BTB Hockey Putrajaya

BTB Hockey Putrajaya

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from BTB Hockey Putrajaya, Sports Team, Putrajaya.

26/08/2026

🏑 HARI KEJADIAN! Selamat Maju Jaya Wira BTB! 🏑
Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Selamat bertanding kepada semua pelatih Stick & Ball Hockey Club (BTB) yang beraksi dalam Kejohanan MSSM 2026 bermula HARI INI!
Pegang 3 pesanan ini di atas padang:
🏆 Buat yang terbaik – Berikan 100% perjuangan tanpa penyesalan!
🛡️ Main untuk lencana di dada – Bawa nama pasukan dengan penuh bangga.
❤️ Nikmati permainan – Main dengan jiwa dan semangat kesukanan yang tinggi.
Seluruh warga kelab mendoakan kejayaan korang hari ini. Do your best and bring back victory! 💪🔥

25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H daripada kami di Stick & Ball Hockey Club (BTB Putrajaya). 🌙✨

Kemajuan ummah berasaskan pegangan akhlak, keadilan dan keprihatinan sosial. Maulidur Rasul sewajarnya menjadi titik perubahan untuk kita berhijrah daripada sifat lalai kepada taat, dan daripada kepincangan akhlak kepada peribadi mulia.

Mari kita bersama-sama memperbanyakkan selawat, meneladani akhlak Baginda dan menerapkan nilai murni dalam kehidupan seharian sama ada di padang hoki, tempat kerja mahupun dalam bermasyarakat.

"Mencintai Rasulullah SAW bukan sekadar mengenali namanya, tetapi berusaha mengikuti akhlaknya."

Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala ali Sayyidina Muhammad. ❤️🏑

---

🔗 linktr.ee/btbputrajaya
📌 Facebook / Instagram / TikTok: BTB Putrajaya

23/08/2026

Our deepest condolences to the family and loved ones of the late Sarjit Singh Kundan Singh.
A respected hockey player, coach and national hockey figure, his dedication and invaluable contributions to Malaysian hockey will always be remembered.
May his family be granted strength and comfort during this difficult time.
Rest in peace, Coach Sarjit. You will always be remembered.

The President, Deputy Presidents, Executive Board Members, and staff of the Malaysian Hockey Confederation extend our deepest condolences on the passing of former National Head Coach, Olympian, Malaysian Hockey Legend and Captain, Coach Sarjit Singh.

Coach Sarjit passed away at Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM at 10:00p.m. on 23 August 2026.

His dedication, service, and contributions to Malaysian hockey—both as a player and as a head coach—will always be remembered.

Our heartfelt condolences go to his family and loved ones. May they find strength, comfort, and peace during this difficult time.

May his soul rest in eternal peace.

Photos from BTB Hockey Putrajaya's post 18/08/2026

🏑 SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN BUAT ENCIK ISKANDAR RASHDAN RUSLI 🏑

Pihak pengurusan Stick & Ball Hockey Club (SBHC) ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada penceramah jemputan kita, Encik Iskandar Rashdan Rusli, atas kesudian meluangkan masa mengendalikan Sesi Taklimat Asas & Peraturan Hockey 5s pada Ahad lepas, 16 Ogos 2026 di Turf UniKL Bangi.

Satu perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat! Kena kita akui bersama, pendedahan serta pemahaman mengenai konsep dan cara permainan Hockey 5s ini masih agak rendah, terutamanya di kalangan anak-anak sekitar Putrajaya. Penerangan yang jelas daripada Encik Iskandar sememangnya memberi sinar baharu dan membuka minda para pemain, jurulatih, mahupun ibu bapa yang hadir.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua anak-anak pemain, ibu bapa, dan barisan coaches yang memberikan komitmen padu sepanjang sesi latihan dan taklimat berjalan.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk memajukan lagi bakat anak-anak dalam sukan hoki! 💪🔥

--------------------------------------------------------------------------

HIGHEST APPRECIATION TO MR. ISKANDAR RASHDAN RUSLI 🏑

The management of Stick & Ball Hockey Club (SBHC) would like to express our heartfelt gratitude to our guest speaker, Mr. Iskandar Rashdan Rusli, for taking the time to conduct the "Fundamentals & Rules of Hockey 5s Briefing Session" last Sunday, 16 August 2026, at UniKL Turf Stadium, Bangi.

It was truly an invaluable knowledge-sharing session! We must acknowledge that exposure and understanding of the Hockey 5s concept and gameplay are still relatively low, especially among the youth around Putrajaya. Mr. Iskandar’s clear and engaging explanation was an eye-opener that provided fresh perspectives for all players, coaches, and parents in attendance.

Special thanks also go to all the young players, parents and coaching staff for their strong commitment and active participation throughout the training and briefing session.

May the knowledge gained be fully utilized to further elevate our young talents in the sport of hockey! 💪🔥

18/08/2026

🏑 Sesi Teori & Taktikal Hoki BTB Putrajaya bersama Coach Ibrisam!
Fokus pada "Checklist Ball Carrier" — cara membaca ruang (Space), buat keputusan (Option), dan aplikasi kemahiran (Skills) di atas padang.

Nota dah lengkap, masa untuk terjemahkan di atas turf! 💪🔥
--------------------------------------------------------------------------

BTB Putrajaya Hockey Theory & Tactical Session with Coach Ibrisam! 🏑

Focusing on the "Ball Carrier Checklist" — reading space (Space), decision making (Option), and skill ex*****on (Skills) on the pitch.

