27/06/2024
Alhamdulillah .selesai sudah majlis Khatam Hafazan Alquran 3 org anak-anak kami iaitu :
Fadhli, Ehsan dan Dania d Masjid bersama pengetua Tahfiz ustaz Fathurrahman .
Bermula okt thn 2016...
*muhd Wafi
Ogos Tahun 2021 .
*Irfan Yusof
November tahun 2021.
*Adam Salleh
September tahun 2022..
*Nursya
Febuari tahun 2023. ..
*Insyirah Aqilah
* Fendi
May 2023.
*Alifah
* Alya Nabila
Jun 2024 ...
*Fadhli,
*Ehsan
*Dania
20/12/2023
Terima kasih Urban Farm Tech diatas sumbangan sayur-sayuran yang segar.
Seronok anak² dapat merasa sayur yang baru dipetik dari ladang...☺️
23/10/2022
Hari ini menerima kedatangan McDonald's Puchong Gateway untuk meraikan anak-anak kami.
Terima kasih McDonald's Puchong Gateway kerana melayan kerenah anak-anak kami.
19/09/2022
Semalam 18/09/2022 menerima kunjungan Community Lalamove Rider Klang Valley sambil menambah baik asrama kami dengan mengecat bahagian luar asrama dan juga beberapa bahagian dalaman asrama.
Terimakasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Semoga Allah merahmati kedatangan dan sumbangan anda semua.
09/07/2022
Aktiviti hari ni di asrama hari ni 9 Zulhijjah :
9.00 pagi. Solat dhuha
10.00 pag -12.00 tghr i ..peraduan mewarna
2.00-4.00 petang. .pertandingan bercerita dan pertandingan qasidah dan nasyid
7.00 -8.00 malam ...buka puasa dan solat maghrib
8.00 -10.00 malam. .majlis penutup .
Majlis hari jadi
Persembahan selingan dari team wafa
Penyampaian hadiah
Hari ni serama 25 orang anak-anak yang nak berpuasa.
Pukul 5.00 pagi dah bangun sahur..
Majlis hari ni hanya sesama kami sahaja. Tiada kehadiran tetamu luar.
06/02/2022
Selesai sudah majlis konvokesyen SLDN TAHAP 1 & 2 ( PEMBUATAN PAKAIAN ) anak-anak kami hari ni bertempat di ADTEC SHAH ALAM
8.00 pg -1.00 tghr
Majlis konvo patuh SOP
Alifah
Ain Z
Alya Nabila
Batrisya
03/02/2022
Jadual anak-anak setiap hari hampir sama je. Cuma betubah sikit-sikit je ikut hari cuti umum, cuti sekolah dan sabtu ahad.
Anak-anak pun faham dan tahu dah rutin harian mereka.
Jadual hari ni ( khamis )
5.45 pg ..bgn tidur /mandi/solat subuh/kemas dalam asrama ( masing-masing tau tugas mrk )
7.30 pg .sarapan
8 00 pg. Gtg ryg kemas ruang halaman dan sekitar luar asrama ( lelaki shj )
Yang perempuan siapkn sejadah dan susun kerusi utk kelas.
8.30 pg. Solat dhuha/ngaji/hafaz/buat kerja sekolah
10.00 pg. Taklim
10.30 pg. Minum pagi
11.00 pagi.
Latihan untuk amal islami
12.00tghr. xtvt bebas( tgk tv/main game/mainan
1.00 tghr .makan tengahari
1 30 ptg .solat zohor / kelas ngaji /hafaz/ tasmik/ buat kerja sekolah
3.00 ptg .kelas fardhu ain
4.15 ptg -5.00 ptg. Minum ptg/solat asar
5.00 ptg -6.00 ptg.. jogging/ basikal / zumba/ riadah
6.00 ptg -6.30 ptg..mandi
6.30 ptg. ..makan mlm
7 15 ptg. Siap utk solat maghrib / buat solat hajat utk mereka yang berhajat/ buat yasin tahlil utk arwah/ yasin hajat
8.00 mlm ..latihan untuk amal islami
9.00 mlm ..isyak / xtvt bebas / minum mlm
10.00 mlm .lelaki balik asrama tidur
11.00 mlm....yg perempuan pulk masuk tidur
31/01/2022
Rutin anak-anak setiap ahad..
4.30 pagi - 6.30 pagi.
Bangun tidur / qiamullail /solat subuh
( Imam secara giliran )
( Hanya yang berumur 10 tahun keatas shj )
Kejut pelan-pelan takut yang kecik2 bangun.
Yang kecik-kecik pukul 6.00 baru kejut bangun subuh .( Solat subuh berjemaah )
Imam secara giliran .
Yang perempuan uzur juga akan bangun sama tapi mereka kemas tempat tidur dan bilik .
Kemudian mandi .bantu bancuh air .
Selesai solat subuh .mandi .urus diri..
Buat tugasan masing-masing.
7.30 pagi
sarapan.
( Yang buatkan sarapan adalah saya dan warden. )
8.30 pg -11.00 pagi
siap untuk solat dhuha./ Xtvt bebas ( dalam asrama sahaja )
11.00 pagi -1.00 tghr
Tidur ( semua tidur )
Saya dan warden shj tak tidur .kami ada untuk sambut tetamu dn masak untuk makan tengahari
1.00 tghr -3.00 ptg
Makan tengahari/ solat zohor / ngaji
3.00 ptg -4.00 ptg
Xtvt bebas ( dalam asrama shj )
4.00 ptg -5.00 ptg
Minum petang / solat asar
5.00 ptg -6.30 ptg
Jogging / naik basikal / riadah
6.30 ptg -7.45 mlm
Mandi /urus diri / solat maghrib
7.45 mlm -9.00 mlm
Makan malam / xtvt bebas ( dlm asrama shj )
9.00 mlm -10.30 mlm
Solat isyak / minum malam / tidur
11/11/2021
Alhamdulillah...telah selamat salah seorang penghuni rumah ni berkhatan pada hari ini. Semoga menjadi anak yang soleh.
14/07/2021
Assalammualaikum,
Kepada pelawat yang ingin berurusan ke tempat kami, sila pastikan Waze/Google map anda membawa anda ke Taman Putra Perdana, Puchong. Seringkali berlaku Waze/Google map membawa ke lokasi yang salah. Kebiasaannya ke Sri Kembangan ataupun Ampang.
Kesulitan anda amatlah dikesali.