06/07/2025
6 Julai 2025 Ahad petang telah tamatnya kejohanan Asean Wall Climbing Championship 2025 Malaysia Series di Kompleks Sukan Mendaki Taman Cabaran Putrajaya.
Tahniah kepada pemenang-pemenang podium kejohanan kali ini dan melayakkan pasukan dan negara yang menang layak ke Sea Games 2027 Thailand bagi displin Wall Climbing
# p*p
04/07/2025
Petang 4 Julai 2025 di Kompleks Sukan Mendaki, Taman Cabaran Putrajaya Presint 5 telah berlangsung perasmian Asean Wall Climbing Championship 2025 Malaysia Series.
Sebanyak 5 buah negara yang menyertai dari Indonesia, Singapura, Filipina, India dan Thailand. Seramai 300 orang peserta antarabangsa yang menyertai kejohanan ini di Malaysia.
Kejohanan ini akan berlangsung selama 3 hari, bermula pada 4 Julai 2025 sehingga 6 Julai 2025 di Kompleks Sukan Mendaki, Taman Cabaran Putrajaya Presint 5.
*p &sukan
03/07/2025
Kompleks Sukan Mendaki, Taman Cabaran Presint 5 menjadi hos lokasi penganjuran kejohanan Asean Climbing Championship 2025 Malaysia Series. Kejohanan ini merupakan antara saringan ke SEA Games 2025 akhir tahun ini di Thailand.
Kejohanan ini berlangsung selama 3 hari bermula pada 4 hingga 6 Julai 2025 dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam di Kompleks Sukan Mendaki, Taman Cabaran Putrajaya Presint 5.
Asean Climbing Championship 2025 merupakan kejohanan sukan mendaki anjuran Persekutuan Mendaki Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya dan juga badan dan kelab swasta sukan mendaki.
&sukan
04/06/2025
Pemakluman penutupan sementara kemudahan Kompleks Sukan, Pusat Pembelajaran Kejiranan dan Kompleks Kejiranan seliaan Bahagian Perkhidmatan Komuniti & Sukan, Jabatan Perkhidmatan Bandar, Perbadanan Putrajaya sempena Hari Raya Aidiladha 2025.
Tarikh Penutupan : 6 Jun 2025 (Jumaat) hingga 9 Jun 2025 (Isnin)
Tarikh Pembukaan Semula : 10 Jun 2025 (Selasa)
Kompleks Sukan & Fasiliti yang di tutup sementara adalah:
1. Taman Cabaran Putrajaya
2. Kompleks Sukan Air Presint 6
3. Kompleks Futsal Presint 18
4. Kompleks Sukan Taman Pancarona Presint 18
5. Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 8, 9, 11 & 16.
6. Kompleks Kejiranan Presint 9,11 & 16.
7. Dewan Serbaguna Presint 8
** PERKHIDMATAN PERKUBURAN & KREMATORIUM BEROPERASI SEPERTI BIASA**
19/05/2025
Makluman
MTB Trails dan Bike Park Taman Cabaran akan di tutup sementara untuk memberi laluan acara berbasikal tertutup.
•Tarikh penutupan semantara : 20 & 21 Mei 2025 (Selasa&Rabu)
•Pembukaan semula : 22 Mei 2025 (Khamis)
*p
29/03/2025
NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA KOMPLEKS SUKAN, PUSAT PEMBELAJARAN KEJIRANAN, KOMPLEKS KEJIRANAN PUTRAJAYA DAN KEMUDAHAN SELIAAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN KOMUNITI & SUKAN, JABATAN PERKHIDMATAN BANDAR SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2025
I. TAMAN CABARAN PUTRAJAYA, PRESINT 5
TARIKH TUTUP : 29 MAC 2025- 4 APRIL 2025
TARIKH DIBUKA SEMULA: 5 APRIL 2025
II. KOMPLEKS SUKAN AIR PRESINT 6
TARIKH TUTUP : 29 MAC 2025- 4 APRIL 2025
TARIKH DIBUKA SEMULA: 5 APRIL 2025
III. KOMPLEKS FUTSAL PRESINT 18
TARIKH TUTUP : 29 MAC 2025- 4 APRIL 2025
TARIKH DIBUKA SEMULA: 5 APRIL 2025
IV. KOMPLEKS SUKAN TAMAN PANCARONA
TARIKH TUTUP : 29 MAC 2025- 4 APRIL 2025
TARIKH DIBUKA SEMULA: 5 APRIL 2025
V. PUSAT PEMBELAJARAN KEJIRANAN PRESINT 8, 9, 11 & 16
TARIKH TUTUP : 29 MAC 2025- 4 APRIL 2025
TARIKH DIBUKA SEMULA: 5 APRIL 2025
VI. KOMPLEKS KEJIRANAN PRESINT 9,11 & 16
TARIKH TUTUP : 29 MAC 2025- 4 APRIL 2025
TARIKH DIBUKA SEMULA: 5 APRIL 2025
VII. DEWAN SERBAGUNA PRESINT 8
TARIKH TUTUP : 29 MAC 2025- 4 APRIL 2025
TARIKH DIBUKA SEMULA: 5 APRIL 2025
**PERKHIDMATAN PERKUBURAN & KREMATORIUM BEROPERASI SEPERTI BIASA**
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
BAHAGIAN PERKHIDMATAN KOMUNITI & SUKAN
JABATAN PERKHIDMATAN BANDAR
PERBADANAN PUTRAJAYA
*p
23/02/2025
Pagi ini di Kompleks Sukan Mendaki, Taman Cabaran Putrajaya Presint 5 sedang berlangsung aksi-aksi mendaki Kejohanan Mendaki Kebangsaan (Bouldering) 2025 anjuran Persatuan Mendaki Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Belia Dan Sukan.
Kejohanan kali ini juga merupakan saringan pemilihan atlet-atlet sukan mendaki bagi menghadapi kejohanan Sea Games 2025 pada Disember 2025 nanti.
Kompleks Sukan Mendaki Taman Cabaran Putrajaya Presint 5 menjadi pilihan lokasi bagi penggiat sukan mendaki ini sebagai pusat latihan kebangsaan dan juga penganjuran kejohanan mendaki di peringkat kebangsaan sehingga antarabangsa kerana fasiliti Kompleks Sukan Mendaki ini lengkap dengan kemudahan yang diperlukan selaras dengan perlaksanaan Blueprint Sukan Putrajaya.
15/02/2025
15 Februari 2025
Inovasi baru di Taman Cabaran Putrajaya buat pertama kali dengan acara Climbing Glow In The Dark Night Climb sempena P*P Adrenaline Fest 2025 pada hari ini sehingga 10.00pm.
*padrenalinefest2025