10/11/2025
π΅π‘ PERLAWANAN MATCHWEEK 22 (LIGA M11 2024/2025) π΅π‘
ποΈ 10 November 2025 (Isnin)
π 8 - 9 malam
π Padang Wembley, AG Arena Sport (UPM/MARDI)
Defeated.
Terpaksa akur dengan kehebatan pasukan IMPERIAL FC yang serba lengkap di setiap posisi serta tidak henti-henti menyerang hingga berjaya mencatat kemenangan besar. Time to wake up, team!
Para pemain nampak happy dapat score 1 goal. Agak rare. Semoga kita bangkit dan kutip mata berharga dalam perlawanan seterusnya! πͺβ½
12/08/2025
π΅π‘ KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN MATCHWEEK 16 (LIGA M11 2024/2025) π΅π‘
FT : Orange FC (0-0) Pesamo FC
ποΈ 11 Ogos 2025 (Isnin)
π 8 - 9 malam
π Padang Highbury, AG Arena Sport (UPM/MARDI)
Antara perlawanan yang berintensiti tinggi yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan namun kedua-dua benteng kebal tidak memberi ruang untuk sebarang gol.
Pesamo FC memulakan permainan dengan tekanan tinggi, cuba mengawal tempo dan membuka ruang di bahagian sayap. Bagaimanapun, benteng pertahanan Orange FC kekal disiplin, mematahkan beberapa percubaan wajib gol oleh Pesamo FC. Terdapat beberapa peluang untuk menjaringkan gol kemenangan tapi bak kata Fakri Saarani βKalau bola tu dah tak nak masuk.. buat macam mana pun tetap tak akan masuk ".
Dengan keputusan ini, Pesamo FC dan Orange FC masing-masing menambah satu mata dalam carta liga. Walaupun gagal meraih kemenangan, kedua-dua pasukan mempamerkan disiplin taktikal yang baik serta komitmen tinggi di atas padang! Satu mata yang bermakna dan yang paling penting, komitmen para pemain dalam menjalankan tugas masing-masing di atas padang patut dipuji.
MOTM : Pertahanan terbaik! Asyik Fakrul ja. Kan dah kena locked semalam.
11/08/2025
Matchday! Matchday!
Walaupun pihak pasukan mengalami kekangan terhadap komitmen para pemain namun misi mengutip 3 mata tetap diteruskan! Ayuh!
06/08/2025
*KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN MATCHWEEK 15 (LIGA M11 2024/2025)*
FT : Pesamo FC (3-1) BUBBLEGUMMERS FC
β½ 30' Fakhrul
β½ 33' Aziff
β½ 35' Fakhrul
ποΈ 4 Ogos 2025 (Isnin)
π 8 - 9 malam
π Padang Highbury, AG Arena Sport (UPM/MARDI)
π΅π‘*[Gameweek 15] Pesamo FC Kembali Bangkit!*π΅π‘
Perlawanan yang agak getir kerana kebanyakkan pemain tidak dapat hadir ke perlawanan tersebut atas kekangan masing-masing tapi itdazenmin Pesamo FC tidak boleh bangkit daripada kekalahan pada gameweek ke-14 dengan mengutip 3 mata mengalahkan pasukan BGMZ FC serta mempamerkan semangat juang luar biasa apabila pasukan berjaya mengekang serangan bertali arus pihak lawan.
Memasuki separuh masa kedua, kehadiran pemain tambahan mengubah tempo permainan. Serangan mula digerakkan oleh Fakhrul, yang meledak dua (2) gol, disusuli satu lagi jaringan kemas oleh Aziff β cukup untuk memastikan kemenangan 3-1 dan tiga mata penuh buat Pesamo FC!
Tahniah kepada Fakhrul yang sekali lagi dinobatkan sebagai Man of the Match (MOTM) atas aksi cemerlang beliau. Admin rasa lepas ni kena selalu main 8 orang β sebab semangat tu macam ada sebelas!
Syabas dan terima kasih kepada semua pemain atas komitmen luar biasa di padang. Pesamo FC kembali bangkit selepas kekalahan minggu lalu!
p/s: Strictly no refund.
25/07/2025
*KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN MATCHWEEK 14 (LIGA M11 2024/2025)*
FT : Arogonofcofficial (2-0) Pesamo FC
Di atas kertas, pasukan Arogono memiliki kelebihan, dan perkara tersebut turut diterjemahkan di atas padang apabila mereka menewaskan pasukan Pesamo dengan jaringan 2-0 tanpa balas, hasil daripada satu tandukan dan satu serangan balas pada separuh masa kedua.
Pujian wajar diberikan kepada barisan pertahanan dan penjaga gol pasukan. Jika tidak kerana kekentalan mereka, Arogono berkemungkinan besar akan mencatat kemenangan 4 atau 5 gol pada malam tersebut.
Semoga kekalahan ini menjadi iktibar buat pasukan dan dijadikan pengajaran untuk melakukan penambahbaikan menjelang perlawanan seterusnya.
Keep your heads up, gaissss! Kalah kali ini itdazenmin kita akan terus kalah! (walaupun ini kekalahan kelapan dalam liga π
).
Tahniah diucapkan kepada Arogono FC atas kemenangan tersebut. Semoga terus memberikan cabaran di persada liga!
Punca kekalahan: Apabila seorang pemain pertahanan tengah (CB) secara tiba-tiba βbertukarβ menjadi penyerang utama. Ingat kami tak perasan ka mat. Jangan sampai team sendiri parap hang.
p/s : sorry Liga Bolasepak PPTD lambat, admin busy dengan paper julai.
21/07/2025
Here are the players representing Pesamo FC as we face Arogono FC tonight.
Every name, every numberβready to fight for the badge. πͺβ½
π Opponent: Arogono FC
π Matchday: 21 July 2025
π Kickoff: 9.00 PM
ποΈ Venue: Padang Highbury, AG Arena Sport
Letβs bring the fire. Letβs bring the passion.
πβ½
16/07/2025
Pesamo FC proudly unveils an exciting new wave of talent ready to make their mark in our brand new, fresh-look jerseys! π₯πβ½
"Fresh talent. Fresh look. Unshaken spirit. The new era starts now."
15/07/2025
*MAN OF THE MATCH PERLAWANAN MATCHWEEK 13 (LIGA M11 2024/2025)*
Tahniah kepada Fakrullah yang telah dinobatkan sebagai Man of The Match oleh pihak pengurusan Liga M11 2024/2025 bagi perlawanan tersebut.
Namun begitu, pihak pengurusan Pesamo FC berpendapat bahawa masih terdapat ruang untuk Fakrullah terus mempertingkatkan prestasinya sebagai seorang penyerang utama pasukan. Sehubungan itu, pihak pengurusan Pesamo FC telah memilih Muhammad (Mad) sebagai Man of The Match versi kelab bagi perlawanan ini!
Dengan menjadikan Scott Carson dan Halim Napi sebagai idola, ketangkasan Mad di posisi penjaga gol amat mengagumkan. Aksinya di atas padang benar-benar memberi impak kepada pasukan.
Syabas, Mad! Teruskan momentum cemerlang ini! Jangan kuat berlakon!