Notes are completed, now it's time to translate them onto the turf! 💪🔥

Photos from BTB Hockey Putrajaya's post 18/08/2026

🏑 Penghargaan Sesi Teori & Taktikal Hoki SBHC Bersama Coach Sham! 🏑

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Coach Sham atas pengisian ilmu taktikal yang amat padat dan bernilai dalam Sesi Video & Teori Hoki yang telah berlangsung pada Ahad, 19 Julai 2026 di Bilik Taklimat Stadium Turf UniKL MFI.

Sesi 2 jam tersebut benar-benar membuka minda para pemain, terutamanya menerusi pembentangan konsep "Checklist Ball Carrier" yang menekankan 3 teras utama:

• Membaca Ruang (SPACE): Memahami seni Buy (beli ruang), Sell (acah/pancing lawan), dan Create (cipta ruang hantaran).
• Membuat Keputusan (OPTION): Sentiasa mementingkan Option-A, tahu bila nak Hold bola, dan bila perlu Pass / Move On!
• Pelaksanaan Kemahiran (SKILLS): Penggunaan hantaran Short vs Long Distance, mengeksploitasi kelebihan bilangan pemain (Numbers), serta mengamalkan prinsip permainan EASY (mudah & efektif).

Syabas buat semua pemain SBHC yang hadir dengan penuh disiplin, lengkap membawa buku nota, serta tekun mencatat setiap panduan yang diberikan.

Segala formula dan nota di dalam bilik taklimat perlu di terjemahkan ke atas turf! 💪🔥

--------------------------------------------------------------------------

🏑 Appreciation for SBHC Tactical & Theory Hockey Session with Coach Sham! 🏑

A huge thank you and highest appreciation to Coach Sham for sharing such valuable and comprehensive tactical insights during the Hockey Video & Theory Session, held on Sunday, 19 July 2026 at the Briefing Room, UniKL MFI Turf Stadium.

The 2-hour session was truly an eye-opener for the players, particularly through the presentation of the "Ball Carrier Checklist" concept which focuses on 3 core pillars:

• Reading Space (SPACE): Understanding the art of Buy (buying space), Sell (faking/baiting opponents), and Create (opening passing lanes).
• Decision Making (OPTION): Prioritising Option-A, knowing when to Hold the ball, and when to Pass / Move On!
• Skill Ex*****on (SKILLS): Utilizing Short vs Long Distance passes, exploiting numerical advantages (Numbers), and applying the EASY play principle (simple & effective).

Kudos to all SBHC players who attended with great discipline, fully equipped with notebooks, and eagerly taking notes throughout the session.

Now, it's time to translate all those classroom formulas and notes directly onto the turf! 💪🔥

28/05/2026

PAGI AHAD YANG LUAR BIASA! 🏑🔥 CORAKKAN CUTI SEKOLAH DENGAN SEMANGAT JUARA!
​Gema suara, bunyi dentuman bola, dan titisan peluh di Turf UniKL Bangi Ahad lepas (24/5) membuktikan satu perkara—anak-anak BTB-SBHC tidak kenal erti rehat bila melibatkan impian mereka! 🎒💨
​Walaupun cuti sekolah baru sahaja bermula, komitmen yang ditunjukkan oleh para pemain memang sangat luar biasa. Sesi latihan seawal jam 8.00 pagi dipenuhi dengan fokus tinggi untuk mantapkan basic skills dan keserasian pasukan.
​Latihan cuti sekolah bukan biasa-biasa, kita dalam misi "Projek Jadi Juara!" 🏆

​📸 JOM SAKSIKAN AKSI MEREKA!
​Kepada yang belum sertai, jom penuhkan masa cuti anak-anak dengan aktiviti sihat ini. Pintu kelab sentiasa terbuka untuk komuniti!
​"Sempena cuti, jangan berhenti berusaha!" 🔵⚪
​Saksikan klip video dan gambar-gambar menarik anak-anak kita beraksi di bawah! 👇🏼👇🏼

26/05/2026

Salam Aidiladha buat semua warga Kelab SBHC.
​Hari Raya Aidiladha mengajar kita tentang erti pengorbanan, kesabaran, dan ketaatan yang tinggi yang memberikan nilai yang sangat dekat dengan jiwa kita sebagai sebuah pasukan. Semoga semangat ini terus membakar motivasi kita untuk terus memberikan yang terbaik demi kelab yang kita cintai.
​Kami juga ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua. Semoga percutian ini memberikan ruang untuk kita kembali cergas dan bersemangat. Berhati-hati di jalan raya bagi yang melakukan perjalanan jauh.
​Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf zahir dan batin!
Pengurusan ​Kelab SBHC

21/05/2026

CUTI SEKOLAH DAH BERMULA! JOM TURUN PADANG, KITA JAGA SKILL! 🎒🏑🔥

​Sesi latihan BTB (Back To Basics) tetap berjalan macam biasa sepanjang musim cuti ini. Kita nak pastikan momentum anak-anak kita sentiasa 'panas' dan bersedia!
​Ayuh ibu bapa, bawa anak-anak turun ke padang hujung minggu ini! 💨

21/03/2026

Tangan dihulur maaf dipinta, silaturahim dijaga sesama kita.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin! 🌙
Selamat menikmati cuti raya yang indah buat semua!

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Putrajaya