IKRAM Putrajaya

IKRAM Putrajaya

Share

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Putrajaya

31/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-69! 🇲🇾

Sempena tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, marilah kita terus membina sebuah negara yang aman, sejahtera dan makmur untuk dinikmati bersama tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.

Seiring dengan “Wariskan Hormat, Tinggalkan Prasangka”, marilah kita mendidik generasi baharu untuk menghormati perbezaan, meraikan kepelbagaian dan meninggalkan segala prasangka yang boleh memecah-belahkan masyarakat.

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan hati kita, memperkukuh persaudaraan dan menggerakkan kita ke arah Malaysia yang lebih harmoni, adil dan sejahtera.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾






Photos from IKRAM Putrajaya's post 30/08/2026

Merdeka bukan sekadar satu tarikh. Ia adalah sebuah sejarah yang perlu kita kenang. 🇲🇾

31 Ogos mengingatkan kita tentang sebuah perjalanan daripada perjuangan menuju kebebasan, berkibarnya bendera tanah air, bergemanya Negaraku, pengorbanan para pejuang, hingga laungan “MERDEKA!” yang menjadi sebahagian daripada sejarah negara kita.

69 tahun berlalu, tetapi makna kemerdekaan tetap perlu dipelihara.
Merdeka memberi kita ruang untuk menentukan hala tuju sendiri.
Untuk belajar. Untuk membina. Untuk bersuara. Untuk mencipta masa depan yang lebih baik.
Generasi terdahulu memperjuangkan kemerdekaan.
Generasi kita p**a memikul tanggungjawab untuk mengisinya dengan ilmu, perpaduan, integriti dan kemajuan.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-69. 🇲🇾
Merdeka. Merdeka. Merdeka.

Sumber : Arkib Negara Malaysia / DBP / Jabatan Muzium Malaysia

28/08/2026

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK KEMBALI!
KLIK MERDEKA 2026: CABARAN TIKTOK

Bersempena dengan Sambutan Bulan Kebangsaan 2026, IKRAM Putrajaya ingin menjemput semua penduduk Putrajaya untuk menyertai pertandingan video pendek "Klik Merdeka 2026: Cabaran TikTok" bertemakan slogan "Wariskan Hormat, Tinggalkan Prasangka".

BUTIRAN LANJUT

1. Terbuka kepada semua penduduk Putrajaya berumur 18 tahun ke atas

2. Tempoh penyertaan dari 28 Ogos sehingga 11 September 2026.

3. Video pemenang adalah berdasarkan
i) 50% pemarkahan juri
b) 50% interaksi tertinggi di media sosial TikTok (like/komen/share)

4. Tempoh penjurian dan pengiraan interaksi (like/komen/share) ialah dalam tempoh 7 hari selepas tarikh tutup pertandingan.

SYARAT PERTANDINGAN

1. Penyertaan adalah percuma. Setiap peserta boleh menghantar lebih satu video, tapi layak memenangi satu hadiah sahaja.

2. Produksi mestilah karya asal peserta dan tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan.

3. Genre video adalah terbuka seperti animasi, drama, sketsa, komedi dan dokumentari.

4. Video tidak membangkitkan sensitiviti 3R.

5. Memastikan video digunakan dalam bahasa kebangsaan.

6. Memastikan akaun pengguna TikTok yang aktif dan dalam tetapan umum.

7. Video berdurasi 60 saat sehingga 2 minit.

8. Peserta mesti sebut atau memaparkan tagline "Wariskan Hormat, Tinggalkan Prasangka".

9. Kandungan video digalakkan untuk melibatkan dua bangsa berbeza (untuk markah juri).

10. Menggunakan tanda pagar (hashtag)

11. Peserta memberi kebenaran untuk video pos semula (repost) di dalam akaun TikTok IKRAM Putrajaya

Hadiah Juara - RM300
Hadiah Naib Juara - RM200
Hadiah Ketiga - RM100

Semua pemenang akan dihubungi oleh urusetia untuk majlis penyampaian hadiah.

Sebarang persoalan boleh hubungi akaun TikTok IKRAM Putrajaya.

Selamat mencuba!

24/08/2026

Salam Maulidur Rasul
1448H/2026M

Nabi Muhammad SAW merupakan teladan unggul dalam kepimpinan, kasih sayang dan usaha membina ummah yang berteraskan nilai-nilai murni.

IKRAM terus beriltizam untuk meneladani perjuangan dan akhlak Baginda dengan membawa misi yang penuh rahmah.

Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Baginda serta menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.


Photos from IKRAM Putrajaya's post 16/08/2026

IKRAM KAWASAN PUTRA & KOMUNITI 18R12

KEM GLAMPING NITE KOMUNITI 18R12 sempena BULAN KEMERDEKAAN 🇲🇾

Salamu alaikum wbt

Jutaan penghargaan kepada
✅YDPN IKRAM Putrajaya, Ustaz Kamil Bin Abu Talib,
✅TYDPN IKRAM Putrajaya, Hj Badrul Azmi Bin Jamaluddin
✅Pengerusi KRT Apartment Fasa P18R12, Encik Rozaidi Bin Said
✅YDPK IKRAM Kawasan Putra, Dr Ahmad Firdaus Bin Hanapai.
✅TYDPK IKRAM Kawasan Putra, Mohd Amin Bin Azuwar

Atas keterlibatan, penyempurnaan dan perasmian rasmi Kem Glamping Nite Komuniti 18R12 di Dewan Apartment 18R12 bersempan bulan kemerdekaan.

