Speed Zone

Speed Zone

Share

Kayuh untuk berkawan. Kayuh untuk sihat. Kayuh dengan kawan2.

Photos from Speed Zone's post 14/07/2022

Speedzone ke Sabah gaissss!!

Alhamdulillah.
Seramai 25org bertolak ke Kota Kinabalu pada 17/6/2022. Kayuhan yg dinantikan dan dirancang lebih dari 6bulan.
Ini yg dinamakan EpicRide kami. Kundasang yg terletak di kaki Gunung Kinabalu (gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara, 4092m dr aras laut).

Perjalanan kami ke Kundasang bermula pada 18/6/2022 dari Kota Kinabalu sejauh 150km dengan ketinggian 2178mtr. Agak mencabar selepas 100km pertama kerana laluan Kota Belud-Ranau Bypass.
Keesokkannya, kami ke Mesilau, jarak dr homestay hanyalah 4km tetapi ketinggian 1500mtr. Kegilaan apakah ini??? Turun dr Mesilau kami ke Kundasang utk sarapan dan terus bertolak baiik ke Kota Kinabalu melalui Tamparuli.
Alhamdulillah semua rider selamat sampai. Terima kasih kepada semua yg terlibat.
Jom tonton

Day 1
https://youtu.be/IGxthVzmohc

Day 2
https://youtu.be/LN-wOZXZCYA

Photos from Speed Zone's post 16/06/2022

11/6/2022 & 12/6/2022

Hari Sabtu, kami ke Bukit Hantu, dengan bermula dari kaki bukit di Batu 14. Jarak naik ke atas lebih kurang 3.7km berbanding dari Dam Tekala iaitu 2.4km
Kedua2 arah ada pro and cons 😩😩. Ada yang turun naik 2 kali dan kudos kepada yang buat sehingga 5 kali turun dan naik. Fuuuuhhh!! 😬😬

Hari Ahad, objektif kayuhan untuk menawan 5 bukit sekali gus iaitu Bukit Puyuh, Mendum, Bukit Tangga, Temiang, Bukit Teknik dan 7sisters.
Alhamdulillah, kami habis kayuh jam 3.30ptg dengan jarak 133km elevation 1448mtr.

Photos from Speed Zone's post 14/06/2022

Double Trouble Twin Tower
22/5/2022

Dua kali climb Fraser Hill, sungguh menguji minda kami. RV di KKB, masing2 mengatur kayuhan mantap sehingga kaki bukit Frasers yg jaraknya 32km.
Untuk 8km ke atas, motivasi kami adalah mihun goreng dan air tebu. Sungguh!!! 😎😎
Selepas refil di Tower, kami turun terus ke Teranum. Patah balik 20km naik ke Simpang Gap, gradient 3-4% masih lagi terasa lelah.
Kali ini motivasi adalah makan tengahari. πŸ˜…

Seusai lunch, kami mendaki kembali 8km ke Bukit Fraser. Kali ini nawaitu untuk menunaikan solat di atas.

Dua kali Bukit Frasers. Sesuai dengan Nama menu Twin Tower, Atau Double Trouble !! πŸ’ͺ

Terima kasih kepad kawan2 yang memberi idea utk kayuhan kali ini. Selepas di timbang tara training utk ke Twin Tower adalah salah satu latihan kami πŸ€œπŸ»πŸ€›πŸ»
SZ ,

Photos from Speed Zone's post 13/06/2022

SZ langgar Johor!!!

Yer gaiss, Sz pergi LeTape Desaru bertolak dari Bangi 2 hari sebelom Letape berlangsung. Kami ke sana nak bagi sokongan moral kepada kawan2 yg join lumba Letape. Wohooo!!!

Day 1 - Bangi ke ParitRaja 269km
Day 2 - Parit Raja ke Desaru 183km

Photos from Speed Zone's post 11/05/2022

Bulan Bintang Ride
Distance 40km

Ramai yg dah start kayuh dari awal Syawal kan.
Hati hati ketika ride guys. Belom terlewat untuk kami ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.

Photos from Speed Zone's post 20/04/2022

Penang ni memang syurga makanan. Aktiviti riki2 route Penang disulami dengan jalan jalan cari makan. Nasi Kandar, passemboq, popiah basah, rojak buah tonggek, laksa, mi sup utara antara makanan2 yang kami buru.

Photos from Speed Zone's post 20/04/2022

Penutup tahun lepas, kami bergerak ke Pulau Pinang dengan tujuan asal, riki route2 kayuhan di Pulau Mutiara ini.

4/12/2021 - bermula dari GeorgeTown, kami bergerak ke Bayan Lepas, Brunch nasi gulai daging dan pisang muda di Balik Pulau, terus ke Telok Bahang dan Batu Ferringhi.

Terima kasih kepada Ann dan Kak Rose DRozza Rose yang mengaturkan kayuhan riki route Penang kami.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Putrajaya
62623