jangan lupa cari 'roticanai'.

Cnemaspis roticanai adalah spesies cicak yang ditemui di Langkawi sekitar tahun 2010. Dipercayai merupakan spesies endemik Langkawi, yakni khusus tempatan dan belum ditemui di mana-mana kawasan di dunia namun masih dalam kajian lanjut.

Err..korang dah sarapan ke tu?

Photos from Malaysia Mid Region Nature Walks's post 09/02/2019

Hari ini kita bersiar-siar lagi di ibu kota tetapi di hutan kayu, bukan hutan batu konkrit.

Pokok yang gua tengah peluk ini adalah salah sebatang pokok yang istimewa iaitu pokok jelutong, nama botaninya Dyera costulata.

Urat kayunya lurus dan halus menjadikannya senang untuk digunakan bagi pembuatan pensel, bingkai gambar dan sebagainya. Namun, disebabkan manfaatnya yang pop**ar ia telah dilampau tuai (over exploited) mengakibatkannya jadi sejenis pokok kayu yang terancam.

Pokok ini bukan dalam kategori pokok berdamar dan mengeluarkan latex (getah). Dipercayai sebelum kemasukan pokok getah (Hevea brasiliensis) ke Tanah Melayu getah juga dituai daripada pokok ini.

Sejenis pokok cepat tumbuh. Tengoklah besar mana gua peluk, tak tercapai tangan meski tercapai ke hatimu. Ehhh..

05/02/2019

Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada sekalian warga yang meraikannya!

Cuti-cuti ini pergi ke mana? Baik masuk ke hutan atau bersiar-siar di taman, semoga semuanya sihat belaka.

Lokasi: Bukit Wawasan, Puchong. Jika ingin belajar tentang pokok-pokok hutan, di sini antara kawasan terdekat dengan warga Cyberjaya dan Puchong tentunya. Kalau nak hiking pun bagus.

Kita akan cuba buat kelainan nanti bagi dapat 'feel' sikit, tapi bukan zumba lah. Aish, banyak p**a benda nak buat ni. Hehe.

Photos from Malaysia Mid Region Nature Walks's post 02/02/2019

Terima kasih kepada keluarga Puan Nena dari Hulu Langat atas kesudian turut serta sesi Night Walk di Taman Tasik Cyberjaya malam tadi.

Semoga ketemu lagi dalam aktiviti dan acara mendatang, insyaAllah.

Photos by: fishergraphy (Instagram)

02/02/2019

Kepada warga ibu kota, boleh lah ke KL Eco Forest Bukit Nanas yang terletak di kaki Menara Kuala Lumpur.

Selain titian kanopi sepanjang kira-kira 200 meter, terdapat beberapa denai hutan yang boleh dilawati. Pelbagai jenis pokok balak juga ada, berdiri dengan gagahnya.

Tahukah anda bahawa pokok-pokok balak ini boleh kita kelaskan kepada 2 jenis utama iaitu yang berdamar dan tidak berdamar?

Jap..damar tu apa? Damar sara?

Jika rasakan setiap pokok itu nampak sama saja, boleh lah bersama kami ke sini dalam sesi Educational Nature Walk seterusnya. Nanti kita up event ye, kali ini kita buat air sirap selasih p**a 😋.

Muka berparut sehabis ganas, minum sirap selasih.

Photos from Malaysia Mid Region Nature Walks's post 30/01/2019

Alhamdulillah, selesai sesi Cyberjaya Night Walk 2.0.

Terima kasih kepada sekalian yang sudi menyertai, cuaca malam ini juga sangat baik dan mesra. Ditambah p**a dengan minuman teh 'o' panas seperti biasa, hehe.

Moga bertemu lagi di acara seterusnya. Mana-mana kump**an yang berminat juga dialu-alukan menghubungi kami jika mahu diadakan ikut permintaan dan masa sendiri.

Sekian!

1. Bunga Kemboja, Frangipani, Plumeria sp.
2. Bunga Putat, Barringtonia asiatica

27/01/2019

RAWANG merujuk kepada sebuah kawasan tanah lembap yang didiami tumbuh-tumbuhan herba (tidak berkayu) terutamanya spesies-spesies rumput (Gramineae, Cyperaceae).

Kawasan begini amat penting sebagai 'filter' terhadap sebarang sisa organik yang dibawa bersama air hujan/tanah sebelum sampai ke aliran sungai dan seterusnya ke lautan; tumbuh-tumbuhan ini punya bakteria yang mampu menguraikannya.

Terdapat beberapa kawasan bandar juga dibangunkan sekitar tempat-tempat begini, maka kalau tengah-tengah hujan lebat itu bersyukurlah kerana 'mereka' ini masih ada. Kalau tidak, lebih daripada banjir kilat lagi jadinya.

(Kalau nak belajar pasal rumput, di kawasan begini ada macam-macam jenis. Nanti lah gua buat video..tapi jangan nak suruh gua masuk kolam haa..Hahaha)

27/01/2019

'PUBLIC SHARING SESSION'

Mempelajari dan menghayati alam semulajadi dan kejadian-kejadian di sekeliling tidak hanya melalui pembacaan buku-buku ilmiah tetapi boleh terbit secara tak langsung dengan perkongsian pengalaman rakan-rakan dan masyarakat tak kira lapisan.

Hatta, setiap orang mempunyai perspektif dan kaca mata yang berbeza.

Kita nak buka ruangan page ini kepada umum untuk berkongsi sebarang cerita, pengalaman dan pandangan peribadi dengan alam semulajadi; tak kiralah di hutan, taman, bandar mahupun di laut.

Ia boleh jadi benda luar biasa yang dilihat tanpa sengaja di mana-mana mahupun yang biasa dilihat di rumah!

Siapa tahu, sesuatu yang biasa itu ada cerita menarik di sebaliknya?

Hubungi admin dan hantarkan penulisan, video atau gambar (mestilah ada penerangan mengenainya, kalau tak pasti tentang spesis boleh minta rujukan) tentang pengamatan dan pengalaman tersendiri melalui emel [email protected].

Perkongsian terbaik akan mendapat saguhati penghargaan daripada kami. Sebarang pertanyaan boleh hubungi juga melalui Whatsapp 018-6624235.

Terima kasih!

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Puchong?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Taman Putra Perdana
Puchong
47130

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00