Program ini adalah kerjasama erat diantara Komuniti 18R13, IKRAM Kawasan Putra dan Surau Wahbah Zuhaily.

Seramai 54 peserta dikalangan anak-anak menyertai program selama 2 hari 1 malam yang disusun berteraskan semangat kerjasama, perpaduan dan kemerdekaan. Diiringi ibu bapa dan penjaga pada majlis perasmian malam tadi.

Moga program kerjasama yang dirancang ini berjalan dengan baik sambil membuka ruang untuk mengeratkan ukhwah dan terus bekerjasama di masa akan datang bagi manfaat berterusan kepada seluruh masyarakat

insyaAllah






16/08/2026

Sertai webinar "Islam & Dasar Dadah di Malaysia: Bantu atau Hukum?" petang Isnin ini.

Apabila seseorang terjebak dengan dadah, apa yang patut kita lakukan?

Hukum? Rawat? Atau pulihkan?

Adakah pendekatan menghukum benar-benar menyelesaikan masalah? Bagaimana p**a Islam melihat mereka yang terjebak dengan ketagihan?

Dan dalam realiti Malaysia hari ini, ke mana sepatutnya hala tuju dasar dadah kita?

Webinar: Islam & Dasar Dadah di Malaysia | Bantu atau Hukum?

Jom bincangkan bersama.

🗓️ 17 Ogos 2026 | 2.30 - 4.00 petang
💻 Platform Zoom

Satu persoalan. Pelbagai perspektif. Mencari jalan yang lebih baik.

Tempat adalah terhad

Pautan pendaftaran di ruangan komen📲

04/08/2026

Ingin infaq berterusan?

Jom sertai Poket Cakna yaIKRAM.

Jom Jadi Sebahagian Daripada Kebaikan Berterusan

Tidak semua sumbangan perlu besar untuk memberi impak yang besar.

Dengan Poket Cakna yaIKRAM, anda boleh berinfaq secara berkala setiap bulan melalui potongan automatik. Sumbangan yang kecil tetapi konsisten mampu membawa sinar harapan kepada mereka yang memerlukan.

✨ Infaq anda membantu:
🤝 Mangsa bencana
📚 Pendidikan anak-anak kurang berkemampuan
🍱 Bantuan makanan kepada keluarga yang memerlukan
🏥 Bantuan kesihatan dan kebajikan
🌍 Pelbagai misi kemanusiaan Yayasan Ikram Malaysia

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Amalan yang paling dicintai Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

💙 Jadilah sebahagian daripada Keluarga Penyumbang Poket Cakna yaIKRAM hari ini.

📲 Imbas kod QR pada poster untuk mendaftar atau layari:
https://yayasanikram.org.my/ #/infaq-berterusan

Setiap ringgit yang diinfakkan adalah pelaburan akhirat yang memberi manfaat berpanjangan.

Photos from IKRAM Putrajaya's post 02/08/2026

⚽ PAGI AHAD TAK TIDUR (PATT): FUTSAL IKHWAH⚽️

Alhamdulillah, Program Pagi Ahad Tak Tidur (PATT): Futsal Ikhwah anjuran IKRAM Muda Putrajaya telah berlangsung dengan jayanya dengan Kehadiran 15 orang ikhwah golongan belia dan remaja bertempat di Gelanggang Futsal Taman Pancarona, Presint 18, Putrajaya

Program turut diserikan dengan kehadiran dan perkongsian tazkirah ringkas yang telah disampaikan oleh Ustaz Tajul Ariffin bin Che Zakaria, Naib Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Melalui kupasan daripada kitab As-Syamail Al-Muhammadiyah, Ikhwah diajak menghayati sifat lelaki qawwam dengan mencontohi keperibadian Rasulullah SAW. Baginda merupakan pemimpin yang memimpin dengan kasih sayang, akhlak yang mulia, hikmah dan rasa tanggungjawab. Seorang qawwam bukan sekadar menjadi ketua keluarga, tetapi menjadi qudwah (contoh teladan) dalam ibadah, akhlak, muamalah dan khidmat kepada keluarga serta masyarakat. Kepimpinan yang sebenar lahir daripada akhlak yang baik, keikhlasan berkhidmat dan kesungguhan membimbing ahli keluarga menuju keredaan Allah SWT.

Tahniah dan terima kasih kepada semua ikhwah yang hadir dan memeriahkan program ini. Semoga setiap langkah kita dalam membina diri sebagai qawwam sentiasa berpandukan sunnah Rasulullah SAW.

Jumpa lagi di siri Pagi Ahad Tak Tidur (PATT) yang seterusnya. Insya-Allah!


