21/07/2022
Penyampaian Hadiah Acara Padang. Tahniah kepada semua pemenang
Ayuh lari bersama ! habiskan larian anda dan dapatkan Sijil Pengiktirafan untuk isi markah PAJSK 2021
21/07/2022
Penyampaian Hadiah Acara Padang. Tahniah kepada semua pemenang
11/04/2021
SIARAN SUDAH BERMULA
JOM SERTAI ! TINGGALKAN KOMEN DAN BERSEDIA DENGAN BUKU NOTA DAN ALAT TULIS UNTUK MENCATAT..
p/s : jangan lupa update media sosial anda dan tag kami.. tq
KURSUS ASAS PERMAINAN KRIKET SKTPP Support the stream: https://streamlabs.com/ahmadzubair3
10/04/2021
TERBARU !
SEMUA PESERTA YANG MENYERTAI KURSUS ASAS KRIKET PADA ESOK HARI AKAN MENERIMA SIJIL PENYERTAAN PERINGKAT DAERAH SEPANG SELEPAS PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BERSETUJU MENYEDIAKAN SIJIL UNTUK PARA PESERTA.
Kursus ini terbuka kepada semua murid dan guru di seluruh sekolah daerah Sepang. Jadi, ayuh semua ! jangan lepaskan peluang mempelajari asas permainan kriket daripada dua penceramah yang tidak asing lagi dengan Sukan Kriket di daerah Sepang dan juga negeri Selangor ini.
Link Youtube Live :
https://youtu.be/aOaVwGlc4bc
09/04/2021
*KURSUS ASAS PERMAINAN KRIKET SKTPP DALAM TALIAN*
Program ini adalah suatu usaha Unit Kokurikulum SKTPP dalam meningkatkan pengetahuan dalam kalangan guru dan murid tentang sukan Kriket sesuai dengan keadaan semasa.
*TARIKH : 11/4/2021*
*HARI : AHAD*
*MASA : 9.00 Pagi*
*PENCERAMAH :*
1.CIKGU AHMAD JUNAIDI BIN ABDULLAH
2.CIKGU MOHD IZWAN BIN MOHD JOWAHAR
Ayuh ! Sertai beramai-ramai.
-PERCUMA
-SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN
-KURSUS DISAMPAIKAN OLEH BARISAN JURULATIH YANG SANGAT BERKALIBER DAN BERPENGALAMAN
-TONTON DI YOUTUBE LIVE
*Buat seluruh warga SKTPP, jangan lepaskan peluang ini !*
*Selain warga SKTPP juga dijemput menyertainya*.
Link youtube :
https://youtu.be/aOaVwGlc4bc
07/04/2021
*TAHNIAH DAN TERIMA KASIH*
Di sini kami kongsikan rumusan penyertaan warga SKTPP dengan Program *SKTPP Virtual Run 2021*
Guru - 28 penyertaan
Murid Tahun 4 - 54 penyertaan
Murid Tahun 5 - 58 penyertaan
Murid Tahun 6 - 102 penyertaan
PPKI - 25 penyertaan
Jumlah keseluruhan penyertaan adalah sebanyak *267* penyertaan.
*Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua guru, murid serta ibu bapa atas sokongan dalam memastikan kelancaran program ini.*
(Jika masih terdapat peserta yang masih belum menerima sijil atas sebab masalah teknikal, Sila rujuk kepada kami melalui Guru Kelas atau terus hubungi kami di IG atau FB SKTPP Virtual Run 2021.)
Sekian, terima kasih.
03/04/2021
MASIH BELUM TERLAMBAT !
Esok hari terakhir SKTPP Virtual Run 2021. Ayuh ! Yang belum lagi sertai sama-sama sertai esok untuk merebut sijil anugerah Gangsa.
Bangun pagi esok solat Subuh di surau. Selepas itu terus buat larian sambil nikmati kesejukan angin awal pagi yang segar. Mesti seronok !
Tengoklah, rakan anda dengan cikgu-cikgu pun tak lepaskan peluang rebut peluang ini. Mereka sempat mendapatkan anugerah Perak pada dua hari lepas. Tahniah !
31/03/2021
MASIH BERBISA !
Mereka adalah antara barisan Guru Lagenda SKTPP ! Ada yang sejak 2008 lagi berkhidmat di SKTPP sehingga sekarang.
Umur tidak menjadi penghalang untuk sama-sama melakukan larian 4KM.
Seronoknya, tengok mereka sama-sama berlari dan bawa anak masing-masing buat larian.
Tahniah ! 👍👍👍
31/03/2021
KEMERIAHAN MASIH TERASA !
Antara koleksi peserta yang telah menerima sijil anugerah Perak
Tahniah semua !
Yang masih belum sertai, Ayuh ! Esok hari terakhir untuk anugerah Perak. Takkan nak tengok je kawan-kawan lain dapat sijil. 😊😊
29/03/2021
Para peserta SKTPP Virtual Run 2021 boleh mula menyemak akaun emel masing-masing. Sijil Anugerah Emas telah mula dihantar ke akaun yang didaftarkan.
*penyertaan untuk Anugerah Emas telah ditutup, namun begitu penyertaan Anugerah Perak telah bermula. Jadi, jom kita mulakan larian hari ini. Masih ada masa untuk dapatkan sijil Anugerah Perak.
29/03/2021
HARI TERAKHIR ANUGERAH EMAS
Hari ini ramai murid yang berusaha dapatkan juga anugerah Emas dengan menghabiskan larian 4KM
Tahniah !
Guru pun tak nak lepaskan peluang mendapatkan sijil anugerah Emas termasuk lah admin. 😆😆😆
Yang belum sempat nak sertai, ayuh ! dapatkan sijil anugerah Perak bermula esok hari !
Jangan lepaskan peluang ini. Ajak lagi kawan-kawan sertai.
Antara koleksi larian hari ini yang admin tahu. Yang admin tak tahu ada berlambak lagi yang tersimpan dalam google drive.
Terbaik murid dan ibu bapa SKTPP !