08/06/2017
Untuk makluman, bersempena Sukan SEA 2017 yang akan berlangsung tidak lama lagi, padang & lapang sasar di Taman Ekuestrian Putrajaya (TEP) akan ditutup buat sementara waktu untuk segala aktiviti sehingga tamatnya Sukan SEA 2017. Kami mendapat makluman daripada pihak TEP bahawa latihan & acara sukan Polo Sukan SEA kelak akan berlangsung menggunakan padang TEP ini.
Kami bagi pihak PMPj menjangkakan aktiviti padang akan dapat diguna semula seperti biasa di bulan September.
Segala perubahan & notis terkini daripada pihak pengurusan TEP akan kami maklumkan kembali. Harap maklum.
PMPj juga ingin mengucapkan "Selamat menjalani ibadah berpuasa bagi yang beragama Islam & majulah sukan untuk semua". Terima kasih.
27/05/2017
Alhamdulillah, berkat semangat & usaha tanpa jemu Persatuan terutamanya Tok Hassim Sharudin selaku Presiden Persatuan selama ini akhirnya membuahkan hasil.
Dengan lesen, pengikhtirafan & kelulusan daripada pelbagai pihak yang berwajib, PMPj kini berlokasi tetap di Taman Ekuestrian Putrajaya (TEP). Sehubungan dengan itu, Persatuan kini secara rasminya beralamat penuh di
No. 38G, Kompleks Taman Ekuestrian Putrajaya, Presint 5, 62200 Putrajaya, Malaysia.
Dengan prasarana & lapangan persekitaran yang strategik semoga pelbagai aktiviti sukan memanah terutamanya untuk Putrajaya dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Majulah sukan untuk negara.
24/05/2017
SENARAI RASMI EXCO PMPj PENGGAL 2017-2019 🎯
PRESIDEN:
Tok Hassim Sharudin KMW, AMP, PJM, PPT, PJK, PPA.
TIMBALAN PRESIDEN:
Hj. Mohtar Rudin Aziz
NAIB PRESIDEN:
1) Ezhar Nizam Mohd Hashim
2) Asri Bin Abdul Rasid
SETIAUSAHA:
Nurliana Sharon
BENDAHARI:
Hastura Abd Wahab
AJK:
1) Mohd Fauzi Mohamad Hassim
2) Noor Hazirah Mohamad Hassim
3) Khairul Kamal Zakaria
4) Ahmad Sufri Zakaria
5) Nadzry Aswad Nazlan
AUDITOR:
1) Ahmad Jefri Altaf Zakaria
2) Zakaria Ahmad
19/02/2017
Demo memanah, anjuran Persatuan Memanah Putrajaya sempena hari wilayah.
18/03/2015
Kejohanan Memanah Kebangsaan Sirkit Pertama 2015 -Rabu kategori ind.Recurve 70m
17/03/2015
Penyertaan sangat menggalakkan.. Bagi yg ingin menyertai masih sempat! Kaunter pendaftaran masih dibuka!
17/03/2015
Sekitar hari pendaftaran...