31/07/2026

RCI Tabung Haji: Perkukuh Amanah, Integriti dan Keyakinan Ummah

[KENYATAAN MEDIA HIKAM]

REFORMASI TADBIR URUS TABUNG HAJI: MEMPERKUKUH AMANAH, INTEGRITI DAN KEYAKINAN UMMAH

HIKAM menyambut baik pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu-isu tadbir urus Lembaga Tabung Haji (LTH). Pendedahan laporan ini merupakan langkah penting ke arah memperkukuh ketelusan, akauntabiliti dan keyakinan rakyat terhadap institusi yang menjadi tonggak pengurusan simpanan dan urusan haji umat Islam di negara ini.

Pada masa yang sama, HIKAM berpandangan bahawa laporan yang melibatkan kepentingan awam sebegini sewajarnya didedahkan lebih awal agar proses semak dan imbang dapat berlangsung secara terbuka serta membolehkan langkah pembaikan dilaksanakan dengan lebih segera. Ketelusan merupakan asas penting dalam membina kepercayaan rakyat terhadap institusi awam.

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, hendaklah kamu menghukum dengan adil.” (Surah al-Nisa’: 58)

LTH ditubuhkan dengan matlamat yang amat mulia iaitu membantu umat Islam menabung dan menunaikan ibadah haji secara teratur dan berkesan. Justeru, sebarang kelemahan tadbir urus yang menjejaskan integriti institusi ini perlu ditangani secara menyeluruh dan berani demi memelihara amanah para pendeposit serta kepentingan ummah.

Sehubungan itu, HIKAM menyokong usaha reformasi yang dicadangkan melalui dapatan RCI, khususnya yang melibatkan:

1. Pengukuhan Kerangka Perundangan dan Tadbir Urus

HIKAM berpandangan bahawa Akta Tabung Haji 1995 [Akta 535] perlu dipinda secara komprehensif bagi memastikan ia selaras dengan keperluan semasa serta amalan tadbir urus terbaik.

Antara perkara yang wajar diberi perhatian ialah:

Pembahagian fungsi dan kuasa yang lebih jelas antara aspek pengurusan haji dan pengurusan kewangan serta pelaburan.
Penetapan kriteria “fit and proper” yang ketat bagi pelantikan anggota Lembaga berdasarkan kompetensi, integriti dan kepakaran dalam bidang kewangan, ekonomi, perniagaan dan syariah.
Pengukuhan kedudukan jawatankuasa-jawatankuasa kritikal seperti Jawatankuasa Pelaburan dan Jawatankuasa Penasihat Syariah melalui peruntukan undang-undang yang jelas.
Penambahbaikan mekanisme audit dan pelaporan kewangan bagi menjamin ketelusan serta akauntabiliti yang lebih tinggi.


2. Memastikan Profesionalisme dan Kebebasan Institusi

HIKAM berpandangan bahawa institusi yang mengurus amanah umat Islam perlu dipimpin oleh individu yang mempunyai integriti, kompetensi dan rekod profesional yang cemerlang.

Oleh itu, proses pelantikan anggota Lembaga dan pengurusan tertinggi hendaklah berasaskan merit, kelayakan serta kepakaran yang relevan. Sebarang pelantikan yang berpotensi menimbulkan konflik kepentingan atau persepsi campur tangan politik perlu dielakkan demi menjaga keyakinan masyarakat terhadap LTH.

3. Menjadikan RCI Sebagai Titik Reformasi Nasional

Laporan RCI ini tidak seharusnya dilihat sekadar sebagai usaha mengenal pasti kesilapan lalu, tetapi perlu dijadikan asas kepada reformasi institusi yang lebih menyeluruh. Keutamaan mestilah diberikan kepada pembinaan budaya tadbir urus yang berteraskan amanah, ketelusan, akauntabiliti dan profesionalisme.

Firman Allah SWT:

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta sesama kamu dengan jalan yang batil…” (Surah al-Baqarah: 188)

Ayat ini mengingatkan bahawa pengurusan harta awam dan dana umat adalah amanah yang besar serta akan dipersoalkan di sisi Allah SWT.

HIKAM menyeru agar segala syor yang munasabah dan bermanfaat dalam laporan RCI ini diteliti dan dilaksanakan dengan penuh kesungguhan. Reformasi yang menyeluruh amat penting bagi memastikan LTH terus kekal sebagai institusi yang diyakini, dihormati dan mampu memenuhi tujuan asal penubuhannya dalam memelihara kepentingan serta kebajikan umat Islam.

Semoga episod ini menjadi pengajaran berharga kepada semua pihak bahawa amanah awam hendaklah diurus dengan penuh integriti, kecekapan dan rasa tanggungjawab kepada rakyat serta kepada Allah SWT.

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM)

1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
2. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
4. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)

Sekretariat HIKAM

Azizuddin Ahmad
Setiausaha Agung WADAH

Mohd Hafiz Abd Hamid
Setiausaha Agung IKRAM

Ahmad Fawwaz Ahmad Shukri
Setiausaha Agung ABIM

Mohd Sabbri Md Yudin
Setiausaha Agung HALUAN

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


I-3-08, Conezion, City, Persiaran IRC3, Ioi Resort
Putrajaya
62502